Lepas tu, dia pergi UK, buat A-Level dan study bidang perubatan kat University of Edinburgh, Scotland.
Tup..tup...Kecoh pasal gambar dia yang terkini...
Dalam Berita Harian...
Segalanya telah terungkai, ibu Amalina telah menjawab mengenai isu
ini “Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar
terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti
pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video
‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu
dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan
tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,”
katanya
Mungkin si ibu terpaksa mengaku dia yang belikan baju tu untuk 'mati'kan cerita tu.
Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini...
Ya, apa yang dia buat memang tak betul. Tapi janganlah kita menghukum. Kita sepatutnya menasihati secara berhikmah, dan mendoakan dia menjadi lebih baik...BUKAN mengata macam-macam.
I have been there, done that. Memang benda-benda macam ni senang terjadi, dengan pengaruh dan budaya luar. Apatah lagi kalau diri sendiri tak cukup 'kuat'.Cuma to what extent, itu kita tak tau.
Dulu, aku pun pernah judgmental kat orang, sampai terkena batang hidung
Ada jugak hamba Allah yang mengata cara aku berpakaian macam tu macam ni, pendek la...baju kecik la... tiba masa, anak pompuan dia sendiri jadi macam tu. Siap ada isu kat sekolah lagi.
So, ingat ye...daripada kita menambah perisa ajinomoto mengumpat lagi Amalina tu, baik kita doakan dia...dan jangan lupa, esok-esok kalau tak kita sendiri (bajet iman kuat abis la), maybe anak perempuan kita pulak ke.
p/s:
Aku takde kena-mengena dengan family Amalina ye :P
lagipun dia muda lagi...teringin kot nak pakai camtu kan..tak pa kita kasi chance la since mak pak dia pun tak bising...hahaha..
ReplyDeletetapi semoga dia berubah la pas balik malaysia..amin
dari kita duk ngumpat amalina tu baik kita ngumpat mak bapak kita...dapat gak pahala kat mak bapak kita...yeehaaaa!!!
ReplyDeleteowh betul..orang macam ni sekali Allah nak bagi hidayah, sekelip mata boleh berubah..silap haribulan jauuuuuuuuuuh lebih baik dari kita..
ReplyDeletebetul tu.
ReplyDeletetak adil la kita nak menghukum dia. baik kita muhasabah diri sambil doakan dia.
ye aku setuju. baru ingat nak buat n3 ko dah buat dulu. moralnya disini, jaga tepi kain sendiri sudah la kan?
ReplyDeleteDia dapat 17A1 ke.. dia angakasawan ke.. dia perdana menteri ke.. Tapi mereke-mereka itu macam kita juga. MANUSIA... dan tak sempurna.. takde yang sempurna.
ReplyDeleteLagi.. Amalina tu kan teenage. jiwanya pon mcm teenage yg lain juga.. nak bergaya.. nak berfesen.. nak melawa..
aku tak kata nak halalkan la.. cuma kita suka sgt hukum org lain ye tak?
ish.. pjg pula belle. aku emo ke..? hehehe xde lah!
*aku pun bukan sedara mara amalina dan x berniat nak sokong dia hehe.. pandangan aku je.
kesilapan org lain yg selalu kita nampak pun. Kesilapan sendiri selalu buat2 tak nampak kan.
ReplyDeletewhat goes around, comes around. karma's a biatch.
ReplyDeletehuhu kalau iman nda kuat, gini pla jadinya kan...
ReplyDeleteisk3..
semoga sentiasa Allah beri peluang utk dia membuka hati nya kembali ..amin.
gitu le kita.
ReplyDeletenak tunjuk baik punye pasal.
satu hari nanti Allah pulangkan balik kat kita baru tau. i never thought it would happen to me, but it actually did.
Berdoa benda2 mcm ni x jd kt family kita sudahlah... kita xde hak menghukum...
ReplyDelete