Sesekali bila layan keseronokan anak, sambil buat-buat tak nampak 'the mess they made'... fun jugak. Weekend aritu aku ajak Lil Adam buat cookies lagi, to reward him for his persistence to puasa.
Dia nak buat gingerbread man, katanya. Tapi confirm la kalo guna resepi gingerbread dia tak suka (ada ke budak-budak suka rasa halia?) so, aku prepare cookies batter biasa je.
Mula-mula, diorang tunggu aku canaikan batter tu dengan rolling pin, dan diorang cuma terap je bentuk cookies tu. Then, aku pass la rolling pin tu kat Lil Adam.
Tapi standard la kan... Lil Adib Tomeyto pulak yang lebih-lebih nak conquer.
Tengok muka Lil Adam, kecewa sikit bila asyik adik je bolot.
So, aku biar jap dia tenyeh sendiri. Dah nak tunjuk terer sangat kan? Haaa..buat le sendiri. Mesti lepas tengok video ni, orang tak lalu makan cookies yang Lil Adib buat. Hahaha.
Mesti imaginasi dia nampak macam bentuk beruang.
Paling tak boleh blah... siap "Ta-daaa!!!" lagi bila dah terap cookies dia. Hihihi
Sampai part nak decorate, masing-masing tenyeh la sesuka hati...
Ada yang mata 5 pun ada.. Tetiba yang heart shaped tu boleh ada 'cheeks' pulak. Haihh... Sukati ko la, anak.
Time aku bawak nak bake dalam oven, Lil Adib meruntun-runtun kat kaki aku tak kasi bawak. Pulak dahhh...
Mujur tak terbalik. Kalo tidak, perisa lantai le jawabnya.
The following day, aku try buat seri muka for the first time. masa sejukkan atas meja, tetiba MrHubby cakap "Eh...serimuka mama ni dah merekah la."
Aku jadi tak puas hati, sebab tadi nampak elok jer. Laa..camna pulak macam tu?
Sekali bila aku telek betul-betul, aku nampak...ITU BUKANNYA MEREKAH!!! ITU ONAR LIL ADIB PEGI TEKAP ACUAN KUIH TU ATAS SERI MUKA AKU!!!!"
Arghhh...
Abis rosak kuih seri muka aku.
Maka tak jadi la aku bagi kat kengkawan sikit... sebab seri muka dah jadi x berseri. Huhu.
hahahaha. ingat betul2 merekah tadi. abes di acuankan itu seri muka. ala comel anak jantan main terap2 cookies. teringat abang aku yang suka buat cookies ms budak2 dulu :p skang tolong ke tidak bini buat cookies :p
ReplyDeletehahaha.baik ko report kat bini abg ko tu... biar dia kena paksa buat kuih.
Deleteshare resipi cookiees tu, mana tahu kot2 roh rajin menjelma..leh la I buat jugak dgn abg SN
ReplyDeletealamak aii..i main hentam je. gugel2 je resepi biskut biasa2.hehe. malu pulak siap nak resepi
Deletepos sikit kat sini nak rasa kikiki
ReplyDeletemana la setanding dgn agar2 kering mak kita. eh..mak kita kan?
Deletemak kirim kuih raya x kat ktorg tahun ni? #tetiba
pakai coat dlm umah eh? terkenang semasa dulu hihih... i plak, si aisyah ni suka buat kek. masalahnya, kek yg buat semua bantat2 dan x jd. i am such a failure at baking!
ReplyDelete