Friday, November 30, 2012

Gedix yang membawa padah


Pagi ni hati aku sungguh berbunga-bunga. Bak kata orang, dalam hati ada taman.
Ni haa...sejambak stargazer lilies pojaan hati yang aku terima hari Ahad lepas (for our wedding anniversary) kembang sekembang hidung aku.
Dah la bunga favourite, sekali kembang sampai dekat 12 kuntum.
Sejak hari Isnin hari tu rumah aku bau wangiiiii je. Nasib baik kitorang tak gelabah ingat bau wangi mak lampir ke, apa ke... nak nak semalam kan Malam Jumaat. hehehe.

So, dengan gedixnya tadi aku minta MrHubby amikkan gambar aku dengan lilies tu banyak-banyak.




Dalam kegedikan tu, aku memang berhati-hati jugak lah, to avoid the tiny grain pollens from brushing my blouse. Kalau kena kang, stain nye susah nak keluar.

Sekali...masa sampai lab tadi.... JENG JENG JENGGGGG



OH TIDAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKK!!!!
Dah kena sleeve!!!

Jenuh aku tepis sikit-sikit, jentik-jentik je dari belah dalam fabrik. But the stain is still there :(


Terus aku teringat lagu kat TV jaman kanak-kanak dulu...
♫ ♪ Jangan-jangan terlalu suka
Suka-suka akibatnya duka ♫ ♪
♫ ♪  Mari kita bersamalah sama
Membaca amalan yang mulia ♫ ♪

#whattheheck tetiba pasal membaca pulak?




To add salt to the wound...
Tetiba my supervisor told me Dr Leena-Nylander French dari Uni of North Carolina yang akan jadi keynote speaker untuk our conference next week akan drop by kat our lab.

Ahhhh sudahhhhhh.....
Bertambah huduh la jadinya. Mesti dia nampak aku ni selekeh giler,
Kalau kat Malaysia, aku ada je dua tiga jacket/coat standby kat ofis. Kat sini, aku tak buat la pulak.

Camna ni wehhh?
Jap lagi je dia nak sampai...



Anyway, I googled and discovered that these could help to solve my pollen stain problems.
  • remove the pollen with sticky tape and such
  • do not touch it, the 'oil' from the skin will only set it up in the fabric
  • soak in/wash with cold water
  • use enzyme-based detergents (may try stain remover too)

Huarghhhh...
Lain kali gedix lagi. Huhu

Thursday, November 29, 2012

Tak semestinya sesat barat

Lessons learnt.
Memang bagus try perkara baru untuk enhance your creativity, but there's a price that comes together with THE creativity.

Last week, sebab aku kepanasan dan kepenatan masa tunggu bas... aku pun naik bas 528. Maunye tidak... selalu bas muncul paling lambat dalam 15minit. So, walaupun biasanya aku naik M44/ G40 atau 548, kali ni aku dengan tangkasnya terfikir  "Aku rasa aku pernah nampak bas ni kat Paradise Interchange. So, mesti la lalu situ (ke arah aku nak balik) jugak." 
Maka aku pun melompat masuk ke dalam perut bas itu (fuhhh ayat perasan novel) dan duduk sambil layan FB.

Masuk je trek O-Bahn, sampai Klemzig. Aku fikir, lepas ni Paradise Interchange la, mana lagi bas ni nak pegi.

Tetiba bas tu membelok keluar dari O-Bahn.
Ahhhh sudahhh!!!

Terus aku maintain cool dan try call MrHubby.
Masuk voice mail. Grrr... Ni mesti Tomeyto main henpon nih...
Aku message kat FB, nasib baik dapat. MrHubby suruh aku check aku kat mana, so lepas tengok googlemap.. aku cari kat 528 punya route kat Adelaide Metro.

Akhirnya aku pun turun kat Northgate Village (shopping plaza), which was about 8km from our home.
 


Sambil tunggu MrHubby datang amik, aku teringat insiden tersesat masa first week kat Brisbane dulu.
Yang tu lagi teruk. Dah la dah turun dari bas, masa tu mana la guna smartphone yang ada googlemaps bagai. So, berjalan punya berjalan.... 
To make things worse, kat area Taringa tu memang naik bukit turun bukit (sustainable development betul). So, memang mendapat la aku exercise masa tu dengan ex-housemate aku.



Well, after about 10mins,
Hero comes to the rescue!!!!!!!!!!!


Aku dok wonder jugak... kenapa la orang dok exaggerate 'sesat' sebagai 'sesat barat.'
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, sesat barat itu adalah sesat benar. Atau sesat dan bertambah sesat lagi sehingga tidak tahu akan jalan keluar, atau kelam-kabut dan tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah.  


Aku rasa la kan, lepas ni nak kena suggest DBP to coin the term
Sesat Australia / Sesat Downunder atau Sesat Timur jugak lah... sebab nak sesat ni, tak semestinya masa kita di barat jer. Heh.
Mesti Cikgu Siti Arpah (cikgu BM aku Form 4-5) dan Cikgu Nooriah Mohamed (cikgu BM aku masa Form 1-3) facepalm kalau dengar cadangan aku nih.


p/s:
Kelmarin, masa tunggu bas... baru aku perasan ada tulis 

528 -buses via O-Bahn to Klemzig.




 

Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Moti Tomeyto :)

Sebulan lagi Lil Adib Tomeyto akan masuk dua tahun.
Mungkin tak terasa sangat sebab since last year, aku asyik bz buat preparation untuk scholarship dan start PhD. Dengan urusan rumah baru, mengemas ofis dan rumah yang nak ditinggalkan, jual aset dan liability...

Tapi rasa macam tak adil pulak sebab masa Lil Adam kecik dulu, rajin jugak aku post tentang milestone dia.

Well, Tomeyto sekarang dah pandai buat macam-macam facial expression.
Paling dia suka... buat 'long nose'


 ...dengan 'busuk nose'...



Selain mengajuk orang baca doa makan, dah pandai juga nak ngikut Ayah solat. Tapi actually, dia lebih suka memanjat time kita sujud (refer gambar sudut atas kiri)

Kalau korang tengok betul-betul, nampak la gambar dia pegang lollipop sambil solat. Walaupun sujud, lolipop tak lepas. Siap boleh jilat lolipop lagi sambil tahiyat akhir. Lepas tu sengih kat kamera. Hahaha


Notty tu..jangan cakap lah.
Kalau dia tau kita amik gambar, lagi la dia buat gelagat.

Narsis.
Macam sapa? Macam akuuuu jugak. Hewhewhew.

Tengok tu... bila aku letak hairband aku  kat kepala dia, lagi galak dia menyengih.



Makan macam boss. Nak bersuap. Tapi kalau time nak makan sendiri... bersungguh-sungguh sampai ditonggengnya pinggan kuning tu.


One good thing, Lil Adib suka makan fruits macam aku.
 Amongst his fav yang dia dah reti sebut adalah "Apu" dan "Nana".


Apu = apple
Nana =banana

Penuh perasaan menggonyeh chicken


Tembikai abis dikecai-kecai kat tangan dia.




Tapi kalau time datang manja dia... naik cair pulak menengok.
Siap peluk Mo-mo (read: Elmo) lagi sambil tengok TV.


Masa nak BF, dia akan sebut "momon" (read: bonbon).
Tapi dia akan kiss and hug aku dulu.... dan sambil membon-bon, sambil dia pulas-pulas cincin kat jari aku.

Kalau aku buat tak layan, mula la dia tunjuk pandai...
Dia tunjuk mata, hidung dan mulut aku sambil sebut..."eyes... nose... maaaaam"


 
Time suruh nyanyi, memang dia buat derk.. tapi laju je kalau mengajuk "♫ ♪ La-la-la-la ♫ ♪"
sambil gulung lidah.


Fridge magnet ABC 123 tu habis ditaburnya sebab nak guna bucket merah tu letak atas kepala, ala-ala tarbus la kunun.
Lagi kita hala kamera, lagi seronok dia tunjuk kelaku.


Sejak datang Adelaide ni jugak, Lil Adib dah pandai rasa tak selesa kalau dia buat 'hasil' dalam diaper. Walaupun tengah syok-syok, tetiba, dia boleh merengek-rengek sebut "Eee-yek... eee-yek", sambil tunjuk bontot dia.  Hahaha.
Maybe tak lama lagi boleh la potty train. Tunggu betul-betul boleh bercakap.
Lil Adam dulu masa umur 2.5tahun gak masa potty train.

Cuma kalau tengah leka main Tab/ipod... boleh pulak dia tahan geli dia tu.



Pernah sekali tu dia tengah syok-syok main slides, tetiba dia merengek "Eee-yek"...
Maybe sebab dia terasa 'melekat' kot bila dilenyek masa sliding tu.
Hahaha. Gross sungguh statement aku.
 




Lagi satu kepakaran Lil Adib Tomeyto adalah suriram.

"♫ ♪ Suuuuriram-ram ram Suuuuriram-ram ram ♫ ♪"

Habis ditaburnya cereal atas meja.
Haihhh la anak. Nasib baik Ayah yang babysit sekarang, kalau Mama... mesti dah kena piat telinga tu.


Monday, November 26, 2012

Cruising down the aisle


Alhamdulillah.
Arini genap la 6 tahun aku memegang title Puan. Ingat lagi awal-awal dulu bertukar title, sampai ada students yang kekok, masih terbiasa panggil aku "Cik." Sampai aku terboyot-boyot pun, masih "Cik" jugak. Hehehe.

So, semalam... as planned, we went cruising down the Port River. 


Kira jadik lah kan... sebab kalau kat Malaysia, anniversary kitorang asyik kena masa cuti sekolah... so semua tempat fully booked. Kalau tak full pun, kitorang memang jenis malas pegi tempat yang kena bersesak dengan ramai umat.


The two-hour cruise tak mahal pun. Setakat $8 for adult dan $6 for kids. Nak lagi best, aku guna voucher 'buy one free one' yang Ganyk bagi. 

Ada dua cruise- Dolphin Explorer dan Port Princess Dolphin Cruise. Sama je dua-dua. 
Tapi yang bagusnya kebetulan yang kitorang naik tu tak ramai orang. So, memang "Cruise ini bapak ana yang punya. Hahahaha"   #gelakmacamjinAhmadAlbab




Gambar gedix dengan Captain adalah harus.

Yang lain, camwhore la.





Nak rowing/kayaking pun boleh...
Naik yacht pun boleh...

Tapi pelik pulak aku... namanya Port River. River = Sungai.
Tapi siap segala kapal kontena dari Panama, Korea, Singapore semua anchor kat situ. Macam tepi laut pulak.





Oh ye...  Dalam cruise tu ada jual makanan.
Masa beli tiket, kalo nak inclusive meals, tambah $10 jer per pax. Tapi, setakat dua jam tu...kitorang bawak muffins dan pisang jer.





MrHubby sibuk snap gambar itu ini (bajet National Geographic punya photographer la tu..Heh)... so aku pulak sempat lagi update FB.


*pix snapped by Lil Adam*



Sambil berehat-rehat, bersembang pasal the daisy path for the last 6 years... citer pasal anak-anak.... hmmm... rasa la relax sikit, walaupun sambil tu mulut tak berhenti bebelkan anak-anak yang dah naik syeikh

 

Haaaa..kan aku dah kata tadi... memang Cruise ni bapak ana yang punya... Lil Adam dan Lil Adib berlarian dan bergolekan  sesuka kati jer.


Sayangnya,  tak nampak pulak doplhins melompat-lompat keluar. Biasanya ada. Haihhh...
Alasan untuk cruising sekali lagi la nampaknya. Hehehe.


To sum up, kira not bad la cruise tu. Boleh la setakat nakkan kelainan.
Tapi bila tunggu punya tunggu, dolphins tak keluar... kitorang tunjuk gambar dolphins yang kat pamphlet je la kat Lil Adam. Haha

Turun dari cruise, plannya nak try makan kat Afghan Chargrill, tapi tutup la pulekkk. Pegi Afghan Lebanese pun tutup, Sofra pun tutup. Grrr...



Last-last nasib baik Hisham suggest Grilled Chillies kat Modbury. Walaupun kena merentas West ke East, tapi lapar punya pasal... kira on la.

*view of blooming jacaranda along the way*

Lepas tu, apa lagi? Makan la... nyum nyummmmm







Hari ni...
Bila MrHubby dah post kat FB...



barang-barang kat lab pun semua kuar cinta-cinta...
mata aku pun kuar love-love.

aku pun laju je balik dari uni... walaupun experiments tak abis lagi. heh


Dear Cinta,
Happy anniversary...



Ya Allah
Kukira suamiku ini adalah pilihan Mu di Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
 

Kukira suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
 

Kukira suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
 

Kukira suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
 

Kukira suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Andainya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Andainya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Andainya aku ingkar dan derhaka
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Thursday, November 22, 2012

Nota dalam cling wrap :P



As the ticker shows... we are celebrating our wedding anniversary in 4 days.
Eh alamak...lagi 4 hari je?

Aku tengah gedix ni dok bayangkan plan weekend ni. 
Kali ni takde surprise lagi dah. Plan kena atur sama-sama. 
 
Ingat nak gi cruising. Dengan harapan, cuaca elok la. Weather forecast tunjuk macam akan panas giler je Ahad ni. Panas tu, memang la bagus, tapi kalo panas kering cuaca Adelaide ni... kang makin terserlah pulak ke'latina'an aku bila kulit menjadi 'tanned'. 
Hewhewhew. So, tak tau la camna.
Harap-harap Lil Adam dan Lil Adib akan behave jugak. Kalau tidak, jadi bak kata Fazli Zainal

"♫ ♪ Harapaaannnn... Tidak kesampaiannnnnn cinta kitaaaaa ♫ ♪"

Okay...sudah..sudah. Over la pulekkk.

Last year,  aku dapat 'cerut' as a present form MrHubby. Tak sia-sia mencari yang ada X-Factor, sampai sekarang aku suka cerut tu. Dok ada kat tangan aku ni haaa.

So, this year... memandangkan gadget aku asyik berbuat onar (HTC buat perangai, Galaxy TAB untuk anak-anak pun aku bedal, jodoh dengan iphone 4s pun tak panjang)... maka MrHubby telah membelikan....

Samsung Galaxy Note2

Sebenarnya, aku tak kisah kalau dapat S3 je, tapi kata MrHubby, alang-alang nak beli, beli je latest model terus. Aku mesti la tunjuk wajah isteri to'at kennn? Tak baik wo melawan cakap suami. Heh.

Sila layan sekejap gambar gedix aku masa dapat hadiah ni last week.
Yep, aku terima hadiah ni awal dua minggu sebelum anniversary.



Nak tau cerita sedih tak?
Kat Aussie ni... mana le ada pakej macam kat Malaysia (beli henpon dapat screen protector, casing, aksesori bagai).
Maka, masa Note2 ni sampai... aku takut bercalar sementara tunggu screen protector dan casing yang di'order' sampai... maka aku telah membalutnye dengan cling wrap.

Sedih kan?
Memang nampak lawak pun ada, nampak macam orang semekin pun ada.
Ada la nak dekat seminggu jugak Note 2 aku berbungkus dengan cling wrap. Sampai MrHubby usik aku bila aku tak perasan dia sms masa aku OTW ke uni. Katanya kot-kot la aku segan nak keluarkan henpon berbungkus dengan cling wrap.
Takde maknanya. Dari aku mati kebosanan, baik aku layan je FB ke, 9gag ke... Lantak la orang nak pandang henpon aku semacam pun.
 
Sayangnya, tak sempat pulak aku snap gambar tu, anyhow... sebab bila sampai je casing hijau oren, sekali dengan screen protector dan stylus pen, terus MrHubby koyakkan cling wrap tu dengan rakus sekali. Hahahaha.


Dan untuk MrHubby pulak...
Setelah aku pun mati akal tak tau nak bagi hadiah apa untuk dia, aku decide untuk bayarkan lens Pentax 60-250mm dia yang panjang setengah hasta tu. Berat pulak tuh.


Tapi chenta punya pasal...Apa saja untukmu.

"♫ ♪Apa saja untukmu... tak kuhiraukan waktu ♫ ♪
katakan saja kan kulaksana, permaisurA kau bertakhta di jiwaaa...♫ ♪"

...dan aku pun terus humming lagu Apa Saja-KRU ni sambil klik button 'Publish'



Wednesday, November 14, 2012

I want human skin, please!

Untuk PhD aku ni...projek aku kena guna skin samples untuk experiment. 
Yes, u read it right. 
Skin... atau mengikut bahasa ibunda... K.U.L.I.T

Kulit ni nanti akan dapat daripada cosmetic surgery biasanya, upon Ethics Approval lah.


Kalau ikutkan, monkey skin and pig skin are the closest that resemble human skin. In other words, despite the fact that HUMAN SKIN IS OF GOLD STANDARD... sebagai back up, ikut ranking... aku juga boleh guna kulit al-hayawanaaat tersebut. 
Monyet maybe susah sikit la nak sacrifice. So, yang senang nak dapat adalah babi. 
Ishhh... Gross pulak aku rasa bila sebut babi. Okay, aku taruk asterisk la...B*bi. Heh :@)

Sharyn (my co-SV) being concern on religious issues, memang dah tau dari awal yang aku prefer guna human skin (rather than animal skin) sebab aku dah bagitau pasal aku takleh sentuh b*bi. Dia kata takpe.. aku boleh pilih nak guna human skin, animal skin or even synthetic skin.


Joe (a Catholic colleague yang suka mengusik aku) pulak tanya...
Is it a religious thingy or you just prefer not to?

Err... masa tu aku pun terfikir...
KALAU AKU CAKAP ISLAM LANGSUNG TAKDE SOLUTIONS DAN RUKHSOH, KANG  DIORANG NI INGAT AGAMA AKU NI STRICT-TAK-KENA-GAYA PULAK. 
Grrrr...

So, aku pun cerita la pasal kita takleh sentuh b*bi dan anjing (dalam keadaan basah), but if I really have to... I can use the gloves. 

Adoiyaiii... terpaksa la aku cakap macam tu. Kang banyak sangat dont's daripada do's.. aku dicop lorat satu hal. Kalau dia cop agama aku leceh, satu hal pulak aku dah mislead.
 
"Oh well, you will be using gloves even if it is human skin" 

Ya, aku tau la yang tu.

"Is there any other special way you can do it?"

Pulak dahhh. So, aku pun explain la pasal cara-cara menyamak. 
I must have been good at explaining then, bcoz they seemed amused. Muka masing-masing macam khusyuk je mendengar. Wahahaha... 
Okay, masa untuk perasan sudah tamat. 

Ye la kan... kita kena la cerita betul-betul, dan cuba buktikan agama kita mudah dan tak menyusahkan ummat. Sebab tu la kalo aku solat pun, aku tak berani amik masa lama-lama sangat (walaupun diorang tak pernah kisah pun berapa rakaat aku nak solat dan berapa jam aku nak berzikir kat lab), tapi kita agak-agak la, takut jadi bahan untuk dipertikaikan. Manalah tau kan?

"O yeah? I never heard of that. That's interesting!"
Ya, memang diorang amused.
Tapi berakai la aku lepas ni.

Now I am thinking... how would it feel 'if and only if' I have to deal with the pig skin. Euwww... TAK NAKKKKKKKKK!!!!

Padan muka, nak sangat PhD in Medicine.

Nuffnang ads

My Heartbeat