Sunday, March 31, 2013

Surat cinta ala karangan bergambar

Aku suka tulis surat ala karangan bergambar.
Contohnya masa jaman bercinta dulu, aku akan tulis surat cinta tapi by illustrating two bears that resemble MrBoyfren (then) and I. Bajet comel lettew. Dan tepi gambar tu, aku tulis la ayat-ayat aku yang mushy-mushy panjang berjela tu <3 Hehehe

Biasanya aku lukis bear betina pompuan ada ribbon kat kepala, bear jantan laki either pakai bow tie atau bogel seadanya.... Ekekeke.
Kenapa bear pompuan tu gemok? Mesti la... walaupun aku kurus (cekeding, at that time), takkan nak lukis beruang kurus. Tak comel la pulok.


Ni aku gigih lukis balik, semata-mata untuk blog entry ni. Yang ni versi untuk kad. Tapi cenggini la konsepnya.


Haaa..tu contoh je la. Takkan aku nak lukis balik semua kot. Kannn?


Bila dah kawen, MrHubby simpan semua kad/surat ala-karangan-bergambar tu dalam kotak.
Pernah aku mengemas-ngemas, aku duduk berjam-jam membelek, baca balik surat-surat tu... nak tergelak pun ada. :P
Tapi yang sweetnya adalah yang ada aku lukis gambar anak beruang, dengan target milestones kitorang untuk tahun sekian-sekian. Memang takbulehbelah. Tapi lantak le kan? Sebab menjadi kenyataan pun kan?


Korang kalo nak jiwang-jiwang dengan pasangan masing-masing, try la buat jugak.

Sebagai permulaan, kena belajar bina ayat berpandukan gambar dulu.
Macam ni.... HAHAHAHAHAHAHA

Parah!!! 

Wednesday, March 27, 2013

Monday, March 25, 2013

Water colour dulu



Aritu, 50 minit aku sembang dengan Acik kat telefon masa aku call dia kat Malaysia. Nasib baik credit value ada banyak, so untuk 50 minit tu kena caj AUD 94.95, kira macam celah gigi je la. #riaktakbolehblah

Dari topik kerja, belajar, melarat ke cerita jaman ponteng mengaji dulu, sampai la ke cerita anak-anak.

"Iman (anak Acik, darjah 1) ni, tiap-tiap hari pensel hilang. dia ingat aku beli pakai daun kot? Kita dulu dapat colour pencils sekotak, punya la 'pedo' jaga supaya tak hilang dan lambat habih."
Hahaha.


Memang pun.
Kitorang bukan la family kaya-raya. Walaupun tak la miskin, tapi kitorang appreciate barang-barang yang abah beli.
Boleh dikatakan dalam setahun pun tak habis pakai water colour yang tiub aluminium tu.
Ingat tak lagi?



Tu belum kira lagi colour pencil cap Luna tu. Kitorang pakai la dengan berjimat-cermat...sebab tak berani mintak kat Abah beli baru selagi dok elok lagi.
Nasib baik la walaupun terpaksa guna kaler dengan berjimat-cermat masa kecik dulu, aku tetap ada sisi artistik, despite the fact aku ni dalam bidang sains. So takde la teruk sangat kan?


Baru-baru ni Lil Adam dapat hadiah crayon lagi... aku rasa macam nak tepuk dahi. Punya la banyak set krayon dan pencil colour dia ada... lebih kurang 4,5 set kot. Tu pun ada yang tak buka lagi.... sebab takut Lil Adib buat hasil seni kat dinding.


Dengan krayon dan water colour/ colour pencils yang banyak tu... kalau Lil Adam dan Lil Adib tak pandai art nanti... siap la. Aku rebus semua krayon tu suruh diorang minum!

Friday, March 22, 2013

Bear-bear moti

Lil Adib Tomeyto sekarang ni macam dah lekat nama baru. Bear-bear.
Sempena kejelesan dia kat Bear-bear. Read HERE


Menengok his cheekiness, aku kadang-kadang lupa how cheeky Lil Adam was once ago. 
Kata MrHubby, dulu Lil Adam tak le noti sangat macam Lil Adib.

Vocab terbaru pada usia 26 bulan+ adalah "Ni la... ni la..."
Bila la nak banyak mulut macam abang Adam tu.


Bila MrHubby solat, aktiviti memanjat see-saw pun bermula.
 
 Dia dah standby dah masa rukuk.
On your mark...


Get settttt.

Go!

 
  

Tapi lepas tu salam siap cium tangan lagi.
Takut kena marah la gamaknye.

 

Tapi kalau bab merajuk..........
Dia sanggup 'ronot' kat celah kerusi atau bawah ampaian sejadah kat dalam bilik.
Haihhh..ikut perangai sapa ni tak tau la.


Kadang-kadang tu, merajuk ntah sebab apa ntah. Bila aku tanya MrHubby, dia cakap takde marah pun, aku pun tak meninggi suara pun. Tau-tau je membawa diri duduk dalam bilik, siap tutup pintu. 
Lepas tu, melalak sebab tak sampai tangan nak buka balik pintu tu. Hahaha.

 

Masa mula-mula sampai Adelaide dulu, cukup susah nak bagi dia pakai jacket, apatah lagi beanie. Tapi sekarang ni dengan rela hatinya pakai. Elehh... perasan comel lettew. 
 

Especially bila ada camera. Lebar je dia sengih.
Siap kalau boleh, lepas snap tu, dia nak check tengok gak rupa sendiri. Vain sungguh!
Lagi dia suka kalau snap guna front camera (guna henpon).

Salam kaut orang kawen vs orang mati


Orang kita selalu melebih-lebihkan adat daripada agama.
Kalau ada pompuan mengandung je, sibuk nak buat upacara lenggang perut bagai. Nak tentukan jantina anak. Kalo dibantah, mula la kena sound balik "Orang muda tak ikut adat."
Maka keluar la segala peribahasa 'Biar mati anak, jangan mati adat'. Dah tu, biar je la anak tu mati..biar tak dapat teruskan adat. 

Entahapahapa je. Syirik je kejenye. 
Diorang ingat dosa syirik tu sama macam dosa curi kawan punya pemadam comel bentuk aiskrim masa kat sekolah rendah kot.

Fine. sekarang maybe orang dah tak berapa buat lenggang perut sebab dah ganti dengan baby shower. Bajet 'oramputis' sikit.

Bila kawin pun sama.  Macam-macam adat.
Tapi yang tak boleh blah adalah bila bab salam kaut (a.k.a salam keruk) tu. Alaaa..salam dengan tuan rumah sambil selit angpao dalam genggaman tu.  Biasanya yang menerima (tuan rumah), buat-buat tak perasan... tapi pelan-pelan disambut dan masuk dalam poket. Tak pernah lagi aku nampak orang yang menerima tu pandang ke tangan dan belek "Banyak ni je kau bagi?" Hahaha.

Orang kita... Kalo takde angpao nak disalam-kaut, malu nak pi makan kenduri konon. So walaupun singgit dua bungkus dalam tisu, tetap nak selit jugak.
Aku faham la duit tu sebagai hadiah kepada pengantin (atau mak bapak pengantin?) tapi...cer fikir balik, compare dengan salam kaut masa ada kenduri arwah/tahlil orang mati.


Kalau kenduri arwah cenggitu, takde pulak nak malu-malu tenuk salam tak berisi. Patutnya masa ziarah keluarga si mati la kita patut bersedekah. Orang mati tak tentu bila, so maybe kebetulan keluarga si mati tengah takde duit nak uruskan jenazah. Nak upah penggali kubur, nak beli kain kafan, nak buat kenduri tahlil.

Kenduri kahwin, tak bagi pun takpe sebab memang tuan rumah jemput untuk bagi makan. Silap haribulan, memang dia dah spend seploh duaploh ribu pun untuk jamuan kenduri tu. Kalau takde duit, takde la dia gah majlis besar-besar cenggitu.

Tu belum masuk lagi bab kenduri tahlil yang selalu keluarga si mati buat  (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh, etc.) Dah la kalut-kalut uruskan jenazah, tengah sedih-sedih tu... nak kena sedia makanan pulak untuk yang datang tahlil. 
Bukan ke lebih baik jiran tetangga yang tolong masak macam apa yang Rasulullah SAW anjurkan?
Baru la meringankan beban orang yang tengah bersedih. 

Hmmm... maybe diorang konfiden kot takkan termakan harta anak yatim. Ye la kan... harta si mati tu tak sempat pun di'faraid' lagi. 

Kalau diusulkan (nak-nak oleh orang muda macam aku), harus la kena sembur balik... "Dah tu, takkan kita tak sedia makanan untuk orang datang baca tahlil/yasin? Malu la nanti"

Eh, sempat lagi pikir reputasi dalam sedih-sedih cenggitu?
Tak paham aku budaya orang kita ni.

Thursday, March 21, 2013

Watch or wash?

 
Scene 1
 
One night, while putting Lil Adam to bed...
Biasa la, kalau mood baik, aku sembang-sembang jap dengan dia...

Me: Good night, Adam. *kiss*

Adam:  I love you Mama *hugging me*

Me: I love you too. I remember when u were small, u were sooo manja with me.

Adam: Hmm... I like to be in your tummy. But I am a big boy now.

Me: You are a big boy? So now you can help me la? Help me to tidy up the house, to cook, help me to wash the dishes. 

Adam: Okay.



Scene 2

The following day...
 
Adam: Let me help you wash the dishes.

Me: Haaa?  U want to watch the dishes??? 
*teasing- buat-buat silap dengar**
(Dalam hati: Tak payah la, satgi pecah Corelle aku ni kang)

Adam: No la. Mama ni.... Wash the dishes la. Not watch the dishes.

Me: Hahaha. 





Scene 3

Lately, aku dah ajar Lil Adam supaya angkat pinggan sendiri ke sink lepas makan. Alang-alang dia nak cuci tangan tu, bawak le sekali pinggan tu.

Lil Adam angkat, letak pinggan dalam sink, berlari nak sambung main.

Me: Eh, where are you going? I thought u said u wanna help me wash the dishes?!??

Lil Adam: Owhhh...  
Dan tetiba dia duduk semula dekat dengan sink.

Me: Tu buat apa tu?

Lil Adam: I said I want to watch the dishes, not wash the dishes. Hehehe *grin*

Me: Haihhh... Noti ni!



MrHubby gelakkan aku. 
Tu la, selalu sangat sakat anak. Sekali aku sendiri dah kena balik.
  

Street art in France


Draft untuk post entry ada 100, tapi takde masa lagi nak karang cantik-cantik.
Jom layan dulu gambar street art kat France, by OakOak.

Tuesday, March 19, 2013

Istihadhah- Cis! Angkara dia rupanya


Masa jaman anak dara (belasan tahun) dulu, aku selalu alami istihadhah. Lepas abis period, gap dalam beberapa hari, lepas tu 'period' balik. So, dah jadi satu keje pulak aku nak kira balik whether darah tu istihadhah ke atau period. Kalau istihadhah, maksudnya aku tetap kena solat dan buat amalan-amalan fardhu yang lain.

Korang bayangkan la. Jenuh jugak duit aku spend membeli pads je. Kalau outing ke Great Wall masa dok asmara asrama dulu, aku akan borong pad selambak - sekali beli 3 bungkus besar, dah macam bawak bantal peluk/ bolster pulak.
Tapi aku tak main la bungkus-bungkus pad dengan sokkhabar macam orang dolu-dolu beli kat kedai runcit. Nak malu apanya? Dah aku nak pakai, aku beli je la. Hahaha.

Masa tu dah takde maknanya aku nak pakai Whisper atau Kotex Super Long with Wings yang mahal tu. Aku beli je mana-mana yang murah, sebab balik-balik nak kena kerap salin dan buang jugak kan?
Habis duit dok spend buat beli pads je.




Mula-mula aku susah hati, takut la penyakit ke apa ke. Tapi bila dah konsisten sangat macam tu, aku buat derk je la.
Tapi bila orang kata "Eh, baik kau pegi check, mana la tau ada apa-apa ke?".(Read: penyakit, bukan baby).. aku pun mula gelabah hanjeng balik, dan start meraban fikir pasal nak jumpa doktor.

I was also referred to ke Hospital Seberang Jaya. Dr check itu ini. Prescribed progesterone berbotol-botol. Tapi lepas aku baca pasal side effectsnya, aku stop makan ubat tu. Seal botol ubat tu masih intact. Tapi bila mak dan abah terjumpa, boleh pulak diorang ingat aku makan pil perancang! Duh! Lawak betul.

Aku gi HKL, refer kat Pakar Perunding bagai. Dari subuh dah kena naik bas dari Shah Alam, sampai HKL pukul 8 cenggitu,tunggu sampai tengahari baru dapat jumpa Dr, semua macam takde perubahan pun.

Then, Abah bawak aku pegi klinik apanamantah yang kononnya Dr tu hebat giler ahhh. Sebelum masuk, Abah pesan kat aku "Hang cerita semua-semua kat Dr tu tau!" (maksdunya jangan sorok apa-apa la).

Last-last, setelah dengar hikayat penglipurlara daripada aku, Dr hebat tu cuma conclude "Maybe awak stress belajar kot. Nanti bila dah abis belajar, okay la tu."
Bila aku bagitau Abah, muka Abah tak puas hati. Hahaha :P

Maka, sejak hari tu, aku dah malas nak amik peduli pasal istihadhah.
Aku cuma dalami ilmu pasal pengiraan istihadhah.


Ha...sebut pasal ni,  kiraan hari untuk istihadhah adalah berbeza. Kalau yang on regular basis (tiap bulan confirm period terlebih hari) lain cara kiraannya, yang sekali sekala je extended menstrual cycle ni lain cara pengiraannya.
Aku nak explain panjang berjela pun, aku tak berapa ingat... sebab masa tu aku hanya focus kepada kes terpencil aku je la. Tapi aku ingat, buku tu aku pinjam daripada my BFF, Bibah- ada gambar bunga ros dan percikan darah (ilustrasi je la) kat cover buku tu. So, korang boleh la cari sendiri. Kalau tak jumpa buku tu, korang roger aku, kita buat Jejak Kasihan mencari Bibah. Hehe


Recently, aku dapat info atas info daripada Ust. Nor Hafizah Musa (Kelas Pengajian Fiqh Wanita Siri 3/2013, kat Malaysia) bahawa... (Aicehhh...aku guna perkataan 'bahawa'! Sila kagum dari kejauhan)


"Antara faktor keluarnya darah istihadhah dan keguguran adalah KERANA MASUK BILIK AIR MASA AZAN TENGAH BERKUMANDANG!!!"
Maksudnya masa syaiton dan tenteranya berlumba-lumba masuk toilet, masa tu jugak la kita join diaorang  diaekor. So, masuk la toilet sebelum atau selepas azan.


Bila fikir-fikir balik, ada betulnya kot. Maybe dulu aku poyo nak solat awal waktu, sebab kan pahala  untuk yang dah siap berwuduk menunggu waktu solat tu lebih besar. Dan pahala untuk orang yang sedang berwuduk tu mesti la lebih besar daripada orang yang dok terhegeh-hegeh buat kerja lain masa azan (a.k.a melengah-lengahkan solat).
Nak dapat pahala paling besar tu, maybe aku tak mampu la. So, maybe sebab tu la masa azan berkumandang, aku kalut gi masuk bilik air untuk berwuduk. Hmmmm...
Aku rasa la.


So, untuk protection yang ampuh lagi kebal, moh le kita amalkan baca doa ni (doa yang Rasulullah SAW ajar kepada Hasan dan Husin untuk berlindung dari gangguan iblis dan syaiton).





Ada orang panggil doa ni 'doa pelindung bayi'.
Kira sama la tu, sebab memang nak elak daripada syaiton pun kan? Tak kira la untuk baby ke, orang tua ke.

Well, speaking of prolonged menses ni... kerana istihadhah ni jugak la aku terpoyo dengan MrHubby masa nak kawen dulu. We discussed on the what-if's aku susah nak conceive, sebab period tak teratur. Siap beria-ia bincang dan setuju untuk ambil anak angkat. 

Sekali, lepas kawen, aku sempat period sekali je. Hahaha.
Ini semua poyo!!!

Eh, poyo..poyo jugak... jangan lupa amalkan doa tu.
Moga kita sentiasa dilindungiNya...

Nuffnang ads

My Heartbeat