Thursday, October 14, 2010

Tapai oh tapai

Sapa suka makan tapai? Sila angkat tangan!!!

*aku angkat tangan tinggi-tinggi, siap berdiri atas meja nak bagi lebih tinggi*

I love tapai so much, tapi tapai pulut je la. Tapai ubi...errkk.. aku x reti feel masa nak makan dia.


Tapai pulut memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Nak membuat tapai pulut ni senang je (tapi aku tak pernah try buat lagi).

  • Masak 1kg beras pulut dengan 1 liter air sampai masak
  • Sejukkan dalam dulang dengan meratakan pada pemukaan dulang (buat senipis mungkin agar ragi dapat sampai ke setiap butiran pulut.
  • Bila dah sejuk, taburkan ragi pada pemukaan pulut tadi dengan sekata. Kalo banyak sangat ragi tertabur atas pulut, nanti tapainye akan terlebih 'gas' (gunakan penapis yang berlubang kecik)
  • Dah rata, balikkan pulut tadi untuk menabur ragi pada permukaan sebelahnya. Then, bungkus dalam daun pisang atau bekas makanan.
  • Simpan 2hari ( 1st day buat, 2nd day simpan, 3rd day makan).

Orang tua-tua kata buat tapai ni banyak pantang-larang. Mesti ada yang korang pernah dengar kan?


1. Bila membuat tapai, si tukang buat tak boleh makan sirih atau dok dekat dengan benda-benda berwarna merah. Ni termasuklah pompuan tengah period, jangan gatal-gatal buat tapai.Kalo tidak, tapai tu pun jadi merah dan x sedap.
Rationalnya, bagi aku yang berbackground microbiology ni la kan... kalo tangan x bersih, memang la segala bakteria kat tangan tu can be transferred to the food.


2. Si pembuat tapai jugak tak leh bercakap banyak, nanti tapai jadi tawar. Ni termasuklah buat bising, bergaduh, bertekak, etc.
Elehhh.. kalo bercakap tu, air liur tersembur-sembur, memang la dah ada pertambahan amylase dan bakteria kan?

3. Lagi satu yang kontroversi, tak boleh `melangkah’ atas pulut dan ragi.
Hehe. Yang ni aku rasa aku tau la kot. Taknak jadi 'tapai kangkang'... atau taknak ada perisa tambahan. Huahuahua.

4. Ada jugak yang kata tak boleh guna air pada sudu yang digunakan untuk membungkus tapai, nanti jadi tawar.
Yang ni aku xdapat la mengesahkan kebenarannya, sebab aku hanya guna sudu untuk makan tapai. Tak terlibat lagi dengan aktiviti membuat tapai :p

5. Last but not least, tak boleh makan benda masam masa dok bungkus tapai, kononnya nanti tapai pun jadi masam.
Hmm... apa kena-mengenanya? Takut air liur meleleh atau air daripada jeruk masam tu (contohnya) masuk dalam tapai tu kot.

Ada lagi tak pantang-larang tapai yang korang pernah dengar?

Aku tengah-tengah membuyung ni, rasa macam nak pantang nampak tapai jer. Rasa macam nak bedal jer... Kekekeke

19 comments:

  1. ssh okeh nk buat tapai nih. tp i xberapa suka sgt. hubby suka la.. lagi2 kalo sejuk! ermmm sedap katanya! :)

    babe, u xblh mkn tapai kan? eh tp sbb perut pun besar blh kot.. ayat kasik bakar. ekekekeke

    ReplyDelete
  2. aku suke gile tapai pulut!!

    pernah satu haritu mak tgh buat tapai... aku tye itu ini mak diam je. habih je mak settle buat tapai aku kene marah sbb kacau die hahahha

    ReplyDelete
  3. nenek aku letak paku.. bawah bontot pasu isi tapai tu..
    merepek btol

    ReplyDelete
  4. sis,
    kiter sgt suka tapai ituuu..
    kalo sekali bedal mesti x kurang pd 10 bijik...
    sedapnya tapaiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  5. jarang makan...
    tapi, sesekali mak mertua buat, pas tu letak agar2 kat atas tapai tu, pas tu letak dalam peti ais, sedap jugak... nyum nyum...

    ReplyDelete
  6. fizamior,
    elehhh... sirap sejuk lagikan ku minum dlm pantang.inikan pulak tapai... kekeke

    elyn,
    hahaha.hambik kau

    mamazharfan,
    senang, x berebut!

    jiji,
    takut kuntilanak curik la tu...

    ada dalina,
    aaahhh...sedapnyaaa!!! pandai buat sendiri x?

    ReplyDelete
  7. my granny plak cakap xley terkentut mase nak buat tapai...nnt tapai xsedap jadi busuk...wakakaka

    ReplyDelete
  8. syayassir,
    yg MIL sya buat mmg sedap. dulu bila2 teringin, buleh mintak jer.kekeke

    ReplyDelete
  9. mommy nazeef,
    hahaha.sib baik x pernah mkntapai busuk lagi b4 this

    ReplyDelete
  10. pegi cari tapai cepat..tp xsusah kan..kat shah alam byk org jual tapai..
    aku xtau pantang lain selain yg kau bgtau tu..sbb mak aku xpenah buat tapai..
    tp aku lg suka tapai ubi dari tapai pulut..hihihi

    ReplyDelete
  11. tiap kali raya ayah i mesti buat..tak penah miss..dr kecik mmg suka makan tapai pulut!

    ReplyDelete
  12. sedapnya tapai...uwaaa u buat i pon sibuk2 ngidam tapai pulut gak pergh...dapat yg bungkus dgn daun pisang tu mmg xtoleh kiri kanan dah la

    ReplyDelete
  13. wohohoho!! dasat gak pantang larang tapai eh.. tapai kangkangggg!!!! :O

    ReplyDelete
  14. wohohoho!! dasat gak pantang larang tapai eh.. tapai kangkangggg!!!! :O

    ReplyDelete
  15. alamak..i xtau la..xpenah try la pulak..sbb masa i form2,ada kawan paksa mkn..euwww masam n tak sedap..so sampai skang i takut nk try huhuuhhuh

    ReplyDelete
  16. zeta,
    tu la. wkend ni leh la pi cari.hehe

    lin,
    bestnya bapak u buatkan!!!

    yatie chomeyl,
    alahai kesian u.

    jiji-fify,
    kau ni dik..part2 tu, laju jer...

    eliza,
    kesiannya. give it a try la. sedap oo

    ReplyDelete
  17. tapai dipanggil "tapei" dlm bhs kelantan. mmg banyak pantang larang masa buat. tapi mcm u sebut, ada banyak tak masuk akal. BTW, baru tahu u pun bidang microb mcm my hubby.

    ReplyDelete
  18. transformed hsewife,
    oo...yg tu masa dolu2. i studied different fields for different degrees. phD pun nak buat benda lain.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat