MrHubby baru-baru ni pegi crabbing lagi kat Adrossan. Riang gumbira la aku sebab dah jemu jugak la makan ayam. Kalau tak ayam, ciken. Kalau tak ciken, ayam. So, bila sesekali dapat ketam, fresh pulak tu... memang syok.
(gambar hasil crabbing yang sebelum-sebelum ni, bukan yg latest)
Lil Adib pun berani pegang ketam ni. Ingatkan dia takut.
Ehehe..Sila excuse Lil Adib yang cuma pakai undies tu. Dia baru nak gi mandi tu sebenarnya.
Cuma sekarang ni aku dah ada competitor. Ni budak berdua ni... dah tau ketam tu sedap, so jenuh la nak kopek untuk diorang sekali.
Tetiba rindu kat MIL.
Kalau musim ketam, mesti dia akan call tanya kot-kot kitorang nak balik kampung.
(Balik kampung sebab nak makan ketam, bukan sebab nak jumpa orang tua. Keji.)
Lepas tu dia order la berapa kilo pun yang aku nak makan. Selalu dia rebus je ketam tu untuk diratah. Alasan MIL- kalau dibuat lauk, tak puas makan... sebab nak suap nasi lagi, nak suap ketam lagi. Betul betul betul.
Biasanya time aku hadap ketam, memang aku masih pandang kiri kanan, ajak MIL makan sama. Takde la macam orang kata, mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar :P
Tapi err... gambar ketam yang MrHubby bawak balik yang kitorang makan?
Ehehehe... MIL takde, mana aku nak toleh-toleh lagi dah. Henpon pun tak sempat capai nak snap gambar :P
besarnye ketam..berani budak berdua tu pegang ye..btw,adam so sexy lah..haha..
ReplyDeletejarang makan ketam..
ReplyDeletentah kenapa..adakah sbb mahal .hehe
Beraninya adam & adib pegang keta. Bestnya...dah lama tak mkn ketam.
ReplyDeletetepaksa rindu yakmats kat korang sebab aku nak makan ketam jugak!!!!!
ReplyDeletesy dah besar ni pun xpndi mkn ketam.dulu2 alergik kononnya..skrg lehla mkn,gatai2 pun sikit je.tapi xpndi kopek la..huhu
ReplyDelete