Monday, October 4, 2010

Special dishes

Burppp!!! Alhamdulillah...
Saat ini aku sedang melingkar kekenyangan macam ular sawa, baru lepas dinner.
Bukan kat restoran, kat rumah je...tapi malam ni special tau! Sebab ada chef baru!

Aku sampai rumah tadi, MrHubby sms suruh masak nasi je, katanya nanti dia masak lauk.
Tunggu punya tunggu... aku x jenguk ke dapur, tapi kemain sakan dengar klentung-klentang. (Harus satu area taman ni tau arini dapur rumah No.6 berasap) :P

Bila aku turun lepas solat maghrib... tadaaaa!!!


Ni bukan calang-calang telur dadar tau.
Kita kasi close-up sikit.

Haaa.. siap ada I Love U lagi. Kekeke



Dengan seafood paprik tuuuu...
Sedaaapppp!!! (Tapi chef request jangan letak gambar dia berlemoih kat blog ni).


Sekali kantoi daaa... siap ada printed recipe lagi.
Alahai comel betul mengenangkan effort MrHubby sampai macam tu sekali.

Maklumlah...2minggu kebelakangan ni, aku dah super-penat.

Ni gambar budak notty menunggu masakan siap...

Sekian sahaja laporan untuk malam ini.
Mak nak layan perut yang dah double buncit ni sambil tengok TV pulak.

Hmmm..unless ur hubbies are chefs, apa yang special yang pernah diorang masak untuk korang? Citer la sikit...

13 comments:

  1. wowwwwww ik bet hati u sure berbunga2 tgk telur dadar tu kan, kalau leh nak bawak ke tido buat peluk2 kikiki;... so sweet...
    :D

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau ada org buatkan telur dadar macam tu...mesti rasa macam telur bungkus...

    ReplyDelete
  3. wow.i mmg cair abislah if hubby mskkan cmni.boleh i coti jap.huhu

    ReplyDelete
  4. wah bestnye. hubby Knur punya speciality adalah...........maggi kari yg dibubuh fishballs dgn sayur2. huhu

    ReplyDelete
  5. jgn chef masak x pakai baju, dah le... hihi...

    ReplyDelete
  6. rajin mrhubby masakkan. lamanya i tak rasa air tangan husband sejak dia asyik blk lewat malam jek.huhu..naik muak dh mkn msk sendiri.

    ReplyDelete
  7. lady,
    kang kena hurung dek semut, naya..

    suzzsuzie,
    dimasak dgn penuh kasih syg, terus jadi sedap.

    ciklilyputih,
    hehe. nanti rambut aunty bau lauk.

    ummisalsabila,
    bukan senang nak gantung senduk ye?

    transformed hsewife,
    mesti penuh dgn nutrien seimbang tu.

    oyis,
    hahahaha.
    hahahaha.
    sambung gelak lagi.

    ReplyDelete
  8. bertuah badan dpt hubby ske masak. hubby saya setakat ni dia pernah masak maggie je pon..

    ReplyDelete
  9. waaah nampak sedap btol, siap ada I love u lagik hehe

    hubby i masak cheesecake on my bday,,itu yg plaing i suka ;)

    ReplyDelete
  10. cute... bestnyer... siap ada resipi terkantoi plak tu... huhuhuhuhu...

    ReplyDelete
  11. so sweet. kalau saya gerenti cair dah. ahaha. my hubby bab memasak boleh tahan jugak lah. paling best dia pernah masakkan lauk asam pedas. fuh! terangkat!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat