Sepanjang minggu lepas, aku dan MrHubby semak kepala pasal dah dapat notice yang agent dan landlord akan datang buat inspection rumah hari Isnin (semalam). Inspection kat sini bukan calang-calang. Ikut cakap kawan-kawan yang lain, memang jenuh kena sental segala dapur, cabinet, dinding, lap segala permukaan. Whew!
Rumah sewa kitorang sebelum ni, takde inspection pun... cuma bila lanlord datang collect sewa every fortnight, kitorang made sure rumah nampak bersih la. Rumah sewa aku kat Brisbane dulu pun dua-dua takde inspection. So, nervous nya la humang aii...sebab tak tau whether real estate agent dan landlord tu banyak cekadak ke tak.
MrHubby jenuh trim sikit rumput kat lawn, nasib baik rumah tu tak banyak bahagian hijau, sebab the front yard is covered with woodchips. Hehehe. Yang tumbuh pun rumput ketot-ketot je...tapi tetap la kena bagi perelok jugak kan.
Aku pulak, lap segala surface, windowsill, lantai, dapur, exhaust fan, atas fridge. Then kitorang sapu kat backyard, trim pokok-pokok citrus tu..dan macam-macam lagi la. Penat wo.
Bukanlah selama ni tak mengemas langsung, tapi sebab takut agent dan landlord tu fussy...so kena la bersungguh-sungguh.
Dan MrHubby juga telah men-touch up (cat) dinding yang nmpk mcm comot-comot sikit dek tangan anak-anak yang pegang dinding tak kira masa tangan bersih ke tak.
Cuma dinding kat dining area je ada si Lil Adib Tomeyto conteng sikit. Entah bila dia dapat pen pun tak tau. Sedar-sedar je onar dah dibuat.
Lil Adam dulu takde pulak bakat menconteng dinding ni (tapi dia conteng henbeg aku. Huhu)
Penat mengecat, berus cat pun tak sempat kering...
tetiba aku ternampak sesuatu kat dinding dining area, yang baru je dicat.
Dia conteng balikkkk!!!!
Grrr...
Maka jenuh la Lil Adib Tomeyto kena marah dengan aku.
Bukan le marah apa pun... aku cuma kata "Amboiii...biasa ni!!!"
...dan drama air mata pun bermula.
Cettt! Manja!
Alololo...siannya kena marah.
ReplyDeleteayah jgk yg pujuk hehehe
ReplyDeletehahahahhahaa.... hadeiiiii bila nehhhhh nak serang nehhhhhhhhh :)
ReplyDeletesalam puan,nak tanya,kos kehidupan di adelaide murah tak? harga ayam/ikan semua berapa?
ReplyDeleteboleh puan huraikan? dengan kos sewa/kereta nya berapa ye?
kalau boleh puan buat lagi blog post pasal ni.
terima kasih puan.
jasamu dikenang.
anak murid puan food tech.
wah dah ada anak murid yg plan nak mengikuti jejak cikgunye... "biasa dia tu???" ada bunyi cam tomok marah arrayan x?
ReplyDelete