Monday, July 29, 2013

Membaca ke ajuk gambar?

Lil Adib rasanya agak suka belek buku. Belek je la. Nak kata baca, macam le ajaib sangat.
Tapi amongst yang dia suka, adalah buku Dinosaur ni...  especially bila aku gerak-gerakkan biji mata dinosaur tu. 
Biasanya Lil Adib suka kira berapa banyak dinosaur dalam gambar tu.

Tengok tu, dia ajuk dinosaur tu jelir lidah pulak. Cheeky!

Other than that, Lil Adib juga suka baca buku 123 ni...
Setiap perkataan dia nak buat bunyi. Cer tengok video ni...

 

Atau yang ni...

 

Friday, July 26, 2013

Jangan sampai terrrguna flavour ni bila buat kuih

Aku nak balik awal arini.
Sebab blues teringat peristiwa last year.
Sebab king dan queen istana hinggap nak datang rumah.
Sebab nak sediakan juadah iftar.

Nak buat kuih apa?
Kuih apa-apa la. Cuma aku nak pesan...

Dalam keghairahan kita nak buat kuih raya, atau juadah berbuka... berhati-hati ye. Dibimbangi kalau terrrguna flavour ni akan membuatkan yang tegap ganteng menjadi sutun nyah. 




Hehehe. Peace.

Salam Nuzul Quran.
Tetiba teringat entry dulu tentang tali pusat Lil Adam luruh, lepas jenuh aku menunggu. 

Thursday, July 25, 2013

Aminkan bila dipanggil bahlul :P



"Eiii... si bahlul ni. Lain orang suruh, lain yang dia buat."

"Oii...bahlul! Meh sini kejap."

Marah betul kita kalau orang kata bahlul. Tapi bila orang panggil Dowh (read: bo-dowh) tak marah pulak. (my previous rambling HERE.)

Lepas ni dah kena start ubah mentaliti tu.
Kalau orang panggil Bahlul, kita kena angkat tangan dan sebut kuat-kuat "Aaaaaminnnnn".

Nak tau nape?

Tengok le video ni :P

Wednesday, July 24, 2013

Syaitan ke siapa yang motivate sebenarnya?

Banyak betul cerita-ceriti hangat dalam bulan Ramadhan tahun ni. Aku walaupun dok jauh dari Malaysia, dah tak perlu buka website Utusan Melayah atau Berita Hairan untuk tau isu semasa. Ramai kawan dah share kat FB. Klik, baca. 

Jom kita recall balik satu-satu so far...


Isu bak kut teh
Ucapan berbuka puasa ala-ala muhibah 1Malaysia oleh Alvin dan Vivian dengan bak kut teh berlogo halal. Hangat. Kontroversi.
Ada yang anggap itu cuma lawak mesra muhibbah, ada yang terus keluar perkataan 'Kojjiaqqq." 
Haihh..kenapa la perlu nak provoke sampai cenggitu sekali.



Tapi kita dapat tengok punya la ramai yang marah. Lupa kejap orang tentang baju peplum yang nak dipilih untuk raya. Ter-divert jap attention pasal nak kena pegi tukar duit raya siap-siap kat bank sebelum abis. Tapi orang lupa ayat last surah Al-Kafirun...


 



Kes pecah rumah/ragut.
Yang ni bukan bulan Ramadhan pun, ligat. Ingatkan bulan mulia ni, hati si penyangak tu tak la kering sangat nak buat jahat. Tapi dah dasar hitam, nak dicat putih pun, jadi kelabu dulu... Makan masa nak jadi putih.


Kisah harga ayam melambung naik.
Sampaikan ada cadangan supaya jangan makan ayam. Kalau ikan mahal, makan le telur ayam je. Nasib baik aku kat sini tak affected dengan harga ayam. Kat sini, sapa makan ayam kira golongan marhaen la. Yang makan ikan tu golongan kaya :P
Tapi cadangan mengatakan majlis-majlis di jabatan kerajaan yang kena start elakkan hidangan ayam tu (sebab tanda bermewah-mewah), aku rasa agak *dush-dush* di situ.
 

Kisah poligami Asyraf Muslim.
Walaupun terang-terang dah hukum pasal poligami dalam Islam (dan orang yang mengaku Islam) dan masing-masing sakan berhujah tentang cara dia yang tak betul (sebab tak dapat restu, tak minta izin, harap muka je baik, sia-sia kawen kat Mekah, blablabla). 

Siap keluar la puisi yang konon si Dayana tulis. Share, jangan tak share. Tup-tup rupanya bukan Dayana yang tulis. Ye-ye-or je orang canang sana-sini.
Apa pun, kes Asyraf Muslim telah berjaya membuatkan orang lupa pasal isu ayam mahal.


Kes mak tinggal anak dalam kereta
Ada yang kata, dah dia terlupa... bukan dia sengaja. 
"Hishh..tak layak jadi ibu langsung!"
"Takkan seorang mak sengaja nak abaikan anak dia."


Whatever la. Tapi masing-masing penuh emosi.. feel for Nawal Iris. Tak kurang juga yang mempertahankan perasaan si ibu. 



Budak sekolah makan di toilet. 
Walhal itu bilik persalinan. Takde pun toilet bowl dalam ruang tu. Cuma ada sinki. Lagipun kat sekolah tu ada 3 orang staff non-Muslim, tak lorat pun pasal isu ni.

majlis buka puasa dalam the so-called-'toilet'

Alaaa.. dok kat negara orang ni, standard je kalau curi-curi solat dalam changing room. Dah tu, tang mana lagi nak menggagau cari surau. Bukan ada kat semua tempat. Ni kan pulak kalau makan.

Eh... makan dengan solat, makan perlu tempat yang lebih mulia ekk? Oh..sorry.

 

Anyway, cerita-cerita hangat ni sedikit sebanyak telah menenggelamkan isu majlis berbuka puasa dengan anak yatim, DNA babi dalam mentega buat kek lapis, aktiviti Ramadhan, isu status halal di hotel...
Aku rasa la.. kalau next week ada lagi satu cerita, which means one hot story every week (consecutive weeks dalam bulan Ramadhan ni), confirm sangat la kita ni jenis suka cari pasal. Suka su'uzzhon. Suka besar-besarkan isu.

Tu kira syaitan takde untuk motivate tu. 
Kalau syaitan ada, lain le cerita.


So, agak-agak sapa le yang nak dipersalahkan?
Takkan nak kata hasutan syaitan lagi kot.

WW- Taik idung

Tuesday, July 23, 2013

Cookies 'ta-daa!' yang merosakkan


Sesekali bila layan keseronokan anak, sambil buat-buat tak nampak 'the mess they made'... fun jugak. Weekend aritu aku ajak Lil Adam buat cookies lagi, to reward him for his persistence to puasa. 

Dia nak buat gingerbread man, katanya. Tapi confirm la kalo guna resepi gingerbread dia tak suka (ada ke budak-budak suka rasa halia?) so, aku prepare cookies batter biasa je.

 

Mula-mula, diorang tunggu aku canaikan batter tu dengan rolling pin, dan diorang cuma terap je bentuk cookies tu. Then, aku pass la rolling pin tu kat Lil Adam.
Tapi standard la kan... Lil Adib Tomeyto  pulak yang lebih-lebih nak conquer.

Tengok muka Lil Adam, kecewa sikit bila asyik adik je bolot.


So, aku biar jap dia tenyeh sendiri. Dah nak tunjuk terer sangat kan? Haaa..buat le sendiri. Mesti lepas tengok video ni, orang tak lalu makan cookies yang Lil Adib buat. Hahaha.

 
  p/s: Bentuk gingerbread man tu dia panggil bentuk "Bear-bear"
Mesti imaginasi dia nampak macam bentuk beruang.


Paling tak boleh blah... siap "Ta-daaa!!!" lagi bila dah terap cookies dia. Hihihi



Sampai part nak decorate, masing-masing tenyeh la sesuka hati... 

Ada yang mata 5 pun ada.. Tetiba yang heart shaped tu boleh ada 'cheeks' pulak. Haihh... Sukati ko la, anak.
 

Time aku bawak nak bake dalam oven, Lil Adib meruntun-runtun kat kaki aku tak kasi bawak. Pulak dahhh...
Mujur tak terbalik. Kalo tidak, perisa lantai le jawabnya.
 

The following day, aku try buat seri muka for the first time. masa sejukkan atas meja, tetiba MrHubby cakap "Eh...serimuka mama ni dah merekah la."




Aku jadi tak puas hati, sebab tadi nampak elok jer. Laa..camna pulak macam tu?

Sekali bila aku telek betul-betul, aku nampak...ITU BUKANNYA MEREKAH!!! ITU ONAR LIL ADIB PEGI TEKAP ACUAN KUIH TU ATAS SERI MUKA AKU!!!!"
Arghhh...
Abis rosak kuih seri muka aku.

Maka tak jadi la aku bagi kat kengkawan sikit... sebab seri muka dah jadi x berseri. Huhu.
    


Monday, July 22, 2013

Elmo ...ngap!!!


Pada suatu hari, Lil Adib mengajak abangnya, Lil Adam main Elmo.
  

Tengok muka Lil Adib. Bersungguh-sungguh nak buka mulut Elmo tu.
  
Ngap tangan Abam! Kikiki

"Ni... maaaam"

Tak cukup sumbat tangan, sumbat muka pulak dalam mulut Elmo! 
Haishhh..macam-macam!
 

Makan TIME sahur, BUKAN makan sahur!

Mesti korang pernah dengar orang cakap...

"Aku nak sahur siap-siap la sebelum tidur." (jam menunjukkan pukul 11pm)

atau

Check-in Facebook kat Restoran XYZ pukul 1 pagi (lepas bertadarrus kat masjid kot) dengan caption "Sahur time with friends!"... sambil upload gambar makanan, walaupun dikata petanda orang sakit mental

Well, actually sahur itu nama waktu, 
bukannya nama juadah atau nama makanan. 

Maksudnya, 'makan sahur' tu salah. 
Unless maksudnya adalah bersahur. I mean, makan pada waktu sahur.


Aku quote balik compilation dalil daripada  Ustaz Zamri Zainal Abidin .

Waktu sahur disebut dalam al-Quran menandakan ia amat disukai oleh Allah s.w.t. yang Maha Mencipta. Sahur juga disebut oleh Rasulullah s.a.w. tanda ia amat dihargai oleh seorang hamba yang amat kasihkan yang Maha Mencipta.


  
 الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ  

  
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (3:17)

 وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ........
    
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (51:18)

  
  Sabda Nabi s.a.w. pula (antara maksudnya);

    ((تسحروا فإن في السحور بركة))
    "Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan."

   ((فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أَكْلَةُ السحر))
    "Beza di antara puasa kita (Islam) dan ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) adalah mengambil makanan pada waktu sahur."




So, apa lagi?
Semalas-malas korang, try le bangun PADA WAKTU SAHUR walaupun hanya untuk minum segelas air dan makan sebiji kurma.
Jangan le makan siap-siap sebelum tidur.

Thursday, July 18, 2013

A year of Gday-Mate

Pejam celik.. pejam celik.
Sedar tak sedar, dah 365 hari berlalu. Dah lengkap satu cycle 4 musim aku lalui kat Adelaide ni.

Walaupun aku pernah dok Queensland dulu, kali ni rasanya berbeza. Beza banyaaak sangat. Syukur Allah kabulkan niat aku untuk datang balik ke Aussie dengan family, sebab aku tak nak syok sendiri buat PhD tanpa emotional support di sisi) :P

Terbayang-bayang lagi kelam-kabut kami kat LCCT. Dah la takde feel nak terbang jauh, sebab terpaksa naik AirAsia (tiket MAS, Singapore Airlines bagai dah fully booked). Makan pun main gagau je apa yang sempat masuk mulut.  Tak sempat nak buat majlis makan beradap terakhir kat Shaaz sebelum berpisah dengan macha-macha yang ramah tu.

Well, aku ingat lagi saat-saat aku call Abah, masa berjalan menuju ke kapal terbang. Minta doa restu Abah. Hmm...dah setahun lebih tak jumpa Abah.
Dan dok terasa lagi bila aku dan MrHubby menggenggam tangan each other sambil menghela nafas lega sebaik saja duduk atas seat dalam AirAsia tu. Dengan 1000 doa dan harapan.
Diikuti dengan "Alamak..kita lupa buat itu ini la. Alamak..." :P

Anyway, Alhamdulillah... perjalanan PhD aku lancar.

No such thing like a honeymoon year bagi aku. 
Aku tak paham camna sesetengah orang boleh anggap first year tu tahun untuk meronggeng dan berjimba-jimba. Sebab dari mula aku pulun.

Takpe lah... PhD ni ikut rezeki. 
Ada orang sambil lewa pun, habis on time. Ada orang buat pulun-pulun pun, lambat siap sebab halangan lain. Instrument rosak la, supervisor tukar la. *touch wood*
Aku harap perjalanan aku tak lah berliku sangat. (Kang aku tulis penuh ranjau berduri beronak liku kang nampak macam poyo sangat pulak. Eh, ni tak kira aku tulis gak ke? -_- )


Sekarang, tengah focus untuk Major Review.
Keje-keje aku slightly behind schedule, sebab tengah tunggu barang dari USA. Once dah sampai nanti, laju la sikit. Especially bila siang dah panjang nanti. Sekarang ni pukul 3.30pm je dah nak kena gerak balik. Kalau tak, alamatnya by the time berbuka, aku tak sampai lagi.
Kurang feeling sebagai PhD student sebab aku tercampak jauh dari students lain. Tapi masa join Writing Group pagi tadi rasa syok pulak bila kawan-kawan kata study aku interesting (regardless their different background).

Life? Okay... not bad la. Yang ni memang susah aku nak ubah mentaliti, sebab aku tetap suka Brisbane. 

Ada tanggungjawab baru untuk bantu orang-orang baru yang datang ke Adelaide, esp. postgrads. Alaaa..kalo tak bagi jawatan pun, aku laki bini InsyaAllah akan tetap tolong orang setakat termampu. Kitorang takde la beria nak cari alasan untuk elak pegang jawatan, sebab niat nak balas balik kebaikan yang kitorang terima dulu daripada geng-geng kat sini.

MrHubby?
Enjoying his unpaid leave. 
Banyak membantu. Tolong uruskan rumah dan anak-anak, masak, mengemas, membasuh semua... dan yang paling penting, emotional support. 
Penat-penat pun, dia sanggup lagi keje part time untuk keselesaan family. Maklumlah... elaun tak naik-naik pun lagi jadi Rate A. Hehehe

Kids?
Adapting well. Very well, indeed. Sampaikan aku kena buat Hari Bercakap BM untuk Lil Adam... dan  Lil Adib tak bother pun nak pakai jumper/jacket masa winter :-O 



Us, in front of 42 James St (our istana hinggap)

Giler sedih. Tak lama lagi King bakal balik Malaysia. Queen pulak turun takhta, duduk rumah golongan marhaen je.

Okaylah.. panjang berjela pulak entry bila bab-bab nostalgia ni. 
Gottago. 

Cerita budak "I'm fast-ERing"

  
Aku sebenarnya takde la beria sangat nak suruh anak belajar puasa at this age. Sebab patutnya dia belajar solat dulu. Of course la tak perlu tunggu solat perfect, baru nak buat amalan lain. Kalau tunggu solat tu betul-betul Allah terima, baru nak start puasa... Tunggu solat sempurna, baru nak tutup aurat... entah-entah sampai dah bongkok tiga dan uban dah penuh kepala pun, keje dok bagi alasan je.
This year  Lil Adam is turning 6. So, aku rasa takpelah bagi dia try-try. Lagipun aku rasa masa aku umur 6 tahun dulu aku dah start posa. Aku ingat ni pun sebab kes lawak mak masak sagu yang aku blog dulu tu.
1st Ramadhan- Lil Adam mangkit soq (read: bangun sahur) dan niat puasa lengkap semua. Aku dah pesan kat dia..kalo lapar, bagitau. Aku balik dari lab, dia dok tengok TV. Time tu dah nak dekat waktu berbuka pun. Bila nampak ada sebungkus love letters kat tepi dia (yang Lil Adib makan), MrHubby tanya, baru terkantoi yang diai  dah makan sikit sebab lapar sangat. Haishhh... Lil Adib Tomeyto ni saja je layur kat orang posa.
Sayang betul sebab by the time dia makan tu, maybe tinggal less than an hour lagi je.

2nd day- Cubaan kedua. Tapi hari tu dia ada playdate kat rumah Felix, so walaupun dah mangkit so dan Maryse pun setuju untuk tak makan depan dia....  Ngam-ngam dijemput je dek MrHubby, masuk dalam kereta, terus dia glug-glug langgah air yang standby dalam kereta. Haihhh.
Sakan sangat bermain la tu sampai dahaga cenggitu sekali.



3rd day- Playdate kat rumah Bach pulak. Aku explain panjang lebar kat Binh pasal puasa, sebab katanya dia akan prepare lunch. Ye la kan... kena explain elok-elok, supaya orang non-Muslims tak nampak macam kita ni 'tahaq' anak sampai ke malam. Lil Adam pun dah tau, kalau dia nak makan, dia kena bagitau aku atau MrHubby.
Tapi bila balik rumah, dia mengaku dia cuma makan Oreo je 3. 3keping ke..3 bungkus aku tak tau la. Haishhh... silap besar betul.  Kalau dah Oreo, memang tergugat iman Lil Adam.

4th day sampai ke hari ni.
Alhamdulillah puasa penuh. Sebab siang hari ke-4 tu.. cuaca pun sejuk, dan dia cuma dok kat rumah.

Bila aku suap Lil Adib makan (lunch), Lil Adam datang tengok. But he said "No, I won't eat it. I'm just looking."

Then aku ajak dia buat choc chip cookies.
Beria la nak tolong, dari ambilkan semua bahan, tolong godek dengan mixer, tolong uli, sampai la tolong penyetkan. Aku pesan jugak la "I'm not gonna eat it...bcoz I'm fastering."
Kihkihkih. Lawak giler. Fasting la, Adam. Memandai je kau buat perkataan baru.


 Then, bila muncul the little monster (Lil Adib), dia pun nyibuk jugak nak tolong.
Tolong apa?

Tolong makan batter yang tak bake lagi tu.
 


Dan malam tu, Lil Adam berbuka puasa dengan Kari Kapla Ikan Salmon (itu kapla kasi geleng juga). 
Tak boleh blah betul guna salmon. Kalo kat Malaysia, aku yang marhaen ni mampu makan ikan bilis je.



Padan la dengan aku pun.
Sebelum buat PhD, sekian lama punya aku berazam tak nak makan kepala ikan. Konon nanti pelupa, lemah ingatan bagai.
Tapi, tengah-tengah buat PhD ni pulak la aku gatai nak makan!
 

The cookies?
Lepas bake, rupanya takde la semenggah sangat. Tapi bila tetamu datang, berebut-rebut juga la orang seluk cookie jar tu, lepas satu...satu.

The two brothers menikmati home made cookies sampai ke bilik tidur. 
Haihhh...mujur winter-winter ni takde semut. Kalau tidak, alamatnya tido dengan semut la.

 

Malam pun dok makan manis lagi, alamat melompat riang la macam Five Little Monkeys Jumping on the Bed sementara nak tidur.
 

Wednesday, July 17, 2013

WW- Peribahasa peribahasu

Komunikasi masa cuti sekolah

Aku ingat lagi jaman sekolah dulu... jaman snail mail. Asal cuti sekolah je, mesti tulis surat.Sampai masuk universiti pun, bila cuti sem... aku akan berutus surat dengan bestpren aku. Walaupun masa tu dah wujud email, feel bila menulis surat jugak rasa best. Alaa..lagipun kat kampung kawan aku masa tu takde internet lagi. 

Bila Lil Adam cuti school term break ni, aku asyik sibuk dengan keje kat lab. Rasa kesian pulak kat Lil Adam, kot-kot dia boring.
Kebetulan pulak aritu ari last sekolah, dia dapat 'surat cinta' ajak ber-dating lagi. Tapi kali ni dengan orang lain pulak. Bajet fofular lettew.


Bila MrHubby tengok nama Binh (si mak yang menulis), dan anaknya nama Bach (very the classical kan?)... dia pun tanya Lil Adam.


MrHubby: Adam, what nationality is Bach?

Lil Adam: I don't know. Bach will tell you.

MrHubby: Is it a boy or a girl?

Lil Adam: Boy la. I don't (be)friend with girls.

MrHubby: Elehh..iyelah tu. So, again... do you know which country does Bach come from?

Lil Adam: No. 

MrHubby: Okay, what colour is his skin?

Lil Adam:  Mmmm... *gosok-gosok his own forearm* Like me.

-_-
Lawak giler cara pemikiran anak-anak.

Tapi dari nama Binh, aku dapat agak la...they're from Vietnam.
So, sementara menunggu playdate dengan Bach, Lil Adam cuma main kat rumah. Buat exercise, tengok TV, belajar hafazan, etc.

So, at once tu...tetiba dia tulis something nak dihantar kat Felix (macam orang bercinta jaman dolu pulak, main tulis-tulis surat). 
Then, dia tanya kat aku "But how do I send this to Felix?"
So, aku pun minta dia pegang, dan aku snap gambar...hantar kat Maryse (Felix's mom).

Then, Maryse replied... "Hi Felix is working on it."

Lawak giler aku rasa. Siap saspen-saspen gitu Lil Adam menunggu... dan tolong bagitau aku bila dengar henpon aku bunyi message Whatsapp masuk.




Ta-daaa!!!

 

Hari lain pulak, dah malam buta (pukul 9 kat sini masa winter memang dikira dah buta la), Lil Adam minta guna henpon aku untuk ajak Felix datang rumah the following day...

So aku biar je la dia taip sendiri.


 



Last weekend, Felix's family pegi vacation ke Mt Gambier. 
So, diorang tanya kot-kot kitorang boleh jagakan rabbits diorang. Aku confident je anak-anak aku suka... so tak kisahlah. 

Tengok muka mischievous Lil Adib ni..boleh percaya tak? Haha



Ni la rabbits nye. Yang putih nama Bella, yang hitam tu Hopsie.
Giler besar rabbits tu. Naik takut pulak aku. 
Last aku bela rabbits dulu masa zaman aku tak tadika lagi. Masa tu ada 3 ekor.... yang putih Along punya, yang tompok-tompok Acik punya... dan rabbit aku kaler hitam -_-


Lil Adam dan Lil Adib suka la nak feed rabbits tu. 
Aku? Cuak-cuak wei... Nak nak pulak bila Rudi (Felix's dad) dah pesan, yang Hopsie tu memang ganas sikit. 
Nak letak makanan pun aku bagi secara PJJ (pemberian jarak jauh. Hahaha). Mana le tau kot-kot tetiba dia hop terpa kat aku kang... (dah namanya pun hopsie).. dan tokak aku sampai berdarah-darah. Lepas tu bertukar menjadi resaksa arnab bermata merah. Eh.. melampau sangat ke imaginasi aku?

  
3 hari rabbits tu duduk dengan kitorang, aku teringin nak pegang, usap-usap. Tapi aku takut dengan imaginasi melampau aku tu. So aku ingat nanti masa Rudi datang amik balik, boleh la mintak dia tolong keluarkan. 
Tapi, malangnya masa Rudi datang tu... we had some guests at home. So tengah sibuk-sibuk tu, tak dapek la nak membetulkan persepsi aku terhadap rabbits yang besar tu. Huhu


Nuffnang ads

My Heartbeat