Masa sekolah rendah dulu, aku sangat-sangat teringin naik join Pengakap. Kira Pengakap tu memang aktiviti ko-kurikulum (unit beruniform) yang cool abis la masa tu. Malangnya Pengakap hanya dibuka untuk murid-murid lelaki saja. Benci arr... kecik-kecik lagi cikgu dah ajar sexism/ prejudis dan diskriminasi terhadap perempuan. Lepas tu, tiap-tiap tahun bentang bajet, nak ada imbuhan untuk guru. Cettt. Ok, sudah...aku dah emo sampai melencong pulak.
Disebabkan tak dapat join Pengakap, maka punah la hasrat aku nak pakai uniform yang smart. Mind you, masa tu takde lagi diorang wujudkan uniform pengakap yang boleh pakai tudung dengan seluar panjang).
Habis la jugak hasrat untuk belajar ikatan buku sila, simpulan manuk, bunga geti dan yang sewaktu dengannya tu.Tapi aku tetap curi-curi baca buku log abang aku, dengan harapan mana la tau satu hari nanti aku boleh join jugak ke.
Tak cukup dengan tu, aku siap pujuk Cikgu R untuk buat intake untuk budak pompuan. Tapi ditolak mentah-mentah, bak kata Zarul Umbrella, Ramalanku Benar Belaka.
Apa yang diorang rasa 'kelas' sangat sampai takleh ambil pengakap pompuan ntah, sedangkan sekolah lain ada je pengakap pompuan.
So, dipendekkan cerita... pilihan yang ada masa tu cuma Tunas Puteri dan PBSM. Puteri Islam pun tak wujud lagi.
So, bila masuk darjah 4, geng-geng dah menunggu nak ikut aku pilih ko yang mana satu. Atas sebab aku rasa Tunas Puteri agak gedix (kat sekolah aku la, masa tu), aku pun join PBSM.
Uniform putih PBSM cuma ada sorang je senior pakai, sebab takde sapa bother nak uruskan pembelian. Lagipun, maybe jaman tu parents rasa mahal kot nak beli uniform bagai ni. So, kitorang cuma pakai T-Shirt PBSM yang ada logo bulan sabit merah tu.
Cikgu A (penasihat PBSM) pulak jenis lelaki gemalai sikit walaupun naik moto besar, so bosan jugak la.. balik-balik... salin nota tentang sejarah PBSM (sampai arini aku ingat lagi nama pengasa dia Jean Henri Dunant) dan emergency procedures. Boring nak mamf.
Paling outdoor pun, bawak ke padang, suruh berkawad sikit. Kadang tu, panggil aku ke depan untuk bagi command. Dasar cikgu penasihat pemalas kan?
*Mengapakah tetiba terngiang-ngiang lagu PBSM di kepalaku? Arghhh...aku ingat lagi?*
Well, tu masa sekolah rendah.
Bila masuk sekolah menengah, cuma ada Puteri Islam. Don't get me wrong. Bukan aku tak nak join, tapi kalau aktivitinya sama je macam dalam kelas Pendidikan Islam, haihhh...buat apa kan? Walaupun sekolah hebat, aku benci betul tak dapat kembangkan bakat. Especially yang chargas dan dinamik sikit. Ni asyik duduk dengar cikgu bercakap kat depan je... @_@
Time tu, diorang baru nak start tubuhkan Kadet apantah. Kadet Remaja kalau tak silap aku.
Lepas tu aku masuk SBP, with the expectation... boarding school punya unit beruniform mesti la ganas-ganas kan?
Man, masa tu I was so tamak. Orang join satu... tapi aku dan Siti (my BFF) join dua.
Kitorang join Kadet Bomba dan lagi satu (aku join Silat Gayung, Siti join Tae-kwondo). Hahaha. Time tu baju kadet kitorang bukan yang celoreng-celoreng oren macam sekarang ni. Just plain ochre. Best wo. Ada camping, panjat-panjat fire tower, berkawad pun bukan sembarangan- siap buat kawad bintang.
Walaupun Kadet Bom (as we called it) agak kontroversi, tapi ada aku kesah?
Nak lagi best, masa tu jugak ada Kadet Bersatu (ooohhh..hensem-hensem org PKBM). Tak ingat pulak ada Kadet Polis dan Kadet Pertahanan Awam tak, sebab distracted sangat tengok ke'smart'an uniform PKBM. Harharhar.
Tapi yang paling cikai dan corot adalah Pengakap. Ahli pun selenga-selenga je. Wahahahaha.
Tu la...dulu kerek sangat tak amik aku masuk Pengakap. Kan dah jatuh standard dalam ranking unit beruniform!
:P
Okay la... Tu je cerita pasal dendam-kesumat-terbalas-jua terhadap Pengakap. Ngehehe.
Sebagai ex-budak PBSM, ni ilmu CPR yang aku nak share dengan korang. Kena percaya ni... aku kan dulu ahli PBSM. Hehehehe. Peace!
hhahahahahah..lawak la gambar tuh.....
ReplyDeletekita dulu join Puteri Islam, sebab jaman tu yg tu jer boleh pakai tudung......
puteri islam sekolah u aktif tak?
Deleteke ala-ala ayu smpi takleh lasak2?
Aku adalah ahli Pengakap yang paling berdedikasi...hanya bila time buat camping & kena buli junior yang baru join. Sekian.
ReplyDeletewahahaha. kau pengakap bie? hahahaha.
Delete