Friday, April 26, 2013

Ayat annoying- Halal ke???

Some people, when they are away from their home country... tetiba terus jadi 'lebih patriotik'.
Yang Melayu jadi 'lebih Melayu' daripada orang Melayu kat Malaysia, 
yang Muslim jadi lebih Islamik daripada orang Islam kat Malaysia.

Contohnya... kalo kat Malaysia..
Bila membeli groceries, kau main capai je semua benda masuk dalam troli. Tapi bila kat obersi, pandai pulak belek senarai emulsifiers bagai. Kalau animal derived yang bovine source, tak berani beli sebab kot-kot tak disembelih. Tapi kalo kat Malaysia, kita assume "Oh...bovine. Lembu. Halal la kan? Bukan porcine pun."

Bila gi makan kat hotel kat Malaysia, tak pernah pulak fikir kot-kot tak halal. Paling kecoh nak tunjuk Islamik sikit pun adalah masa bulan posa. Masa tu baru kalut cari senarai hotel yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Does that mean kalo bukan bulan posa, sesuka hati kita je nak makan kat restoran/hotel mana? Poyo.

Kat Queensland dulu, pun ada jugak manusia macam ni. 
Ada sekali tu, masa UQ Open Day, kat booth UQ MSA (Malaysia Students Association) yang dijaga oleh budak-budak undergrads (Malays, Chinese, Indians). Diorang ada sediakan roti canai untuk ahli baru yang sign up. Aku yang baru beberapa minggu study kat situ, of course la jadi excited bila tengok makanan pojaan rakyat Malaysia. So, lepas bagi nama, terus la menikmati roti canai gunting yang tak besar mana tu, dengan kari seciput tu.

Tetiba, ada sorang abang lalu...
Aku pun cakap la "Bang, jom la sign up, dapat makan roti canai ni. Sedapnyaaa." sambil mengunyah roti canai sampai nak terpejam-pejam mata punya feel.

Sekali dia cakap "Halal ke?"

Aku rasa macam nak hentak orang dan-dan tu jugak pun ada. To me, kalau dalam committee tu ada budak Melayu (Islam), InsyaAllah la diorang dah pesan kat geng-geng dia supaya make sure ayam/daging untuk kari tu dibeli dari halal butchery.
Entah-entah memang budak Melayu sendiri yang masak kari tu. So, jangan la ingat semua orang buta perut tak fikir pasal halal haram apa yang jadi darah daging.

  
Ada sekali tu pulak, aku tengah makan lolipop bodo yang aku dapat free dalam goodie bag apa ntah. Alaaa...lolipop bodo yang takde brand tu. Setakat ada rasa manis dan kaler merah je.



 

Tetiba ada sorang hamba Allah ni tanya "Halal ke?"

Adoiyai. Agak-agak la sikit kot nak tanya pun. Kalau lolipop yang jenis ada cream ke, buttermint flavour ke... logik la jugak nak suspect ada ingredients pelik-pelik.

Cenggini la....
Kita cuba sedaya upaya cari yg halalan toyyiban. Tapi kalau dah terkena tipu tanpa disedari, kita nak buat macam mana? Jolok anak tekak? Minum clorox?

Bila makan kat restoran yang ran by or owned by Muslim...what makes u think dia CONFIRM provide ayam/daging yg halal? 
Maybe ayam daging tu halal, tapi sos yang digunakan sos Tabasco atau sos HP (eh, yang terkini- sos Tabasco dah halal ekk?). Or santan tin yang diguna tu takde emulsifier yang syubhah?
Or how do you tell, maybe desserts yang dihidang ada guna Golden Churn butter as one of the ingredients? 


 
Ada satu restoran Indonesia (name not to be revealed here) kat Queensland dulu, punya la berbondong-bondong orang Malaysia dok pegi makan besar kat situ sehingga menjilat siku. Tapi aku dapat tau daripada sumber dalaman, boss restoran tu beli je ayam/daging dari any butcheries yang bagi harga murah. 
Gulp!

You see... tak semestinya kita serumpun atau sebangsa (even kalo sama-sama seIslam sekalipun) kita boleh guarantee kesucian yang masuk ke perut tu. Halal mungkin senang. Toyyiba? Hmmmm... Belum tentu.
Again, kita cuba sedaya upaya cari, tapi terkena jugak, nak kata apa?

Logik la kan. Berapa ramai orang sanggup bayar lebih mahal untuk pastikan kesucian makanan yang dia serve tu, especially kalau boleh melibatkan untung besar. Duit kan, sapa tak nak. 
Alaaa.. macam  politik la jugak. Duit punya pasal... ramai terus gelap mata. Tak kira la parti apa pun.

Cakap pasal politik ni...
Antara benda yang aku wonder sekarang...orang yang dok berdegar-degar cakap pasal Melayu Islam tu... diorang takde kawan Muslim yang non-Malay ke dalam FB diorang?

Boleh menyinggung perasaan tau. Just like apa yang jadi kat Adam Corrie.
Dan aku percaya, ada juga kawan-kawan Chinese Muslim atau Indian Muslim yang akan terasa atau annoyed bila orang asyik sebarkan pasal asabiyah Melayu utk perjuangkan islam. 
Ooops!


 iklan sikit


Takpe la. 
Pilihan masing-masing. 
Esok-esok nak 'jawab soalan' pun, sorang-sorang jugak. Kennn?

16 comments:

  1. melayu
    makan babi kengkonon jaga halal haram ye ye oo
    tpi telan arak..termakan an terminum rilek
    mcm macap la..
    tu namanya muslim ikut - ikutan..
    bab buka pose kat hotel tu tak boleh blah!!
    bulan pose diwajibkan sederhana lagi nak nunjuk..
    metaliti buh dlm kuali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.betul tu.
      yang penting, lps berbuka kat hotel 5bintang, mesti la upload kat FB- baru la riak sikit. hahaha

      Delete
    2. lg best, buffet punya psl, mkn hingga kenyang, org dah teraweh dia maghrib pon x buat lg (read: tertinggal solat oopss!)

      Delete
  2. aku rasa, kat luar negara lagi mudah. halal haram tu garisnya jelas. kat malaysia. kejap halal.. kejap tak halal.. halal tu pun kadang2 tahun ni halal. tahun depan dia tak renew sijil ngan jakim jadi tak halal pulak. so tak halal tu sebab ada benda haram ke sebab takde sijil jakim? hish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh tepat sekali.
      Kdg xdpt halal sbb restoran tu ada jual wine gak..bkn sbb bubuh alcohol dlm steak dia.
      Eh..kantoi lak sebut steak

      Delete
  3. Aku ada sorang kawan, breakfast dia brand Tiger. Pastu ada sekali ajak dia makan kedai hidang chinese food...bole selamba dia tanya aku, halal ke masuk ni xkan diorang xde masak ngokngek. *siap kat tangan dia menjinjing plastik berisi tin Tiger*. Rasa nak penampar pun ada gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngek betul la kwn ko tu Bie.
      Oh..aku fhm..kwn ko tu mesti igt babi je yg haram...harimau (tiger) boleh dimkn.hehe

      Delete
  4. Yeah..sungguh annoying skali. Baru jek borak pasal menda nih dgn org2 yg dah lama duduk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sorg je yg concern psl halal haram mknn. Tp dia x concern psk sensitivity org lain. Duh

      Delete
  5. haram kat malaysia bukan sumber tu haram tapi prosedur yang penuh karenah birokrasi yang mengharamkannya :p bodo ! tu psl kejap halal kejap haram jadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haram j*dah ni jgn sebut2. Ada org igt kita perli ehem ehem tu lak kang

      Delete
  6. kalo dah tertelan bkn kena clorosx Is. kena samak la. kumur dgn air tanah. ok not funny, just kidding. saja mood sarcastic ptg2 ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan. Gargle air tanah..or minum je terus. Laaagi afdhol

      Delete
  7. mmg annoying bila sebut psl mknan halal ni. Masa kat NZ dulu mmgla selalu belek2 bila beli brg2 mknan tp sebenarnya senang jugakla nak cari yg halal sbb ada sampai 3 buah kedai jual daging halal. Kat Msia ni yg pelik bila kalau tak de sijil tu terus jd was-was padahal dlm Msia ada 5 org je tau pegawai utk check & sahkan sijil halal JAKIM. Tu yg byk masalah tu.

    ReplyDelete
  8. Sis,

    bagi saya pulak, selalu ditanya makan/minum ke kat rumah mertua? so kalau bg spesies yg tanya soalan camni, saya dah boleh agak mindset dia camne....even kalau kita jawab minum pon kat rumah mertua, tetaplah dipandang serong kan.....bagi spesies macam ni, even minum kat rumah non-muslim pon dianggap 'haram' tau.......aisshhh laaa.....

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat