Thursday, April 10, 2014

Kangaroo for the birthday girl


Aku dengar citer kawan-kawan yang ada anak pompuan, ada yang minta nak pony as a birthday present. Perghh!!! Ni semua pengaruh My Little Pony le ni. Kalau mintak pony plush toy, boleh ampun lagi. Tapi kalau minta pony hidup??? Terus mak bapak pening kepala. 
Budak-budak nampak pony tu comel kot dengan bulu colourful, ekor kaler pink....  Diorang lupa gamaknya kalau bagi pony betul, jenuh nak kena bagi makan, kena bersihkan bila dia b*rak, kena mandikan, berus bulu dia...  (sembang kencang macam la aku pernah bela pony!)

Tapi bagi aku, pony tu masuk akal lagi kot... daripada dia minta unicorn, lagi haru! Mana pulak nak cari tanduk untuk cacak kat hidung tu? Tak pasal-pasal amik kon aiskrim tampal kat hidung kuda. Kehkehkeh.


Anyway, for Izzah's birthday baru-baru ni, she didn't request for a pony (nasib baik!), but kangaroo.
Very the Aussie, mate! Hahaha

Tak...tak...bukan kangaroo nak ditunggang. 
Tapi kangaroo untuk dimakan.

Dan memandangkan so far, Mekong Thai je yang ada menu halal kangaroo... maka ke situ je la tempat dituju.



Yours truly and the birthday girl galak dengan giant lolipop masing-masing, sementara menunggu cukup korum.
 

Oh well... ni la restaurant nye. Most Malaysian students yang bawa tetamu makan kat sini pun, just for the sake of the kangaroo, actually.
Too bad, review and critics (on urbanspoon, tripadvisor and such) pasal the friendliness of the staff macam tak pernah diambil kira. Tapi sebab untuk birthday girl, kita redahhhh.



Mula-mula kitorang dok kat luar. Tapi drizzle la pulak... so pindah ke dalam. Walaupun masing-masing lapar, sengih tetap sengih. Maklumlah masing-masing dah tau nanti masuk dalam blog aku. Paling cuak, kalau aku ugut nak upload gambar yang huduh-huduh. Hahaha

We ordered nasi putih with barramundi, kangaroo and tomyum.


Ta-daaa! Ni la kangaroo nye.
Dah lama aku tak makan. Dulu aku makan masa kat Brisbane, rasa sedap sikit daripada yang ni.


Tomyam yang ktiorang order dah tak sempat snap, sebab masing-masing sibuk suap mulut sendiri.
Hahaha.

Habis makan, apa lagi... Cake time!

Happy birthday, Izzah!
Semoga sentiasa muda remaja, tapi tetap tua sikit daripada Is. Hehehe.

Warghhhh... cheesecake!!!! I loike!


Wajah-wajah kenyang yang tak sabar nak makan cake.
Nida, yours truly, Izzah, Saz and Kak Murni.


Soon, birthday Nida pulak. Yang tu ada plan lagi baekkk punya. Harharhar. 
Can't wait! Sampai aku tersilap hari (ingatkan Tuesday kelmarin, rupanya next Tuesday). Nampak sangat ter-excited lebih! Mati aku kena bahan dek diorang nanti minggu depan.

1 comment:

  1. Teacher, requests for kangaroo or pony are still acceptable. But if that 5 years old boy at home request for, "Babah, abang nak anjing." lagi haru kan?

    Huhu.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

My Heartbeat