Wednesday, October 17, 2012

Kadang-kadang 'perasan' tu perlu

Mata aku dah berpinau-pinau dah dari pagi tadi asyik dok hadap HPLC. So, ni sambil tunggu run lagi satu round, kita berblogging la kejap.


Hari tu, MrHubby bentikan kereta kat satu Treasure Market. Wah, tempat menarik ni untuk belek-belek barang. Tapi memandangkan anak-anak tertido dalam kereta, MrHubby suruh aku sorang je turun. Dia tunggu dalam kereta dengan anak-anak.

Aku pun apa lagi?
Jalan dari satu stall ke satu stall. Jamu mata. Belek barang, tanya harga. Lepas beli dua barang, aku pusing, nyaris terlanggar sorang mamat. Bangsa apantah. Aku ni jenis tak reti nak agak orang dari negara mana based on facial features.

"Sorry, " kata aku sambil muka cuak sikit.

Dia senyum.

Aku terus berjalan ke stall lain.
Tetiba dia lajukan langkah nak berjalan seiring dengan aku. Orangnya tak la muda pun. Muka pun stail-stail Israel je aku tengok (wahahaha). Hensem pun tidak.

"You like this place?"

Err... oh yeah. This is my first time here.

"Where are you from?"

Malaysia. 

"Ohh..I have seen many beautiful girls like you from Malaysia. I went there a few times. U have family in Malaysia?"


My parents are in Malaysia.


"You work?"

"What do u study?"
 "Where do u live?"

Dalam hati aku mula nak hangin. Ahhh sudah. Banyak tanya pulak dia ni. Aku nak jenjalan tengok barang nih.

"Campbelltown." 
Aku tak bagi jawapan accurate 'Paradise' sebab dah pernah jadi kes terlebih ramah masa kat Brisbane dulu...siap ada sorang mamat Aussie tolong hantar balik ke rumah.

Tapi aku fikir balik. Ishhh... apa ke perasan sangat aku ni?







"So, you live here alone or with family?"

Muka aku mesti dah macam 'subal' dah bila dah masuk soalan keberapa-ntah tu. Kau ni kalau ye pun reporter, aku ni bukan artis la!
Agaknya dia ni nak menggatal kot.

"With my family. My husband and kids." Aku rasa jelas kot aku emphasize plural kat kidSSSS tu.
Mesti jawapan ni akan menyelamatkan aku. Heh. Padan muka kau pakcik-muka-ala-Israeli.

"So, are you happy with them? Or you want to change...."

Whatthefotosintesis punya soalanlah! Kepalahotakhangberjambul!
Aku tak tau la maksud dia sama ada aku nak tukar pasangan ke, atau aku happy tak dok kat Adelaide ke... tapi aku dengan acuh tak acuhnya jawab "Yeahhh...I'm very happy with them."

Ye, aku mungkin perasan.
Tapi aku tau memang ada bangsa asing yang transparent je terus tanya soalan macam ni dulu, so aku sort of dah faham la apa maksudnya.


Lepas tu laju je aku menonong ke depan.
Tak kuasa lah nak layan orang macam ni.
Grrrr...

6 comments:

  1. gilalah mamat tu. mmg tak boleh dilayan punya org.

    ReplyDelete
  2. Eh eh kenapakah saya rasa macam lebih kurang pulak entry kita pada petang ini. hahahahaha!

    ReplyDelete
  3. hahaha... tu tanda saham ko masih tinggi... huhuhuhuhuhu...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat