Sape pernah makan Cekelat Bento ni? Sila senyum sorang-sorang.
Okay, bagus. Senyum sorang-sorang, bukan tanda gila. Kalau ketawa sorang-sorang pun, belum tentu gila... sebab maybe dia tengah guna bluetooth atau handsfree untuk berborak dengan kawan on the other end of the line.
Cekelat ni bulat (besar duit 5 sen) dan rasa bersusu kan?
Ada perisa rose, coconut (wahh bajet oram putis, tak mau sebut kelape, apatah lagi nak sebut 'nyoq'.haha)... dan ada perisa 'celoket' (as Lil Adam pronounce it) jagung, susu (dah la cekelat susu, nak jugak buat perisa susu! apedaaa) dan kopi.
Aku suka sangat cekelat ni.
1. Sebab sedap.
2. Sebab harganya cuma 5sen sebijik.
Masa aku Darjah 6 dulu, kalau nak pegi tuition kat Foo Siang, Jalan Kulim, aku kena naik dua bas. Satu bas (bas MARA Syarikat Rangkaiyan Setia Bhd, atau bas Lunas no.51) dari kampung aku ke pekan BM, tambangnya 15 sen untuk kanak-kanak.
Lepas tu aku kena naik bas Kulim kaler kuning tu pulak, kat depan Honey Bakery. Another 15 sen.
Tapi disebabkan aku yang tinggi renjong sejak azali ini, kadang-kadang ada 'kolek-baih' a.k.a konduktor bas yang cas aku tambang dewasa (30 sen). Benci betul.
Aku dah la bukan orang kaya. Kalau kaya, sah-sah la aku mengada minta
So, biasanya aku bagi hint dengan cara bagi duit 5sen untuk bayar tambang. Contohnya, kalau masa tu aku takde duit kecik 10sen, aku akan bagi 20sen + 5sen.
Dengan cara tu, abang/kakak konduktor tu akan automatik ter-alert yang aku minta diorang bagi balik balance 10sen (kalau diorang tak lampi atau lemot la).
Macam tu jugak la masa naik Bas Kulim. Walaupun cuma 2km perjalanan, tapi untuk berjalan kaki, aku rasa akan 'basket' jugak la, so elok la naik bas je.
Since kesian mendengar aku yang perlu standby duit 5 sen, adik-adik aku yang baru berumur 6 dan 7 tahun masa tu akan bagi kat aku duit 5 sen every time diorang jumpa syiling 5sen kat mana-mana.
Sampai la aku dah tingkatan berapa ntah, adik aku masih lagi hulur kat aku coins 5 sen. Lepas tu, aku akan bebel "Oiii...aku dah tak pi tuition dah la..."
So, duit 5 sen tu kitorang akan guna untuk beli cekelat Bento tadi.
Gitulah kisahnya kaitan Bento dengan tiket bas aku.
Jaman sekarang ni, apalah yang boleh dibeli dengan 5sen agaknya ye? -_-
p/s:
Aku pun tak tau apa kena-mengena cekelat ni dengan Bento Japanese food art tu.
AMARAN
Makan cekelat Bento tidak akan membuatkan anda/anak anda menjadi kuat macam Ben10. Harap maklum.
Hi Is, bila tengok tiket bas tu teringat zaman dolu dolu ...kena naik bas balik asrama , by the way ...cekelat bento tu memang sedap kan ?
ReplyDeleteOk...tgh senyum sorang2 nih. Tak jumpa lagi dah coklat bento nih.
ReplyDeleteol skool...teringat time skolah dulu..rs remaja plak..ahahaha
ReplyDeletekedai runcit depan rumah aku kt kg dia jahat jugak, kalau tak der 5 sen balance, dia suh aku amik coklat tu sekeping ms kecik2 dulu. nak untung dia jer manjang :p ok, dia nak pergi mekah 2 tahun lepas :p
ReplyDeletecoklat tu kami kecik2 panggil 'coklat susu'w,pun ada rasa macam2 tp tetap jugak panggil coklat susu ;)
ReplyDeleteaku suke cokelat, sedap ooo. sama cam lil adam gak kan..
ReplyDeleteSekarang dah mahal...3 biji 20sen ye. And budak2 dah tak heran ngan 5sen. Kat cafe kalau aku balik balance guna 5sen, students suruh tukar. Huh.
ReplyDeleteye..mmg kenangan la ceklat ni dan tiket bas tu! ada yg jenis rajin,siap susun2 tiket bas jadikan pembalut buku..hehee...
ReplyDeletecier ceklat yg ala2 ceklat ni,Aliah pernah dibeli ceklat ni then i tak bagi dia mkn byk2..sbb manis..nanti rosak gigi tp dia jwb takpe laa,sbb ceklat kan susu..susu kan bleh kuatkan tulang dan gigi ?!! adusss
Bapak pun suka cekelat Bento.
ReplyDeletepernah hadiahkan tiga biji cekelat ni kt sorang cikgu masa darjah dua, bungkus pakai kertas buku rampaian..hahha..
suka jugak dgn cekelat tu.
ReplyDelete