Thursday, May 27, 2010

Jahil di surau

When we are on-the-go, we always drop by at the public surau (e.g. at shopping malls, R&R, etc.) kan? Memang bagus bila nampak ramai Muslimin/Muslimat take a break daripada urusan duniawi untuk menunaikan kewajipan 5-10 minit tu.

Baru-baru ni, masa aku abis solat Maghrib kat surau SACC, aku nampak dua orang budak pompuan bertudung (x la budak sangat, gaya macam dah 20-an), dok belek kuku kaki one another. Aku kerling, nampak macam tengah lukis inai kat kaki. Dalam hati aku yang husnus-zhon (bersangka baik) time tu "Ohhh...nak kawin kot? Tu yang siap berinai kaki...eh, tapi nape kat surau awam?"

So, aku pandang seimbas lagi...

Laaa... tengah pakaikan cutex (nail polish) rupanya!!!

Terus hilang husnus-zhon aku.

Kot ye pun dia pakai nail polish tu masa on period (maka tak payah fikir wuduk cecah ke kuku ke tidak)... Apa ke-bangang sangat ko pakai benda tu masa dalam surau?

Woh! Aku marah betul rasa time tu.

Tapi, aku tau..kalo aku sound budak-budak tu time tu...harus la glamer kejap dalam surau tu.

Okay... tutup cerita jahil di surau yang pertama.



Lagi satu.... to me, it's such an eyesore to see most of the people solat bersendirian (whereas they can always berjemaah). Benda ni biasanya berlaku kat bhgn orang pompuan jer. Kat bahagian solat lelaki, standard la muwafiq & masbuq tu walaupun tak semua, tapi ada la kadang2 tu (as claimed by MrHubby la).

Aku pelik betul dengan orang pompuan. Takkan la x baligh lagi, sampai x cukup syarat nak jadi imam. Nak kata bangang sangat, rasanya masa sekolah lagi ramai yang dah tau :tepuk je la bahu orang yang tengah solat untuk join dia. Entah la ye...tapi selamba kodok je masing-masing hampar sejadah kat tepi orang yang sedang solat, tapi solat asing-asing.

Kadang-kadang aku sendiri saja je hampar sejadah melintang (dengan harapan orang faham, solat la sebelah aku). Kadang-kadang yang lain pulak, aku solat tanpa sejadah, sebab meluat tengok orang guna sejadah sorang satu...individualistik sungguh! Diorang tak tau ke ha... solat berjemaah tu 27 kali ganda darjatnya berbanding solat sorang2.

Aku sendiri pernah tanya...

  • Kalo saya berjemaah dengan imam yang maybe pakaian dia kotor ke, macamana?
  • Kalo imam yang saya muwafiq/masbuq tu bacaan tajwidnya pun berterabur, apa cerita?

Jawapannya simple je... itu urusan Allah. Sebaiknya kita usahakan dan rebut pahala berjemaah. Sehinggakan kalo dah abis solat sorang2, tiba2 nampak ada orang berjemaah (e.g. masa kita tengah duduk berwirid lagi ke), kita digalakkan solat lagi sekali. Kalo imam tu baca x berapa nak betul tajwidnya... abis berjemaah tu, kita solat la lagi sekali.

Tapi part ni aku x buat...sebab aku pun bukan rajin nak ulang solat yang sama, one after another.

Cuma nak share la apa yang aku tau.

Masa bawak students pegi field trip, sengaja je aku suruh budak2 jadi imam (kalo jemaah pompuan jer). Musti diorang tak berani nak tolak (sebab takut aku assess diorang dengan attitude macam tu...hahaha). Gamak kalo ada yang dok teragak-agak tu, terus je aku iqamat. Automatik... dia kena la jadi imam. Hehehehe. Taktik busuk kan?

p/s: Betul tak, Nurul/Norm & geng-geng yang dok baca blog saya diam-diam tu?

Hmmm...harus la students yang baca blog aku lepas ni mengelak duduk dekat aku waktu solat,

Korang pulak... apa cerita kejahilan dalam surau awam yang korang pernah tengok?


18 comments:

  1. yg selalu jumpa dlm surau ialah kalau geng2 pompuan yg gi surau, diorang beramai2 borak kuat2...sembang smbil ngumpat pulak tu..huuhu annoying gila kan

    ReplyDelete
  2. yatie chomeyl,
    kalo takat sembang hal dunia pun dah xboleh, apatah lagi ngumpat. haiii..duniaa...dunia...

    ReplyDelete
  3. hurmmm i paling tak suka tgk pompuan sexy masuk surau..rs mcm fake gile..tahu dia nk smayang..tp dia xtau ke pasal aurat tu..x malu pulak dia masuk surau nk smayang..tahu pulak nk smayang tu kena tutup aurat tp bila setel smayang, sexy balik...ish heran la..org yg tak tahu hukum Allah..aurat tu dosa besar..

    p/s: bukan nk tunjuk alim huhuuh

    ReplyDelete
  4. tu la alim ulama' kata, perempuan ni baik solat kat rumah ajer.lg afdal.

    ReplyDelete
  5. senyap2 angkat kain pigi jauh2 sebelum kena bebel mokcik is.. :P

    ReplyDelete
  6. ELIZA,
    xpe la..kita doakan org tu dpt hidayah. kita kutuk2 pun, dpt dosa jer.

    elissmie,
    a'ah kan. betul tu.

    mamapasha,
    wei..ni apa angkat2 kain ni? nmpk bulu kaki keriting daaa....

    ReplyDelete
  7. i pernah kene halau keluar surau sebab tengah duduk pump susu dan tidak bersolat.... huhuhu... bila i cakap i tengah pump susu, barulah makcik bangang tu mcm oh!!!! duh!!!!

    ReplyDelete
  8. hm...aku agak curious sikit..masa solat raya haji ni la.ada akak ni dh siap pakai telekung.tunggu masa je nk mula solat. tapi aku tengok kt muka dia berlipstick+makeup complete set lah kan..hm, boleh ke bawak solat?
    sebabnya,selama ni kalau aku pun solat muka bogel.pas tu baru la pakai makeup ke ape..

    *masa zmn jahiliah dulu,pakai gak cutex time peot yg warna clear tu,konon2 bekilatla kuku ni..sekali kena laser dengan my bos.kalau ko mati time peot cmne?boley ke tanggal?pastu teringat kisah norita yg kene bunuh tu.dorg cabut kuku dia sbb warna taknak ilang.uu terus serik nk pakai.*

    ReplyDelete
  9. opss i lak masuk surau org sure usha semacam sbb tak bertudung. tp tak la seksi meksi....

    ReplyDelete
  10. fizamior,
    kalo i, mesti i ckp..."makcik nak tanggung ke dosa saya kalo org lain nmpk t*t*k saya kat luar tu?"

    lin,
    akak tu amik wuduk dulu, pastu mekap, pastu solat.
    kdg2 kalo rushing nak kuar, i pun buat taktik ni... wuduk, mekap siap..tunggu org azan.

    elyn,
    hehehe.no comment lah.

    ReplyDelete
  11. hehhee... susah nak cakap kan, tapi i tak berapa suka kalau orang pakai telekung surau kemudian tak reti nak lipat n letak balik elok2... dia bukak n gulung sekali dengan sejadah...i think itu yg buatkan kain telekung lembap n jadi berbintik2..

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan.. baru jer jejak masuk tuk kumen.. ehehhe apsal akak tak tolong lempang jer orang yang pakai nail polish kat masjid tuh.. heheeh maaf yer.. kita hanya leh tengok jer la kan.. nak sebok kang kena marah plak.. kan kan kan

    ReplyDelete
  13. ya la sgt annoying org yg individualistik hampar sejadah solat sorg2..lg annoying dgn mereka2 yg x reti nk lipat telekung elok2 pas guna.tau la telekung surau tu 'camtu' at least lipat la lek lok

    ReplyDelete
  14. byk yg org dah komen, so nak tmbh satu lg yg annoying - org pakat solat kat saf blkg, sedangkan kat dpn kosong. adeh, slalu kena langkah je la gi dpn. dah la solat x berimam pon, tp pakat2 hurung line blkg skali block abis org lain nak ke depan, apa psl?

    ReplyDelete
  15. agaknya ada orang lelaki sembahyang jugak kut dalam surau tu.. sebab, kalau ada lelaki, perempuan kan tak boleh jadi imam....

    atau, mungkin juga diorang nak cepat kut.. kita pun, bersangka baik je lah... :p

    ReplyDelete
  16. ha,..bagus la Belle. Bila baca entry u ni, terus terbukak minda, bagus jgk kalau try utk jemaah dekat tempat awam kan. selama ni tak terfkir nak tepuk org yg tak dikenali utk jadi imam..hehe.

    ReplyDelete
  17. lady,
    a'ah...abis naik taik lalat. pentingkan diri betul...

    nadja,
    kalo akak lempang, harus la akak kena heret dgn mak guard SACC lps tu.hehehe

    atiqah,
    kat umah diorg, mmg terajar mcm tu kot.wahahaha

    oyis,
    a'ah ye. selalu bersusun kat blkg, xnak ke dpn. apa ntah diorg nih?

    sya,
    hahaha... mcm2 la alasan org kan? xpe la, yg penting..kita jgn buat.

    ReplyDelete
  18. lady,
    a'ah...abis naik taik lalat. pentingkan diri betul...

    nadja,
    kalo akak lempang, harus la akak kena heret dgn mak guard SACC lps tu.hehehe

    atiqah,
    kat umah diorg, mmg terajar mcm tu kot.wahahaha

    oyis,
    a'ah ye. selalu bersusun kat blkg, xnak ke dpn. apa ntah diorg nih?

    sya,
    hahaha... mcm2 la alasan org kan? xpe la, yg penting..kita jgn buat.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat