Tuesday, April 29, 2014

Dewi Remaja 1986 -tak boleh blah

You'll have to watch this to make your day!
Kahkahkahkahkah.


Sapa yang tak pernah dengar pasal Dewi Remaja? Sebaik-baik manusia yang tak lagho pun, pernah dengar kot pasal beauty pageant ni. Initiated by Majalah Remaja, yang sangat 'in' satu ketika dulu.

Ada yang celik-celik mata je kenal Scha Alyahya dengan Neelofa. Kalau batch aku maybe familiar dengan Irene Santiago, Azah Aziz, Wan Khatijah, Juliana Banos, Annahita Bakavoli. Tapi tak ramai yang tau Umie Aida, Jasmin Hamid, Aleeza Kassim pun muncul dari pencungkilan bakat yang sama (tahun je berbeza).


Okay, kita pause jap cerita tu.
Korang tengok dulu DEWI REMAJA 1986 ni.

Warning: 
Aku tak galakkan yang pregnant tengok video ni. Yang tengah menunggu hari nak bersalin pun, maybe jangan tengok lagi...takut terbersalin awal pasal banyak sangat gelak. Kihkihkih.

Haishhh...Macam-macam style ada.
Tapi aku bagi hint sikit la untuk korang observe. Confirm korang akan terkekeh-kekeh punya.


  • Pengacara tu, sapa tak kenal kan? I follow....
  • Semua rambut adalah sepesen. Rambut kembang tu dah memang 'in' time tu. 
  • Mekap berjahang dengan pipi macam baru kena lempang, bibir merah ala-ala 1km pun dah boleh nampak dia datang dari jauh.
  • Yang berwajah desa masih tak dapat camouflage, maybe teknik mekap zaman tu x sehebat zaman sekarang.
  • Dan yang paling best...korang tengok minit ke 2.45. Perhati catwalk dia. Dan kalau korang minat sangat dengan dia... dia muncul lagi minit ke 11.20.

BTW, Sheril Aida tu zaman 80-an tu glamer la jugak sebab jadi artis. Dan dia adik Syed Sobri.
Tengku Anis Ismail dan Noraini Ismail tu pun katanya jadi model/pelakon sikit-sikit.
rehanna Yassin tu adalah heroin citer Gila-Gila Remaja, yang Faizal Hussein jadi Azroy tu.



Sekarang bila aku calculate balik... diorang ni umur 44-50 tahun. Aku wonder la camna rupa diorang sekarang ni. Dan maybe diorang cerita kat cucu-cucu diorang yang dulu diorang ni ratu cantik (gichhhew!) Ngehehe.


Okay...tu cerita 28 tahun yang lalu.
Kita imbas balik dewi-dewi yang lepas.
Credit to : Onesteptobe

Aleeza Kassim- Dewi Remaja tahun 87/88.
Memang lain gila la muka dia dulu kan? Apa sudah jadi?


Apa pun, time tu Aleeza ni hot la. Siap jadi model video klip Shidee tu. Lagu Janganlah Menghancurkan. Kahkahkah. Level Shidee je? Sekarang mesti Aleeza  tak main la takat Shidee ni.
Aku search videoclip lama tu takde pulak...cuma ada yang re-make je.



Dewi Remaja tahun 1990/1991n pulak- ada Jasmin Hamid, Kuza, Umie Aida...
Jasmin Hamid sekarang masih bergetah, masih aktif berlakon. Muka makin cekang.



 Kuza dah slow down sikit.


Umie Aida time tu guna nama glamer lain -Ermi Zura.





Yang posing angkat ketiak ni...korang kenal?
Alaa..yang selalu dengan bulu mata pelesu tu! Cik Ta lerr. Rozita Che Wan.




Juliana Banos- Dewi Remaja 1998/1999.
Dah kawen dah dengan orang kaya En Mokhtar dia. Bahagia je dengar ceritanya.
Tahun yang sama jugak, Wardina pun masuk Dewi Remaja.


Rita pun bertanding tahun yang sama jugak. Maybe tak ramai yang ingat, dulu dia jugak model untuk iklan bedak Chrissie, yang ada la dalam 10 kali kot dok ulang "Chrissie...mmm wangiii..." 
Hahahaha


Kalau korang pegi karaoke, cari la lagu Selingkar Kasih (Rem), dapat la tengok Rita jadi model video clip tu. Eh takpe..ni aku dah attach kat bawah ni...




Okay...yang baru sikit. Annahita. Dewi Remaja 2003/2004.





Annahita ni masa aku terserempak kat UiTM, aku tak puas hati sebab dia tak tinggi. Hewhewhew. ye la kan. Aku expect at least tinggi paras aku la. At least.
Anyway, lepas kawen dengan Dato, sekarang Annahita dah senyap.



Scha Alyahya- yang ni ramai orang kenal kot.  Dewi Remaja 2005/2006.
Time tu takde lak orang sebut-sebut pasal hidung ekkk? Ooops.


Lagi satu yang ni. Neelofa. Dewi Remaja 2010.
Dengar kata Neelofa pun tak tinggi sangat. Maybe la kot. Sebab adik lelaki dia ada je study kat Adelaide ni, aku nampak pun tak berapa tinggi sangat.


Dah...dah.
Korang jangan nak kata aku tua pulak. Korang tak kenal dewi-dewi remaja yang lama tu bukan sebab korang muda, tapi sebab diorang dah tak berapa aktif dalam industri hiburan sekarang kan? Kan?

Sunday, April 27, 2014

Savouring the sunshine with apple picking

Actually this year aku takde la nak pegi apple picking sangat, sebab last year dah pegi. But since dah ada kawan nak pegi, boleh la. Bezanya this time cuma dua family, tak berapa rombongan-che-kiah macam last year la kiranya.

So, off we went to Summertown. Just about 15km je dari tempat aku.  


Over tau. Nak jugak jadi model Summertown tu!




As usual, no entrance fee.Just pay for the apples you pick to be brought home.
Maka kekdahnye, makan la apples banyak-banyak kat dalam kebun tu sampai kembung, sebab dia tak timbang berat badan korang sebelum dan selepas picking tu. Mihmihmih



This year, apples banyak dimakan dek burung.
Apples yang ada pun kecik-kecik. Mostly la.


Apples tak petik lagi, selfie la dulu! Hehehe


Haa...pokok yang kat dalam-dalam sikit baru la nampak meriah sikit apples nya. 
Maybe orang yang datang sebelum-sebelum ni malas nak masuk ke dalam, so diorang dah petik semua apples kat pokok yang belah depan.


Shifa, Armand, Lil Adam and yours truly.
Bajet boleh buat calendar Summertown gitu. Muahahaha



Gigih jugak nak capai apple yang tinggi.
Walhal yang kat bawah tu bukan takde.




Aku dah pesan kat Lil Adam, jangan gatai nak pick banyak sangat.
Kat rumah tu, tukang makan apples adalah Lil Adib je. Yang lain tak berapa heran sangat tengok apples.
Poyo kan? Dok kat Malaysia, ye-ye-o nak makan apple. Dah dok Aussie, gatal nak makan pisang pulak. Dah la pisang mahal ya ampun kat sini.



Layankan je la gambar-gambar terlampau aku ni...




The apples we picked. Granny smith apples tu were simply picked by Chef Esa untuk buat apple pie (refer entry Pesta Dosa Yang Membahagiakan aritu)




Armad tu aku tengok dah gaya macam nak sama dengan Raja Bomoh ni... Hahahaha. Sama tak?

 



Masa sebelum balik tu, baru terperasan ada berries jugak (sikit je la) dekat-dekat situ.  Aku petik sikit dan rasa. Humang aiii..punya la masam! Hehehe. Maklum la, selama ni kalo makan yang dah jadi jem, memang le manis.



Habis picking, kita belek balik semua yang dah masuk bucket. Kot-kot ada yang busuk ke, yang tak lawa ke. Maklum la...harapkan budak-budak yang petik.

Esa was so generous tolong bayarkan apples kitorang sekali. Hehehe.
Tengkiu, Esa!



Mana Lil Adib?!?
Dia tengah syok tido. Macam tu la...selalu miss the fun. Bila bangun, cranky pulak. -__-


Nuffnang ads

My Heartbeat