Friday, January 6, 2012

Short trip to Dubai -Part 1




As some of you might have known... last week aku telah meninggalkan jejaka-jejaka kesayangan aku buat beberapa hari untuk pegi conference (2nd International Conference on Biology, Environment and Chemistry (ICBEC 2011)) kat Dubai. (Tahun lepas pegi, tahun ni baru nak update. Hehehe.)



So, dalam excited dan sedih dan chuak...aku naik taxi ke KLIA sorang-sorang.
Maklumlah...dah adik aku (Ina) tak jadi gi berjimba sama-sama, dan kena pulak tinggal Lil Adib yang masih BF. Tapi camwhore tetap camwhore...blog punya pasal. Wakakaka



Nostalgianya dekat gate perlepasan tu, aku mesti tingat saat-saat aku nak fly gi Aussie dulu. Masa tu, siap ada 2 boipren hantar..tapi aku buat hati kering je sebab MrHubby (then Mrboyfren) was so cool, dan that other loser dah macam cacing kepanasan nak terbakar tengok ada lelaki lain hantar aku. (Alamak, nanti MrHubby merajuk, kena tido kat kandang kuda pulak aku malam ni. Keh keh keh)

Aku hanya bawak satu luggage yang tak penuh, dan satu shopping bag yang aku isi pam (untuk pam BM masa dalam flight selama 8 jam tu).

Flight was at 11.59pm. MrHubby dah assured that he will take good care of the two boys, so he wanted me to present the paper well and enjoy myself kat tempat orang. I tried hard not to think about Lil Adib (sebab takut BM mencurah keluar) T-T

The meal dalam flight malam tu was decent.


Flight pun tak full, so senang la aku buat keje mengepam. Dapat la about 200ml. Aku tak berani pam banyak, sebab dalam hand carry, each bottle shouldn't exceed 100ml.


Dok sorang-sorang tu jugak, senang la aku nak sengih-sengih syok sendiri amik gambar :P



Lepas tu aku minta tolong the cabin crew, Naetty tolong simpankan.
Benci tau bila bergambar tepi orang lawa. Mesti aku nampak huduh..Huhu


Crew yang ni nama Salman. Cer korang tengok, sapa lagi lawa...Ekekeke







Landed in Dubai, UAE at 3.30a.m (7.30 Malaysia time).
The Dubai International Airport was damn huge. Betul la kata adik aku... mau tercabut lutut berjalan sementara nak claim baggage.
Tapi yang bestnya bila tengok most signages and billboards/ads dalam Bahasa Arab. Dapat la aku revise dan asah balik 3rd language aku yang 'berhabuk' tu.
(Read: Berhabuk sebab berdebu lama tak guna, bukan berhabuk sebab terer)

Tapi sebab pagi buta sangat aku sampai, maka aku lenggang Mak Limah je la. Tu pun tetiba dapat privilege daripada sorang airport staff untuk queue kat Fast Track (which is meant for the First & Business Class flyers). Bajet hebat la kejap.

To kill the time, aku gi lepak kat surau je la.
Comel kan signage untuk surau lelaki, macam Pak Arab gittew.



Dan untuk muslimah pulak...gini kekdahnya...




Surau nye bersih, cuma telekung ada satu je la...So, walaupun aku bawak telekung sendiri...bila lagi aku nak try telekung style diorang kan? Keh keh keh...lawak pulak aku rasa. 


Waktu solat di Dubai untuk 28 Disember 2011.
Sambil tunggu masuk waktu, sempat la pam lagi susu dan mengaji sikit. Bila terdengar suara lelaki kat surau sebelah, baru aku terperasan maybe suara aku pun terdengar sampai sebelah. Mesti diorang kata "Pompuan bingai mana la mengaji kuat-kuat nih?" :P




Selesai solat... jalan-jalan dalam airport.

Aku suka tengok ni...
35 dirham (about RM30) for 4,5 stalks of large roses.
10 dirhams (around RM8.50) for single rose.
Ni aku berangan kalo laki balik dari outstation, maybe nak belikan bunga untuk bawak balik kat bini la kununnya.. Hihihi





Aku ingat nak lepak kat Starbucks untuk tumpang chillkan EBM sementara aku lepak ngopi, sebab walaupun ada icepacks, it's better to keep them in the fridge kan? Tapi pekerja dia tak bagi.
Nanti aku buat satu entry khas pasal pengalaman aku ber-EBM kat Dubai ekkk?

Dalam 7.30am gitu, dah agak puas aku melangut kat airport, aku naik taxi ke Holiday Inn Bur Dubai Embassy District. Kat Dubai ni kalau sebut satu-satu hotel, kena betul-betul..sebab Holiday Inn je ada 2,3bijik.
Hotel aku duduk tu baru je ambil alih Excelsior Hotel (tapi tak mention pun kat website. Bangang!). Patut la Ina had no idea of its whereabouts. Neither was the taxi driver, Esem.



Nak tau nape aku ambil gambar driver tu?
Sebab awal-awal lagi aku dah buat lawak. Lepas letak luggage dalam boot, aku pun buka pintu taxi (as usual, sebelah kiri la)... sekali itu driver's side la. Hahaha.
Maka aku kena gelak dek Esem dan kawan dia. Diorang kata "It's okay if u wanna drive..."


 
 
Yang sengal dan menyakitkan hati, the hotel staff macam tak boleh consider bila aku request for early check-in. Dah la diorang cakap, "No, there's no conference today."
Memang la conference (presentation) starts the following day, tapi registration memang hari ni. Ngong! Maka sekali lagi aku menganga kat lobby tu. Sambil sembang dengan Dr Amal (Jordan) dan Prof Dimiter (Bulgaria). They were there for the International Conference on Languages, Literature and Linguistics (ICLLL). 

Yours truly with Dr Amal and..err..sapa nama makcik ni ekk?
Maria Mohammadizadeh (Iran)
 
Masa belek-belek tentatif diorang, terkejut beruk bila aku tengok ada 3 concurrent conferences kat situ, tapi semuanya bidang arts. 
Tak pasal-pasal aku chuak ingat aku salah hari berada kat Dubai. Bila aku check balik downloaded tentative kat HTC aku, rupanya memang aku punya conference sekali dengan 2 others; Nanotechnology and Biosensors (ICNB 2011) dan Petroleum and Sustainable Development (ICPSD 2011). Hewhewhew.

Maksudnya ada ENAM CONFERENCES yang berlangsung serentak kat venue tu. Giler aarrrr...
Patutlah ramai umat. Tapi by that time, tak nampak lagi kelibat Malaysians.


....to be continued in Part 2...




posted from Bloggeroid
 

8 comments:

  1. i think my lecturers pun ada g conference tu..

    ReplyDelete
  2. belle,
    aku rasa ko sorang je nampak muda yang lelain tu cam dah tua. ke ko pakai krim anti tua hah? hakhakhakahak

    ReplyDelete
  3. AA,
    really? sapa namanye?

    Ciklilyputih,
    wahahaa..aku kan cuba berevolusi menjadi RCW.

    ReplyDelete
  4. tak sabar tunggu entry EBM dari dubai tu...

    ReplyDelete
  5. ohhh ingatkan bercuti kat epot jer hikhik larikkkkk~!

    ReplyDelete
  6. ah... terasa nak byk ckap pula,

    aku rasa nak gelak terguling-guling bila 'hubby merajuk- ko tidur kandang kuda' ahahaha..

    menyempat gak ko pump kat dlm kapal.. tus teringat zaman dulu2 aku pump BM Shinta :)

    gambar dengan Naetty: u look just fine! cantik mcm Naetty juga!

    gambar dengan salman : Salam yg lagi hensem!

    Try telekung : ahaha.. siap tutup mulut lak gambar tu! Ngada btul try telekung derang ekekeke,...

    "It's okay if u wanna drive..." dah terbiasakan...

    Byk halangan jadi kumpul EMB ni kan.. apa la cerita agaknya!! mesti bikin panaz..

    okey.. i'll wait next story!

    ReplyDelete
  7. Sila kim salam kat jacket tu ye.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat