Eh resepi apa pulak ni? Siap guna carrot, telur dan biji kopi.
Baca le dulu.... best ni.
Eh coppp! Sebelum tu...peringatan.
Nama watak ni (Jamil) takde kena-mengena dengan Abang Jamil dalam Madu Tiga ye. Hehehe
Pada suatu hari (typical punya permulaan cerita), Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya
diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu
menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim
beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan. Tak larat la kan. Lepas
satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.
Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Standard style orang alim dan bijak pandai, tak banyak cakap. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.
Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.
Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga. Macam nak main masak-masak pun ada.
Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”
Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”
“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil. Dalam hati Jamal, "Buat-buat tanya pulak ustaz ni!"
Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut.
Walaupun panas lagi, dengan kuasa kebalnya Jamil pegang juga. Terasa lembut.
Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk
memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu
telur masak penuh.
Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi
di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi. Macam Nescafe Dolce Gusto. Ahhhh...
“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.
“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.
Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

(Haipp..haippp..jangan pesongkan minda korang)
Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.
Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.
Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

Bersinar-sinar ala-ala mata Shinchan nampak kakak cantek.
“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.
Okay, now...
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu anda, bagaimana anda harus menghadapinya?
Adakah anda seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan ujian dan kesusahan, anda bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan anda?
Ataupun anda seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran anda nampak tidak berubah, akan tetapi hati anda menjadi keras dan tidak gembira dan tidak beransur.
Ataupun anda ialah biji kopi, makin didih, anda mengubah keadaan situasi anda sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah anda?
Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji anda, dan anda seharusnya bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling anda kepada perkara positif.
Masa paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.
Okay, aku insaf sekejap.
Sekejap je tau.
Sebab nanti bila aku kembali ke fasa merapu-rapu lupa diri, korang ungkit pulak keinsafan aku nih. Huhu. Babai.

menarik ! thanks..
ReplyDelete**** hmmm, suka kopi blended...jap lagi nak beli lah lunch...hahahhah
wish I can be like biji kopi tu.. skrg ni jd macam telur je..
ReplyDeletewalaupun hitam tapi bagus kopi ni.hehehehe
ReplyDeleteOk....peringatan buat diri sendiri juga. Aku harap bley jadi mcm biji kopi tu ☺☺
ReplyDelete