Buat dosa memang la masuk neraka. Tapi tak semua dosa akan mengheret korang ke neraka. Sebab ada sesetengah dosa akan membuatkan hati happy dan perut gendang gendut menjadi gendut. (persetankan itu gendang-gendut-tali-kecapi! Wahahaha)
Dosa yang aku maksudkan adalah tosei.
Tosei a.k.a thosai a.k.a tose (ikut kamus Dewan Edisi keempat), atau dosa (ni ejaan/sebutan sebenar di kalangan Indians). Kalau tak percaya, sila google image untuk perkataan 'dosa'.
Heee..kasi saspens je. 'Dosa yang membahagiakan'
Tajuk mesti la sensasi kan? Mihmihmih
Aku rasa ada la nak dekat dua tahun dah aku tak makan tosei ni rasanya. Kira aku taip tosei je la ye. Kang aku kata 'makan dosa', confused pulak.
So, bila Shifa & Chef Esa organize Tosei Galore untuk brunch semalam... ala-ala pucuk dicita ulam mendatang la. Atau lebih tepat lagi, orang mengantuk kenyang-makan-tosei disorongkan bantal. Hahaha (pengsan Cikgu Nooriah kalau tengok peribahasa aku!)
Tosei... siap dengan dhal, kari ayam, tomato chutney, coconut chutney, etc.
Celah mana 'galore' nya?
Ni haa.... punya la banyak!
Ni yang menunggu dimakan. Belum kira lagi yang dalam pinggan masing-masing.
Yang masuk dalam perut aku je ada 3 bijik.
Ye, perut aku elastik. Boleh isi sikit, boleh isi banyak.
Ada mee goreng mamak, ada strawberry mousse cake.
Ada apple pie (made from frshly picked apples, uolls!), tat nanas (tetiba berkumandang lagu raya Anuar Zain centaku "kuih dan muih beraneka maaaacam, makanlah jangan hanya dipandang...")
Ada lemon/almond-apokobondo cake, ada yang macam ala-ala kuih kapalterbang/saputangan-jatuh-dalam-air (gila punya panjang nama!)
Aku bawa masalode tu jer. Konon to fit in the theme-makanan ala India gittew. Hahaha. Poyo je kan?
Walhal kengkawan lain bawak je desserts ala matsaleh, bedal jugak makan!
Tukang masak, dan tukang makan....
Part paling best, adalah...sambil mulut dok suap makan... ada demo masakan gittew.
Very the interactive on!
Ye la kan... takat sembang kencang buat apa? Baik le practise sekali.
Ni la dhal yang digunakan as one of the ingredients. Urid dhal ke urad dhal ntah.
Sila abaikan gambar awek India kat bungkusan tu. Tu cuma 'cadangan hiasan'. Mihmihmih.
credit: Hazreel's FB
Sambil aku try meratakan batter tu, Shifa dok explain pasal ingerdients dan cara-cara nak buat tosei. Feeling ala-ala rancangan masakan sangat! Dah la pakat-pakat snap gambar.
Kak Tini & Alia... diam-diam diorang ni, masukkan makanan dalam pinggan masing-masing. Nasib baik memang kurus!
Ni muka-muka serious bersembang sebelum terbarai gelak besar bila perkataan 'nunchuck' disebut berulang kali, sampai menimbulkan ketidakselesaan.
Hahaha....Harun Salim Bachik betul.
p/s: Nunchuck takde kena-mengena dengan pembuatan tosei, okay?!
Mak bapak sibuk makan, anak-anak sibuk main Wii dalam rumah. Patut la tak endah pun nak makan.
Lil Adib Tomeytomeyto ni kuar minta air je. Penat sangat gamaknye main games tu.
Habis melantak, Shifa siap tapaokan untuk kitorang lagi. Memang dasar Melayu betul. Dah makan, siap bungkus bawak balik pulak. Huahuahua
Yours truly with Hazreel.
Please note, jangan terpedaya dengan nur di muka Hazreel yang nampak lebih cerah daripada aku tu. Kihkihkih
Thanks so much, Shifa & Esa.
Kalau Shifa terubat rindu nak hangout dengan kawan-kawan... aku pulak terubat rindu nak makan kat restoran mamak. Hewhewhew.
Haihhh rindunya macha kat Khalifah Sect3 & macha kat Shaaz TTDI Jaya.
Bak kata Lil Adam (masa kitorang makan kat our fav spot baru-baru ni - Afghan Cuisine & Charcoal Kebab House).... "Hmmm.. I like this food. But I like the mamak restaurant more."
"Why?"
"Because they have fish eggs (roe)"
Aduiii...awat la hang sebut pulak, anak oii. Kan mama dah teringin!
T_____T
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.