Monday, March 18, 2013

The big day

Masa undergrad dulu, 'the big day' refers to graduation day.
Lepas tu... hari kawen la is considered as 'the big day'.
Then, giving birth. Then apa lagi entah.
Poyo.

Tapi apa kesah.. there's no limit for us to have only ONE big day pun. So kalo tiap-tiap hari nak jadi big day pun, keropok sotong sukahati la. 
Eh kalo everyday is the big day, we might consider touting about the small day pulak la, ye tak?
 
And as for this time,  my latest big day is over. The day I presented my PhD research proposal (panel review) and at the Higher Degree Research (HDR Seminar).
Dua-dua dalam satu hari sekaligus. Legaaaa.

camwhore sebab takde keje- datang awal sejam lebih
 

Anyway, dalam pada aku nervous giler tu... all my supervisors (Dino, Sharyn and JEdwards) semua suruh aku relax-relax je. Sebab katanya, panel review tu bukan nak tiaw aku... just nak make sure I know what am I supposed to do for the next 3yrs (or so).

So, aku duduk dan present for 10mins... and there were questions from the panels (John Moss, Alana and Michael). Nasib baik Michael datang lambat sikit... sebab dia yang dok satu lab dengan aku, so dia je yang ada tendency nak tanya macam-macam. Hehehe.


Lepas Q&A, I was asked to wait outside for a few mins, dan bila masuk balik ke dalam boardroom tu, John Moss kata "Good news!"

Whew!!!
Alhamdulillah. Rasa macam nak sujud syukur dan-dan tu jugak atas meja tu. Hahaha. Over tau.
 
 

All boxes ticked :)

Sign pun pakai pen hijau je. Aku rasa kalo kat Malaysia, dah kecoh nak kata invalid la, kena guna pen hitam saja la... atau dalam musim-musim menjelang PRU13 ni, dituduh penyokong PAS pulak. Oh well, mana tau kan... kot-kot memang supervisors dan panels ni semua sokong PAS. Nanti aku tanya diorang. Hahaha.



Lepas satu bab, aku ikut Yahya lepak kat ofis dia. Gini le nasib orang tercampak kat campus lain kan. Terpaksa merempat jap kat ofis orang, sebab petang tu ada seminar pulak. 
Nasib baik aku sempat tanya Dino, jadi tak aku dapat workstation kat North Terrace, dengan alasan lepas ni kalau ada event kat main campus, senang la aku nak attend. Walhal aku je saja nak mingle dengan postgrads lain once in a while. Hahaha



So, lepas sempat rehearse sekali je kat ofis Yahya... we went back to 178 North Tce.


  Your truly with the principal supervisor, Dino.
 
Sharyn couldn't make it, neither could JEdwards. Tapi takpe la.. kang tak lalu pulak diorang dengar info yang lebih kurang sama dalam satu hari.

Before the seminar started, sempat lagi camwhore dengan I'in  (Yahya's wife) yang datang untuk tolong amik gambar. Ni kira untuk buang rasa nervous (kononnye la). Hehehe
 

John Moss began the seminar by congratulating the other PhD students yang dah submit corrected theses, yang dah dikira academically qualified. Tak sabar nak tengok nama sendiri kat atas tu.

 
  
Well, kali ni tak ramai sangat yang attend, so tak penuh bilik tu macam aritu.
  So,  aku harap kurang la soalan-soalan yang akan ditanya.


Yahya ni sama principal SV dengan aku. Dia present dulu sebelum aku, study dia lebih kepada proses data dan questionnaires, so tak banyak orang tanya.
 

Study aku pulak, banyak orang tanya tentang experimental work la. Nak nak pulak sebab audience datang from various backgrounds (School of Population Health). Tapi sebab aku baru je panel review pagi yang sama, tak susah la nak jawab.
 


   "Apa punya soalan la diorang ni tanya. Takpe..takpe... aku goreng je."




Abis present, legaaaaa.
Dino congratulated me, dia kata I sounded confident (Acececece). 
Iyolah... sebab selama ni aku buat-buat blur je masa meeting kennn? Hahaha


Yahya, Dino, John and me.

Oh ye, maybe ada yang wonder kenapa aku pakai baju kebaya tu. 
Actually, aku nak pakai blouse biasa je, tapi aku rasa huduh sangat pulak kalo pakai dengan seluar, especially jeans. So, I opted for kebaya (paired with a black skirt), supaya aura dari kaler tu dapat bagi mood sikit kat audience. Hehehe.


Balik rumah, MrHubby dah siap belikan cake rupanya untuk raikan setelnya episod suspense aku.

 



My CCSP is due today. So kejap lagi I am going to the Adelaide Graduate Centre to submit my docs and then berjimba-jimba with Victoria kat city. Hehe.
Babai....


4 comments:

  1. Awww...tahniah and good luck! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelegaan yg mmg tahap dewa. smpi dah cuti 3,4hari pun masih xde mood nak start balik keje. hahaha

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat