Friday, October 7, 2011

Bapak ketoprak yang menggugah perasaan aku


Cerita Jakarta 2011 aku belum abis actually.
Saban malam aku & MrHubby semangat nak tunggu abang ting-ting yang tolak gerobak beroda dua (macam gambar kat atas tu) untuk beli makanan yang dijual.
Nape dipanggil 'abang ting-ting'? Sebab bunyi loceng dia 'ting-ting-ting'. Hehehe.

Mana tak bestnya... makanan lalu depan rumah wei. Mesti la syok. Harus la aku gemuk kalo dok kat Jakarta permanently.

Tapi disebabkan tiap malam balik je dah penat bersoping, dan kenyang makan kat luar atau masakan Mama (Mama kepada Mamapasha), maka niat tu asyik terbantut.


Sampai la satu petang tu, aku berjaya memanggil sorang pakcik yang jual ketoprak yang lalu depan rumah tu. Ketoprak tu adalah makanan ala-ala pecal... ada ketupat, tauhu, bihun, kuah kacang, kicap, sambal, etc.


 BerryBear sebagai pelakon tambahan dalam sinetron Bapak Ketoprak Yang Menggugah Perasaan Aku.




Sambil MrHubby dok sibuk snap gambar dia, aku tanya dia 'Bapak dah lama jualan di sini?".
Lambat dia jawab.."Ya..."
Dia pandang aku seimbas sambil tangan dia menenyeh cili mengikut tahap kepedasan yang diminta dan memotong ketupat.


MrHubby tanya kat aku "Eh, dah bayar belum ni? Gi tanya Sita"
Tapi Sita dah masuk ke dalam.

So, aku tanya lagi "Udah bayar belum, pak?"
Dengan slow motionnya dia tarik drawer, tutup balik dan toleh ke aku dan jawab "Udah..."




Aku terkedu. Kepala aku wonder... Macamana dia boleh tau yang kitorang dah bayar hanya dengan tengok dalam drawer yang dia simpan duit tu? Kan ke duit tu dah bercampur dengan duit-duit lain.

Masuk ke rumah dengan riang bawa sepinggan ketoprak, "How much, Bang?"

Berry Bear jawab "Rp6000.... Korang tau tak korang first customer dia..."

Aku saling berpandangan dengan MrHubby. Tak tau pulak aku rupanya apa yang kami fikirkan adalah sama.

Aku pandang ke luar... 
Bapak ketoprak baru nak menolak gerobak  untuk meneruskan jualan di lorong-lorong lain pulak. 
Sayu. 
Aku nak kata sesuatu, tapi tersekat. MrHubby pun sama.

Aku nak panggil Bapak Ketoprak tu, tapi terkaku.


Lepas tu aku dan MrHubby sama-sama menyesal.
Rp6000 tu baru RM2 je pun. Apa la sangat.  Dan waktu tu dah pukul 4 petang dah. Lagi sejam dua dah nak Maghrib.

Aku  rasa nak menangis.

Kalo aku tau tadi, aku bagi lebih. Aku bukan la kaya sangat, tapi pegi ke Jakarta sebagai jutawan,  tak miskin pun aku kalo aku hulur lebih sikit kat dia. 
Memberi kepada orang susah ni senang sikit, sebab diorang appreciate. Kalo bagi kat orang mewah, RM10 pun takde makna.


Hari-hari berikutnya, aku dah sibuk di luar. Kalo aku ada kat rumah, nak sangat aku menunggu Bapak Ketoprak tu lalu. Agaknya berapa la pendapatan dia sehari-hari. Berapa ramai anak-anak yang menunggu di di rumah.

Aku memang kufur nikmat.


6 comments:

  1. sayu plak baca entry kali ni.. memang tak senang nak mencari sesuap nasi untuk menampung hidup.. *srottt srotttt*

    ReplyDelete
  2. Insya Allah lepas ni harap2 nya rezeki pakcik tu makin murah. Ameen *sob sob*

    ReplyDelete
  3. Ko kejam kerana da buat hati aku sakit & menitis airmata baca entry ni. Huhuhu sedi kan tgk org2 kat sna mencari rezeki demi sesuap nasi.

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca. harap2 ada rezeki bapak ketoprak tu.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat