Pejam celik.. pejam celik.
Sedar tak sedar, dah 365 hari berlalu. Dah lengkap satu cycle 4 musim aku lalui kat Adelaide ni.
Walaupun aku pernah dok Queensland dulu, kali ni rasanya berbeza. Beza banyaaak sangat. Syukur Allah kabulkan niat aku untuk datang balik ke Aussie dengan family, sebab aku tak nak syok sendiri buat PhD tanpa emotional support di sisi) :P
Terbayang-bayang lagi kelam-kabut kami kat LCCT. Dah la takde feel nak terbang jauh, sebab terpaksa naik AirAsia (tiket MAS, Singapore Airlines bagai dah fully booked). Makan pun main gagau je apa yang sempat masuk mulut. Tak sempat nak buat majlis makan beradap terakhir kat Shaaz sebelum berpisah dengan macha-macha yang ramah tu.
Well, aku ingat lagi saat-saat aku call Abah, masa berjalan menuju ke kapal terbang. Minta doa restu Abah. Hmm...dah setahun lebih tak jumpa Abah.
Dan dok terasa lagi bila aku dan MrHubby menggenggam tangan each other sambil menghela nafas lega sebaik saja duduk atas seat dalam AirAsia tu. Dengan 1000 doa dan harapan.
Diikuti dengan "Alamak..kita lupa buat itu ini la. Alamak..." :P
Anyway, Alhamdulillah... perjalanan PhD aku lancar.
No such thing like a honeymoon year bagi aku.
Aku tak paham camna sesetengah orang boleh anggap first year tu tahun untuk meronggeng dan berjimba-jimba. Sebab dari mula aku pulun.
Takpe lah... PhD ni ikut rezeki.
Ada orang sambil lewa pun, habis on time. Ada orang buat pulun-pulun pun, lambat siap sebab halangan lain. Instrument rosak la, supervisor tukar la. *touch wood*
Aku harap perjalanan aku tak lah berliku sangat. (Kang aku tulis penuh ranjau berduri beronak liku kang nampak macam poyo sangat pulak. Eh, ni tak kira aku tulis gak ke? -_- )
Sekarang, tengah focus untuk Major Review.
Keje-keje aku slightly behind schedule, sebab tengah tunggu barang dari USA. Once dah sampai nanti, laju la sikit. Especially bila siang dah panjang nanti. Sekarang ni pukul 3.30pm je dah nak kena gerak balik. Kalau tak, alamatnya by the time berbuka, aku tak sampai lagi.
Kurang feeling sebagai PhD student sebab aku tercampak jauh dari students lain. Tapi masa join Writing Group pagi tadi rasa syok pulak bila kawan-kawan kata study aku interesting (regardless their different background).
Life? Okay... not bad la. Yang ni memang susah aku nak ubah mentaliti, sebab aku tetap suka Brisbane.
Ada tanggungjawab baru untuk bantu orang-orang baru yang datang ke Adelaide, esp. postgrads. Alaaa..kalo tak bagi jawatan pun, aku laki bini InsyaAllah akan tetap tolong orang setakat termampu. Kitorang takde la beria nak cari alasan untuk elak pegang jawatan, sebab niat nak balas balik kebaikan yang kitorang terima dulu daripada geng-geng kat sini.
MrHubby?
Enjoying his unpaid leave.
Banyak membantu. Tolong uruskan rumah dan anak-anak, masak, mengemas, membasuh semua... dan yang paling penting, emotional support.
Penat-penat pun, dia sanggup lagi keje part time untuk keselesaan family. Maklumlah... elaun tak naik-naik pun lagi jadi Rate A. Hehehe
Kids?
Adapting well. Very well, indeed. Sampaikan aku kena buat Hari Bercakap BM untuk Lil Adam... dan Lil Adib tak bother pun nak pakai jumper/jacket masa winter :-O
Us, in front of 42 James St (our istana hinggap)
Giler sedih. Tak lama lagi King bakal balik Malaysia. Queen pulak turun takhta, duduk rumah golongan marhaen je.
Okaylah.. panjang berjela pulak entry bila bab-bab nostalgia ni.
Gottago.
your hubby amik unpaid leave for 3 years la ye?
ReplyDeletedia balik sorang2 ker nanti ? x boleh sambung lagi ker?
ReplyDeleteTu la kan, diam-tak diam dah setahun so another 2 years to go
ReplyDeleteCepat betul masa berlalu kan. Dah setahun pon. SMoga dipermudahkan urusan di sana.
ReplyDeletebagusla gear 5 from the start. i pon ala2 gear4 jg awal2 tu, tp halfway terpaksa reverse sbb salah baca map. then gear turbo all the way. sbb tu jd lagu ni @_@
ReplyDeletebtw, i x fhm psl king nk balik soon. sham nk balik ke? so u sorg kt sana ke?
ohh...King is the tenant of our istana hinggap. weekend ni nak balik dah 1 family tapi the Queen (k.surah) akan dtg blk sorg2 utk teruskan perjuangan
Delete