Monday, July 1, 2013

Till paper meet pen again

Jaman dolu, jaman snail mail.
Agaknya kalo dalam surat orang bercinta tu tulis "Kalau awak masih sayangkan saya, saya akan tunggu awak bawah pokok ketapang, pukul 5 hari Ahad minggu depan. Kalau awak tak datang, saya akan terima pinangan Pak Aji Maun duda berhias tu"...
Harus la by the time surat tu sampai sebulan kemudian, si jejaka tu berputih mata sebab aweknya dah bersanding dengan Pak Aji Maun. Kesiannn...

Jaman sekarang ni, dah lain. Senang. Boleh search dan add je entah sesapa di merata donia untuk jadi friends. Yang tak kenal pun tau-tau je request nak berkawan.

Masa sekolah menengah dulu, aku ada raaaamai pen-pals.
Tak... tak... aku bukan retis.
Bukan diorang start berkenalan dengan aku. Tapi aku yang mula hantar surat kat diorang. Hehehe.

Yang dalam Malaysia ada dalam 10 orang. Jap aku list down...
Azian (Negeri Sembilan)
Mastura (Negeri Sembilan)
Fiza (Negeri Sembilan)
Lia (Johor)
Filah (Kelantan)
Jamilah (Johor)
Wahieda (Perak)
dan dua orang lagi lelaki (KL/ Selangor). Yang lelaki tu sempat jadi boifren lagi. Ooops! Nama takleh reveal kat sini. Hahaha.
Eh... Sapa lagi sorang ekk? Tak ingat pulak.
Most of them aku kenal dari majalah/akhbar pendidikan. Bukan ruangan berkenalan pun, tapi aku yang memandai-mandai ajak berkenalan. Harharhar.


Agaknya masa tu aku la yang paling banyak beli writing pad dan sampul surat kat ko-op sekolah. Entah berapa banyak aku melabur kat ko-op tu tak tau la, sebab aku memang rajin balas surat diorang. Belum kira duit setem lagi. Nasib baik setem 30sen je time tu.

Dan bila petang-petang aku pegi check mailbox dekat tepi kantin AbangMat, selaluuuu  sangat ada surat untuk aku. Gila happy masa tu. Ye la, dok hostel, apa je yang fun.
Maka masa prep aku malam tu akan terkorban untuk aku karang surat balas untuk diorang. 
Komited nak mamf kan? Cer kalo dapat assignment masa undergrad terus ligat siapkan... mesti satu sem yang aku ter-miss dapat AD tu takkan berlaku. Ni, kerana sikit je, aku tak merasa dapat ANC. Mencikkk!




Most of my pen pals adalah sebaya aku, kecuali Kak Wahieda tu, tua 2 tahun. So, bila dah sebaya tu... yang seronoknya, masa lepas Gerak Gempur atau Ujian Percubaan PMR/SPM, aku akan pos bertukar-tukar kertas soalan dengan diorang. Kira additional exercise la untuk persiapan nak exams.
Dan aku juga akan hantar kad good luck bila nak exam. Macam satu aktiviti best gittew.

Bila aku kat boarding school, aku jumpa kengkawan yang dari sekolah pen pals aku, aku tanya la...camna orangnya... blablabla.
Bila dah masuk universiti, ada yang sama universiti (fakulti lain), so dapat la kitorang berjumpa. Yang lelaki, dah nama jadi boifren tu, confirm la aku jumpa.  

Yang lawaknya, bila tengok diorang dalam gambar dan live tak sama. Ada yang aku bayangkan orangnya tinggi lampai, rupanya genit comel je. Maybe sebab aku tinggi renjong kot, jadi sesapa yang rendah daripada aku, aku kira genit la. Hahaha.

Sampai sekarang aku masih keep in touch dengan diorang. Tapi ada yang aku masih tak sempat bertemu 4 mata.
Cuma tiap kali birthday diorang, aku automatik akan ingat kat diorang. Ye la kan..masa tu mana ada reminder kat Facebook. So, otak dah dilatih untuk ingat. Kalau kawan-kawan baru (era IT) ni, jangan harap aku ingat birthday diorang kalo bukan kerana reminder. Makin tinggi teknologi, makin lembab otak menghafal. Hahaha

Somewhere when I was 16 macam tu, entah macam mana, ada sekali tu aku dapat sorang pen-pal dari Günzburg, Germany. Masa playdate Lil Adam dengan Felix aritu, baru la aku tau camna nak sebut  'Günzburg' tu. Tu pun sebab aku suruh Rüdi, bapak Felix tolong pronounce. Kehkehkeh. Sedih kan? :P

Aku rasa aku dapat melalui IYS ni kot. 
Alaa..masa tu, isi borang with our details, and pen pals from which country yang kita nak. Aku tak ingat ada bayaran tak (maybe ada few bucks).



Masa tu budak laki yg dapat penpal pompuan boleh la cas ada awek minah saleh. Hahaha. Poyo giler.

Pen pal aku tu (Katharina) pompuan, so kitorang banyak citer pasal pompuan je la. Eh, citer pompuan bukan tentang lelaki ke? Aduiii..kantoi di situ.
Ada sekali tu, masa birthday dia, parents dia hadiahkan kereta Audi, walaupun family dia bukan la kaya. Giler nak tersedak aku baca. Ye la... culture kita, mana la mak bapak belikan kereta bila masuk umur 17-18.

Semua pen pals aku..aku masih simpan gambar diorang. Keratan akhbar yang ada muka diorang pun aku simpan lagi. 
Kalau ikutkan sentimental aku, surat-surat diorang pun aku simpan. Tapi mak jenis suka mengemas dan buang...so, tak dapek le aku nak bersentimental lebih-lebih.

Anyway... antara ayat favourite untuk mengakhiri surat kami masa tu adalah "Till paper meet pen again."
Tapi bila dah masuk era ber-emel-emelan, ayat tu jadi awkward... so kitorang memandai tukar jadi "Till fingers meet keyboard again."
Sekian la cerita nostalgia pasal pen pals aku.
Korang pernah ada pen pals? Cer citer skit.


2 comments:

  1. ada juga dulu2. mmg masa kat asrama seronok kalau dpt surat. masa kat matrik pun masih ada sampailah thn 1997 bila dah mula guna e-mails.

    ReplyDelete
  2. TH,
    tu la kan... wpun FB/other social media membuatkan kita rasa dekat dgn kwn2 yg lama x jumpa..tp sentimental tu dah xde

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat