Wednesday, June 26, 2013

Little Cinta and Mini Cinta

Since MrHubby is addressed as Cinta, Lil Adam pun tak nak terlepas gak daripada jadi kesayangan aku. Bila aku tanya who's my Cinta, dia dok sibuk mengaku dialah Cinta. So, masa kecik dulu, I told him...he is Little Cinta.
When Lil Adib was born, Adib jadi la Mini Cinta.

 



Little Cinta (Lil Adam)
At the moment dah agak pandai membaca, walaupun kekadang tu macam Tok dia je, lain dieja, lain disebut, macam cerita ni. Hehe.
Wendy (his teacher at ETPS) said, he is very good at singing -have a sweet voice (really??? :-O) and he likes the Share and Tell session. Kalau cikgu terlupa, dia siap tolong ingatkan. Apa boleh buat... anak lecturer.
Known as a chatterbox (banyak cakap sangat ni), so he does his tasks at his own pace. Haihhh...

Little Cinta dah hafaz agak banyak surah. AlFatihah, AnNas, AlFalaq, AlIkhlas, AlMasad, An-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kausar, AlMa'un, Quraisy. Sekarang tengah hafaz surah AlFil... sampai jenuh aku kena cerita pulak kisah Tentera Abrahah dan burung ababil. Nasib baik ada YouTube, senang la sikit nak bagi gambaran.

Little Cinta is very soft-hearted. Cepat sedih kalau aku cakap dia tak sayang aku (ni kalo kes tak dengar cakap le ni). Contohnya macam semalam, aku cakap... Kalo dia tak solat dan tak mengaji, nanti aku yang kena masuk neraka... terus dia sedih. Huhu.



Mini Cinta (Lil Adib)
Kata MrHubby, Mini Cinta lebih manja daripada abang dia. Maybe la kot, sebab now that he is a househusband, so in a way he spends more time melayan Tomeyto Bear-Bear ni. 

Has his own head and mind. Lately, sekejap nak makan roti dengan Nutella... bila dah buatkan, dia geleng sebut "Nak" (read: Tak Nak). Then tunjuk cereal, dah bubuh dalam bowl, tak nak makan. Minta Mamee pulak. Sekejap-sekejap tunjuk rice cooker sambil sebut "Mam!".. tapi last-last bila nampak Maggi, yang lain semua dia tinggal. -_-



Mini Cinta dah nak masuk 2.5tahun. Vocab masih limited. Tapi okay la kot... daripada pot-pet-pot-pet tapi cakap BM je. Esok-esok sekolah kat sini,susah pulak. Cuma at the moment, kalau telefon ke Malaysia, TokWan/TokKi/Tok tak dapat la dengar dia bercakap.

At this age, Mini Cinta masih nak momon (read: bonbon a.k.a BF). Memandangkan aku dah buka cincin kat jari tangan kiri aku, sambil membonbon sekarang dia suka korek pusat aku, atau main-main taik lalat kat tepi pusat aku @_@
Tengoklah maybe aku akan try wean him off masa 2tahun 7bulan nanti...biar sama dengan rekod Lil Adam.



Orang sejuk menggigil-gigil winter ni pakai baju berlapis-lapis, tapi Mini Cinta slumber-derk je pakai T-shirt selapis je.

Yet to learn that walaupun adik, he can't win all the time. Kesian aku tengok, asyik Little Cinta je kena mengalah. Been there, done that. Memang 'tak sihat'.


Tapi, bila masing-masing senyum..haihh... cair hati Mama.



Thursday, June 20, 2013

Niat murni yang masih tak kesampaian

Korang percaya tak, aku ada hati baekkk punya? :P

Namun begitu (cewah!)... antara niat murni aku yang masih tak kesampaian sampai sekarang adalah...nak derma darah. Bukan sebab aku takut jarum, atau mabuk tengok darah. Bukan! Tapi sebab remeh yang lain.


Aku ni berdarah O +ve, universal donor. Tapi tak dapat berbakti kat orang yang memerlukan. Aku jeles bila tengok orang siap ada rekod dalam buku derma darah. Benci! Benci! Sebab aku dengki tak boleh buat benda yang sama.


Sebab apa tak boleh?

SEBAB TAK CUKUP SYARAT!




 According to Malaysia Blood Donors, anda BOLEH menderma jika..

    anda adalah antara kumpulan umur 18-60 tahun.
    berat badan anda 45 kg atau lebih.
    haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
    derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
    anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
    anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.
Guess what?
Aku tak lepas kat berat badan minimum tu -_-
Lame!

Aku ingat lagi, masa ada kempen derma darah kat Menara SAAS dulu. Aku siap galas beg lagi sambil timbang berat. Sekali nurse tu nampak, dia suruh letak beg. So, bila timbang... dia cakap "Awak ni tak cukup berat ni. Tak payah la derma."


Kecik hati mak, noks!
Aku pernah dengar orang kata, lepas derma darah, berat boleh naik sikit, tu yang aku excited nak berbakti tu. Elehhh...maybe sebab lepas derma tu, diorang bagi makan minum sikit. Itu pun kira naik berat ke?

Anyway... bila dah maju sikit berat aku... (maju pun, setakat 48kg)... aku tetap tak layak. Sebabnya?


Anda TIDAK BOLEH menderma jika anda mempunyai keadaan ini ..
    sejuk / demam dalam 1 minggu terakhir.
    di bawah rawatan dengan antibiotik atau ubat lain.
    masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetes (pada terapi insulin), sejarah kanser, buah     pinggang kronik atau penyakit hati, pendarahan kecenderungan, penyakit kelamin dll.
    pembedahan utama pada 6 bulan terakhir.
    vaksinasi dalam masa 24 jam terakhir.
    mengambil minuman beralkohol dalam masa 24 jam terakhir.
    mengalami serangan pengsan semasa derma terakhir.
    telah secara teratur menerima rawatan dengan produk-produk darah.
    berkongsi jarum untuk menyuntikkan dadah / memiliki sejarah ketagihan dadah.
    mempunyai hubungan seksual dengan rakan kongsi yang berbeza atau dengan individu     berisiko tinggi .
    telah diuji positif untuk antibodi terhadap HIV .
    mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit     menusuk dalam 6 bulan terakhir.
    mendapat rawatan gigi (ekstraksi, tampalan, pembersihan, pemulihan)
        * Untuk pembersihan atau tampalan: sampai hari selepas rawatan
        * Untuk ekstraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi: 72 jam asalkan ada pemulihan       penuh

Eh..bukan sebab senarai yang tu... sebab yang kat bawah ni...


Wanita TIDAK BOLEH menderma jika mereka memiliki keadaan ini ..
    mereka hamil
    mengalami keguguran dalam 6 bulan terakhir telah hamil / menyusui dalam satu tahun     terakhir.
    mereka dapat menderma selepas 6 minggu selepas kelahiran biasa dan ketika mereka     tidak menyusui.
    mereka mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi.
     
     
Bila aku menjadi berat sampai ~67kg, tak boleh derma sebab pregnant pulak. Hahaha.
Again. Tak boleh derma.


Lepas bersalin pun, walaupun berat aku dah kembali 48kg...
aku masih tak cukup syarat.... sebab aku BREASTFEED Lil Adam dan Lil Adib.

Bear in mind, aku BF Lil Adam sampai 2tahun 7 bulan, that is sampai the next pregnancy. So, the cycle goes round and round. Until today.



Huhu. Bila aku nak boleh derma dara darah ni?

Tuesday, June 18, 2013

Ahoy there, Felix's birthday


I have always thought of having a pirate-themed birthday party for my kids. Tapi last year, Lil Adam's birthday kitorang buat sekali kat rumah Ummi. So, macam tak sesuai la pulak... sebab majlis bersama. Birthday Lil Adib pulak kitorang sekalikan dengan housewarming kitorang, so again macam kelam-kabut.

So, bila Felix buat tema ni for his birthday, I was so excited. Eh, kantoi pulak aku yang ter-excited lebih. Hehehe. Okay..okay. Aku mengaku. Bab-bab gedix macam ni memang 'makanan' aku, especially bab dress-up :P macam aku pernah blogged dulu.
Dan ke-gedix-an tu menurun ke Lil Adam. Hahaha.


It was Saturday the 8th- lepas AGM dengan MyPSA(SA)... we rushed to send him to Felix's place.



Captain Adam with his present for his BFF.

Style MatSaleh ni...kalau birthday party, untuk anak-anak je. So tak ramai la...dan senang handle.  Kalau orang kita pulak, satu batalion join sama. Kalau sebut untuk anak-anak je... mesti mak bapak pelik.


The birthday boy with Sina, his sister. Cool eh?
Aku tengok dah macam Badan dan Nyawa (Ajis dan Sudin) dalam filem Nujum Pa' Blalang pun ada. Hehehe
 

Makan time. 


Captain Felix aku tengok dah macam Badan dan Nyawa (Ajis dan Sudin) dalam filem Nujum Pa' Blalang dah.  

 


 Pinata!!!
Hit it hard, Felix!!!
 
  
The kids had the chance to hit it too.
 
  
The kids also had some fun jumping on the trampoline in the backyard.
 

So, hey... I guess maybe this year aku boleh buat birthday Adam bertemakan pirate. Bukan apa...senang nak dress up. Parents tak perlu la spend untuk beli baju untuk anak-anak. Just mix and match...and if you are creative, you can still look like Captain Jack Sparrow! Kan???

Tapi hmmm... kalau aku nak buat untuk anak-anak je boleh tak? I mean, mak bapak tak join. Mak bapak yang nak join, kena jadi pirate jugak. Hehehe. Boleh gitu?
 
 

Nuffnang ads

My Heartbeat