Tuesday, March 12, 2013

Sos = Anuar Zain vs Black

MrHubby is very particular when it comes to chilli sauce. He has a very distinct tastebuds, kononnya la. 
 
Aku? Huh... Semua aku tibai je.
Bagi aku takde beza pun sos cili Kimball ke, Ayam Brand ke...Itik brand ke.
Yang beza ketara adalah sos cili dengan sos tomato. Dan sos tiram. Hehehe. Yang tu kalo tak reti beza, memang terang-terang sangat la buta rasa.
Oh ye, dan lagi satu, sos cap Arnab- yang selalu mamat burger guna untuk jual kat burger stall  tu. Yang tu memang rasa tak berapa best sikit la.

Maka, sejak kawin, bila pergi Tesco, masuk je lorong sos, MrHubby la yang akan decide nak capai botol sos yang mana satu untuk bubuh dalam troli.
Biasanya  Kimball, Maggi dan Life je yang akan dipilih. Kalau masa tu takde sale, memang nasib la.
 




Baru-baru ni, masa mencicah jemput-jemput, MrHubby tanya aku "Sos kita dah abis kan?"

Me: Kan ada lagi. Banyak lagi tu. Sos untuk masak pun ada selambak lagi dalam fridge.

MrHubby: Mana sama.

Me: Eh..kan ke brand Kimball tu. Sama la rasa dia, macam yang dalam botol tu kalau dah brand sama.

MrHubby: What if Ayah kata Anuar Zain dengan Black tu sama?

Me: *buat-buat cool* Okay apa. Tak kisah la... at least, Black pun suara sedap.

MrHubby: Tau pun tak sama.

Dalam hati aku...
Cisss...ada ke patut disamakan AbangNuar chentaku ittew dengan Black?
Oh well, Black tu muka hensem la jugak. Tapi manakan dapat dibanding dengan Anuar Zain.


Latest pic, semalam AbangNuar gunting rambut. Auwww... Hensem lah!

4 comments:

  1. aku kalau sos memang brand life je masuk tekak huhu

    ReplyDelete
  2. Aku memang suka brand life. api klo hubby memang mana2 pon boleh aja.

    Hensemnya abg nuar.

    ReplyDelete
  3. Yep. Aku pun belasah je. Nk cicah ke nk masak ke kutuang je hahaha. Tp eri xleh.. seb baik dia bkn tukang msk kt umah. Klu x penuh koleksi botol sos kan kan?

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat