Friday, July 29, 2011

Apa persiapan Ramadhan 1432H korang?

Ada yang belum start Ramadhan, dah beli baju raya.
Ni tak ikut skema jawapan ni. Orang tanya persiapan Ramadhan, dia jawab persiapan raya. Kalo karang esei untuk paper BM masa SPM, mesti failed dah sebab terkeluar tajuk.


Ada yang dah buat 'kuih tunjuk'
2X5 la dengan yang first tadi. Tapi standard la jawapannya... lambat-lambat nanti, orang dah tak nak ambik tempahan kuih. Lambat-lambat kang, tailor dah tak nak ambik baju. Eh... aku pulak terkeluar topik. Hehehe.
Bukan apa, membantu ekonomi akak opis yang bisnes kuih raya kekdahnye.
Iklan: Aku pun ada jual kuih raya tau. Hehehe


Nak diet. Bajet nak turunkan 5 kilo (or so)
Aisey... puasa dapat lapar je la kalo niat dah melencong.


Ada yang pasang azam nak khatam 30 juzuk
Alhamdulillah. Mudah-mudahan... niat yang baik dipermudahkan.


Ada yang plan nak makan puas-puas sebelum start Ramadhan.
Macam le puasa tu takleh makan sampai 4,5 hari. Nanti tiap hari puasa, serupa tu jugak dia dah siap atur nak berbuka kat hotel 4,5 bintang, nak buffet kat restoran sekian-sekian dengan kengkawan.


Ada yang dah niat nak terawih tiap-tiap malam dan buat segala amalam sunat.
Kena betulkan niat je la... buat amalan tu bukan untuk kejar ganjaran semata-mata. Biar ikhlas. Reward tu biar Allah la timbang balik.


Aku?
Aku punya persiapan..err... nak basuh semua telekung (yang kat ofis, yang kat rumah, yang kat bilik tetamu). Woh...bunyi macam dah berzaman tak cuci kan?
Tak la. Saja nak menyambut macam tu.

Dan nak salin bed spread/ pillowcases yang agak baru juga ditukar sebenarnya.
Tak relevan?
Takpe. Sebab tahun ni, biar la aku excited menyambut Ramadhan daripada menyambut raya.

I have learnt the lessons.


Apa pun, Ramadhan Mubarak to all my dear readers from us.



Cer citer apa persiapan korang pulak.

posted from Bloggeroid

Soalan sempena Malam Jumaat


Thursday, July 28, 2011

Awek baru Khairul Fahmi (KFCM)?


Aku tak follow sangat pun pasal KFCM ni actually. Tau sikit-sikit je. Tapi rasanya ramai gak yang kenal dia, dan tau yang dia dah bertunang dengan Elia Jejari Runcing itu.

Kelmarin kecoh pasal kata hubungan KFCM dengan Elia berantakan.... sebab orang ke-3. Beautifulnara ada letak gambar awek yang dimaksudkan (Dahlia Teck).


gambar dahlia teck

Tapi tak tau la betul ke tak.

Cuma kat FB Elia macam dah jelas la pasal ke-bengang-an dia kat KFCM (Apex)...

gambar dahlia teck

Eh...ni awek yang sama ke? Macam lain je nampak...

gambar dahlia teck

gambar dahlia teck

gambar dahlia teck

Gitu le dugaan bertunang ekkk?
Haihh..doniaa...donia

source: here

Wednesday, July 27, 2011

Bila nampak eksiden, korang fikir apa

Dont Drink and Fly


  • Haa..tu la bawak (drive) laju-laju lagi

  • Keta apa tu ekk?

  • Ada orang mati tak?

  • Kesian dia...

  • Biar la dia eksiden. Keta dia mahal, mesti dia mampu bayar

  • Apa nombor plet dia ekk? (kaki ekor)

  • Lantak la. Takde kena-mengena pun dengan aku


Kalo aku, selalu aku fikir
"Kesian dia... (takut diri sendiri lak kena kalo 'padan muka'kan orang)."

Kalo sampai ada cedera teruk/mati...
"Mana dia nak pi agaknya ye? Mesti anak bini dia tunggu kat umah nanti. Ntah-ntah nak pi meeting penting ke. Mesti orang dalam meeting tu dok bising sebab dia lambat."

WW- i miss u



Tuesday, July 26, 2011

Lunchdate with bloggers (again!)

I just came back from a lunch date with two blogger friends.
Guess who?



Err... yang lagi dua orang tu, aku lopa lak nak tanya ada belog jugak ke? :P

We met at the Secret Recipe, Section 9.
Aritu dah plan, tak jadi sebab Apak ada 'masalah problem' paip bocor. (paip air ye, sila jangan bayangkan paip lain)

Wei, Jiji. walaupun dlm gmbr ni aku nampak gemuk, muka aku mcm glowing gitu kan? :P

Gambar pinggan masing-masing selepas kenyang.
Cer tengok, pinggan sapa paling licin- confirm la dapat suami soleh.


Dah abis makan, ada sesi gossip-gossipan dan Majlis Penyampaian Hadiah. Hehe. Ni hadiah drp Apak untuk penyokong-tegar-blog-dia-yang-memberi-inspirasi-dan-sokongan tidak berbelah-bagi (matilah masuk lif, tekan sendiri)


Thanks, ye Apak Cikidong! Next time bagi hadiah besar lagi ye.
Peti ais ke... saya janji akan tunggu 2jam lepas peti ais dihantar, baru on kan. Hehehe.

:)

Kalaulah kat Malaysia nak bercerai pun ada upacara...

Aku pun baru tau hari ni.
Kat Jepun, nak bercerai pun ada upacara majlis. Ye la kan... asyik kawin je buat majlis grand-grand. Bercerai tak nak pulak buat majlis!




Terai (kanan) memegang cincin perkahwinan pasangan Kenji (kiri) dan Keiko sebelum memulakan upacara memecahkannya dengan tukul.


Couple yang nak bercerai tu pakai lawa-lawa (hitam), dikelilingi sahabat-handai. Lelaki yang ala-ala paderi tu (Hiroki Terai) kata "Kita mendoakan agar hari ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kamu berdua."

Then, dia bagi tukul untuk couple tu pecahkan cincin kawin diorang... dan tetamu pun akan tepuk tangan.



Pasangan Kenji dan Keiko dibawa berarak sekeliling kota dengan lanca secara berasingan.


Lepas tu, pasangan tu akan naik lanca (yang disediakan oleh Terai) secara berasingan. Rakan taulan pun boleh naik sama-sama.
Dan kemudian, couple tu will be addressed as 'bekas pengantin lelaki' dan 'bekas pengantin perempuan'.

Dengan majlis macam tu, katanya out of 10 couples, biasanya 9 daripadanya akan ubah fikiran dan tak jadi bercerai last minute. Hehehe


Haa.. kat Malaysia ni, kalo dah bercerai terus tak nak tengok muka dah. Terus la bekas suami/isteri tu dikata jahat. Kalau dulu, kentut pun bau bunga.

Kalo kena pecahkan cincin macam kat Jepun, agak-agak diorang kensel tak niat nak bercerai sebab terbayang duit yang 'lebur' untuk beli cincin tu?



Monday, July 25, 2011

Is it your brain or is it normal?


p/s:
Am a bit occupied... hence the short entry :)

Patutlah Lil Adib demam, rupanya...




...sayang Mama nak pandai merangkak!!!


Seminggu dua lepas, dia tetonggek-tonggek macam ni je. Nak tergelak aku tengok.




Haihhh... Sayangnya MrHubby is away to witness the very first moment of his progress.





Orang tua-tua la kata... kalau demam tu tanda baby nak pandai buat sesuatu, atau nak tumbuh gigi... Tapi takde scientific evidence rasanya.

Eh... bukan aku yang cakap tau.
Orang tua-tua. Aku kan muda lagi. Hehehe


posted from Bloggeroid

Sophea Isabella gitu! *eheks*

Sophea Isabella, anak angkasawan Negara (Sheikh Muszaphfar Shukor) dan Dr Halina.

Bunyi ala-ala Isabelle gitu kan? *nak jugak perasan :P


Setambun!!! Comelnya, walaupun baru beberapa hari (born on 21st July)


Sunday, July 24, 2011

Hantu Susu



Ramai yang dah tengok telefilem Hantu Susu kat Astro kot. Aku tengok masa ulangan je tadi.

Buat julung-julung kalinya ada citer yang compile beberapa cerita lain kat Malaysia ni. Selalunya Hollywood je ada, macam Epic Movie, Scary Movie, etc.

Citer ni pasal empat hantu; Pontianak (Erra Fazira), Penanggal (Amy Mastura), Langsuir (Zarina) dan Kum Kum (Marsha) yang dibuang dari kampung diorang, so diorang pindah ke kampung lain, that is banglo yang kebetulan diorang sewa sama-sama.

Bila dah masing-masing tau diorang sama-sama hantu yang tengah cuba nak jadi baik, kecoh la... especially bila ada beberapa pembunuhan kat kampung tu yang dibuat oleh Hantu Susu... dan diorang pulak yang dituduh.






Ada banyak skrip menarik dan lawak dalam citer ni (provided u dont get the joke--- sila jangan lemot) dan ke'spontan'an dialog diorang tu la yang best.

Saiful Apek tak abis dengan tagline dia "Kita aim dulu."

Cuma part tangkal tu ada khurafat sikit la, kalo orang yang kureng ilmu agama nengok.

Tapi sayangnya kat scene-scene akhir tu, sayangnya Amy Mastura tak jadi hantu jugak, maybe sebab susah nak computerize banyak-banyak scene penanggal takde kepala. Hehehe.


Aku rasa la, kalo digarap lebih sikit... bagus buat filem tayang kat panggung.

Hmm... Suka lak aku nengok diorang pakai kebaya. Kalo aku pakai kebaya tiap-tiap hari, agak-agak orang syak aku ni hantu tak?

Friday, July 22, 2011

A brief outing-penat dok rumah

Setelah puas menghadap dinding (sempena perintah berkurung dalam rumah sendiri) sebab menjaga hero-hero kesayangan, akhirnya tadi aku kuar ambik angin luar.
Haha. Angin luar le sangat.
Gi Empire Shopping Gallery je. Indoor jugak.

Saja jalan jalan jamu mata and then lepak makan kat O'Briens.



Lil Adam dengan iced chocolate... substitute Milo punya pasal. And this stack of sandwich for *cough*cough* me.



Makanan yang menyihatkan memang mahal. Standard la kan?



The desserts looked yummy. Tapi lepas makan sandwich yang menyihatkan, tobat jap.



Cikebonbon yang baru recover dari demam (harap-harap malam ni tak panas balik la).



Prior to entering the cafe, Lil Adam dragged me to the ToysRUs.
Kemain tekun membelek kat shelf ultraman.



Sudahlah, Adam. Kau tunggu je Ayah bawa balik bapak ultraman dari Japan nanti.

posted from Bloggeroid

Thursday, July 21, 2011

MC is ok, but emcee???u gotta be kidding

Okay,today I have to observe my little darling (again) and I dont know how those housewives without maids do it 24/7. Giler hebat.

Poor Lil Adib having fever on the 3rd day.


So, I couldnt make it to the important meeting for assigning tasks for the MOU signing ceremony very soon.
I called and told the pain-in-the-ass that I couldnt turn up, and was asked if I could be the Emcee for that big day.
Emcee= MC = Master of Ceremony okay!
And it's a big event involving pihak luar.

I said NO, knowing myself well that I am not good at protocol and formal events. So, better assign other task to me.

Later, I was updated that I WOULD BE THE EMCEE!!!
You gotta be kidding, man!!! Kang malu pihak UiTM bcoz of me.

Fine, I have the experience but it was just for a program Family Day or so (during those degree years). And I dont think the event was lively bcoz of me.
I know my strength and weaknesses well. If I am good at it, tak payah suruh, I'd volunteer myself.

Why oh why the pain-in-the-ass picked me?
Prolly now I have to start polishing my professional PR skills on protocols... Or just let them face the consequences for memandai-mandai assigning me???

What say u, peeps???

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 20, 2011

Jangan kerana kau sorang, rosak imej muslimah-bertudung-paras-lutut!



It's surprising how people react and could be helpful or not upon knowing u r a BF mom. Selama ni aku memang jenis tak kesah sangat, tapi kali ni aku pissed off sebab ditolak ke tepi ke tengah oleh orang yang berimej wanita solehah. Grrr...

Gini.. semalam aku dijemput attend OSH course kat Kompleks Kejuruteraan. Dah la Lil Adib tetiba demam, aku terpaksa jadi ibu-tak-berguna-yang-menghantar-anak-ke-nursery-setelah-diberi-ubat.

As usual, masa lunch break, aku nak pam EBM. Since aku malas nak balik ke fac.sendiri untuk hantar EBM tu, aku pun try la tanya few people on the options.

Biasanya aku memang tak ambik pot pun orang lelaki tengok/tau aku bawa EBM. Nak nak in my own fac. Dah lali dengan usikan-usikan sengal tu (kalo aku charge sbg sexual harrassment baru padan muka).
Tapi semalam, firstly, I had to ask this one guy (sebab pompuan dah pupus kat situ, kalo ada pun, dari fakulti lain).. katne possibly ada fridge. Dia suggest tanya kat level berapa ntah, or maybe try kat kafe.

Then, aku nak tanya organizer who is a wanita-berimej-muslimah-tudung-paras-lutut... tapi aku nampak dia gi sambut speaker yang baru sampai.

So, I had to ask another person. Suggestion baru- try kat library.
Aku tak sure kat library ada pantry tak, so aku tak puas hati dengan usul tu.

Bagai nak gila aku berputar kat situ, last-last dapat la aku jumpa organizer who is a wanita-berimej-muslimah-tudung-paras-lutut tu.
Aku bisik slow kat dia, tapi dia tanya balik (sebab tak dengar kot) dengan agak kuat "Pam susu?"

Then ada sorang lelaki yang berdiri dekat situ penyibuk ke concern aku tak tau la..mencelah "Nape?"
Dan this organizer who is a wanita-berimej-muslimah-tudung-paras-lutut jawab dengan kuat "Dia nak pam susu."

Dengan acuh tak acuh dia suggest aku ke level 13 atau level 4.

Naik ke level 13, aku tengok ada pejabat Dekan dan pejabat am yang tutup (sebab lunch hour).

So, aku turun ke Level 4. Minta jumpa sorang staf pompuan. Yg jantan sibuk tanya "Nape?"
Kepala nak berasap dah. Kalo br***ts aku dah nak pecah kerana tunggu nak dikosongkan, memang aku 'sugun' sekor-sekor penyibuk tu.
Tanya staf pompuan ni, tengok-tengok fridge diorang rosak lak.

So, aku dah give up dan tanya sapa ntah katne surau.
Surau pun ada yang tak sure nak jawab. Aku tau la bangunan besar tu ada banyak surau, tapi kau bagitau la yang mana aku boleh pegi. Buduh.

Sudahnya, aku menonong je, tanya students... dan diorang direct aku ke surau.
Lepas solat Zuhur, pam..dan korang tau katne aku simpan?

Aku nekad BIAR JE DALAM HENBEG AKU.
Sebab aku tengok tentatif, dalam sejam lebih lagi habis la slot tu, jadi aku nak balik awal untuk bawak Lil Adib ke klinik.



Fine, memang aku tak bawak cooler bag bagai. But all these while, people I sought help from were soooo helpful.

Dan kali ni I am damn pissed off sebab seorang organizer tak boleh diharap menjaga welfare participant macam aku ni, ditambah pulak dia membawa imej seorang wanita-muslimah-tudung-paras-lutut. Siap dengan loud nya bagitau kat lelaki tu apa urusan aku.
Baik kau tak payah pakai tudung-paras-lutut tu!

Well, memang aku jenis redah je, tapi aku tak suka jantan-jantan gelandangan gila seks yang maybe membayangkan yang bukan-bukan bila diorang dengar istilah 'pam susu'. Well, u know what I mean.


I am not skeptical terhadap orang bertudung paras menyapu lantai sekalipun, sebab ada yang aku kenal sanggup bantu tumpangkan EBM aku kat pantry ofis dia (bukan dalam uni ni pun) sedangkan dia takde anak pun lagi.
Ye, korang maybe nampak aku huha-huha, tapi aku masih ada otak untuk bantu dan cakap berbisik-bisik sikit untuk elakkan fitnah.


WW- ada words tapi bukan aku yang taip


Tuesday, July 19, 2011

Show me muka good boy

video

Good macam tu *thumbs up*.

Muka good boy macam mana?

Monday, July 18, 2011

Kantoi lakiku ada affair!!! Grrrr

Kantoiiiii!!!!
And this is not the first time.
It happened before. Cuma aku je yang tak kecoh-kecoh.

Dulu lagi la... dengan my ex-student, Naj. Budaknya dah la comel, kulit halus mulus.
Siap masa praktikal, aku suruh MrHubby ambil budak tu under his supervision.

Naj ni dari aku anak dara, sampai aku kawen, sampai aku dapat baby... she was always there for me. Baik betul.
Until one day...
Aku terbaca sms dia kat MrHubby

"En. Sham , esok Syg nak ikut gi enforce boleh x?"

(Aku tak ingat masa tu dia address as Encik ke Abang. Sbb masa praktikal, secara profesional mmg dia panggil Encik la. Tapi masa lain, aku tak kisah pun dia panggil Abang.)

"En.Sham/ Abg Sham...nanti nanti syg bla bla..bla bla...ye..."


Tapi aku diamkan je.
Sebab Naj dah ada boyfren time tu. Aku kenal pulak tu.


Okay, tutup cerita...
Aku sabarkan aje. Sebenarnya nak tergelak pun ada.


Baru-baru ni, MrHubby dapat satu lagi sms.
Siap ada 'Syg' lagi. Again!!!

zoom sikit


Tapi kali ni, MrHubby tunjuk kat aku... sambil kitorang gelak-gelak.
Mana taknye... yang sms tu jantan, nama Joe... nak tanya tentang camera.

MrHubby cakap "Apa kata Abang reply 'Oii..apa syg syg ni oi..Aku straight la."

Dan kitorang gelak lagi. Kekekekeke. Dia tak reply la macam tu. Kasi gempaq je.

Memang aku dah tau pun semua tu typo je.
Maybe diorang ni biasa guna sy = saya dengan orang lain dan syg = sayang dengan pasangan. Jadi kerana terlebih satu huruf sebab dah terbiasa... maka jadi la insiden ni.

Cer korang cek henpon pasangan korang, ada tak mana-mana SYG sms. Hehehe.

Students aku pun kadang ada gak tertulis 'SYG' bila sms aku. Kalo aku rajin, aku layankan aje, saja nak perli :P


p/s:
Naj,
sori ye..akak buat awak jadi contoh. sebenarnya takde mende pun. kekekeke


posted from Bloggeroid

Friday, July 15, 2011

Lil Adib standing



Day 1




Day 2






Day 3




Haiii... merangkak pun x pass lagi, tau-tau je dah nak berdiri.

Apparently I'll have to lower down the baby cot. Kang ada pulak yang tergolek.

posted from Bloggeroid

Roy vs Loy

Dulu aku selalu gelakkan Kelly (my Korean friend), sebab dia pelat huruf R.. jadi L.
Pernah dia cakap...

Kelly: Is, I have talked to Loy.

Me: Loy? Who's Loy? *saja nak menyakat

Kelly: Loy. Loy our flatmate. (rumah atas tanah pun dia panggil 'flat' gak)

Me: Hehehe..U mean Roy?

Kelly: Yes. *tersipu-sipu malu

Me: !@#$%^&^%$ *mengutuk Kelly sambil ketawa dalam BM.


Tapi kan...
nama ROY tu sounds so macho kan?
Tapi LOY tu sounds very-the-apek. Macam Yap Ah Loy.
Cuma sekarang ni orang salahguna nama Roy untuk orang yang boROI. hehe

Korang ingat lagi jejaka berterendak dalam buku Sejarah Form 3 dulu?



Dia kan buka KL sebagai pusat perlombongan/komersial masa pertengahan abad ke-19 dulu.

Agak-agak kalo hari ni dia hidup balik dan lalu kat KL, apa ayat yang keluar daripada mulut dia ye?

Mendoakan keburukan- boleh ke?

Sape sini bila hangin kat orang lain, mesti kata..."Eeeiii..biar suatu hari nanti, orang tu kena lagi teruk daripada aku."

Sila terus scroll.

Sape sini bila dipintas kereta lain sampai nyaris accident, dia kata... "Ish...kereta ni. Biar kau accident mamp*s je la..."

Sila pegang mouse.

Haa... walaupun time ni aku tengah pegang keyboard, aku patut ngaku la, aku pun kadang-kadang ada gak emo sampai tahap macam ni.

Tapi... sebenarnya apa hukumnya mendoakan keburukan orang ekk?


Allah tidak suka perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan ingatlah Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(an-Nisaa: 148)



Huraian

Allah tak suka kita mengeji secara terus-terang kecuali kalo kita ni orang teraniaya yang menuntut keadilan dari kezaliman yang telah dilakukan ke atasnya.

Contohnya, kalo ada orang busukkan nama aku, kata aku ni begitu-begini... aku dibolehkan untuk mendoakan si mulut longkang tu terima balasan yang lagi teruk daripada aku. Hehehe

*tanduk sudah tumbuh tunas*


Anyway, bear in mind... Allah tetap prefer sifat pemaaf terhadap perbuatan yang buruk. Kan Allah tu Maha Pemaaf dan Maha Berkuasa.

*alamak, tanduk dah termasuk ke dalam balik*


Allah juga tak suka orang yang berdoa untuk kecelakaan orang lain melainkan jika ia merasa teraniaya haknya. Tetapi jika ia dapat menahan diri dan bersabar , itu adalah lebih baik.

Allah hanya menyukai kata-kata yang sopan yang tidak menyinggung perasaan yang tidak merosak akhlak.

Mengeluarkan perkataan-perkataan celaan yang keji secara terbuka atau terang-terangan (dalam apa jua bentuk) memang senang kalau dalam hati takde perasaan segan kepada dosa dan takde taqwa kepada Allah. Maklum la... ayat-ayat keji ni boleh menjadi fitnah jugak kan?


Jom kita sama-sama elakkan diri kita drp mendoakan keburukan orang.

Dan aku juga tak terkecuali.


Thursday, July 14, 2011

Lil Adam imitating the bear

video

Alternatif bagi sitter/nursery

Selama aku ada anak, baru dua tiga kali rasanya aku tidur tanpa Lil Adam/Lil Adib di sisi. Itu pun sebab terpaksa. Sebab ada kursus, ada field trip, ada perkara yang memang dah tak boleh dielak sangat. Tu pun dah abis mengelat.. try gak import untuk stay selang beberapa hari.

Segarang-garang singa, garang lagi aku (sebab singa tak marah sambil membebel dan buat macam aku buat kat anak dia). Tapi naluri keibuan aku tu la yang membuatkan aku tak pegi conference jauh-jauh, tak sampai hati ... walhal benda-benda tu jugaklah yang perlu kalo aku gila naik pangkat.



Sorry, it's just not me.
Maybe aku lambat sampai atas sebab aku naik tangga, tak naik lif. Tapi yang penting, bont*t aku mantap dan aku tak stuck dalam lif masa ada emergency.


Rata-rata aku tengok ada je orang yang gi conference/kursus atau sambung study atau outstation berhari-hari... tapi masih dengan hati senang meninggalkan anak.
Tapi kebanyakannya aku tengok either parents atau PIL diorang dok kat area KL/Selangor, atau dekat la dengan rumah diorang... so, boleh la minta Tok/Tokwan/Atuk diorang jagakan. Bestnya. Hati tenang. Maklumlahhh... your own flesh & blood.

Maybe tak la risau macam tinggalkan kat maid atau sitter.




Aku yang parents/PIL jauh giler ni... satu kat utara, satu kat selatan... Nak tak nak, angkut la jugak.
Pernah sekali tu, aku ada conference, MrHubby ada Sports Day dan kitorang kena attend wedding sedara. Humang aiii... Memang jenuh. So, dalam pengorbanan, ada la hikmahnya.
Aku tak dapat gi wedding tu, tapi aku dapat award Best Oral Presenter, MrHubby pulak menang dua games.
Link

Tu pun ada yang mulut longkang... mengata bila aku terpaksa bawak anak/MrHubby pegi field visit, pegi pantau practical students. Kononnya aku tak profesional.
Yang mengata tu, jenis tak berlaki atau dah expired. Kalo berlaki/beranak dua tiga pun, dia tak BF, bleh la gebang lebih.
Lagi pulak, parents dok sekali. Memang la dia boleh lepas tangan.
And sorry to say, I think your hubs is just not as supportive as mine... yang join dan tolong aku by simply providing peace of mind, bila anak-anak ada depan mata.

So, u better be grateful. Jangan nak judge aku. Roda ni berputar. Enjoy it while it lasts.


Aku tau aku takde kemudahan tukang-jaga-anak macam sesetengah orang. Tapi itu mengajar aku erti pengorbanan, menjinakkan naluri aku yang selalu bad-tempered, mendidik aku agar tak menyusahkan orang lain selagi boleh.
Kalau ada maid/sitter/parents/PIL pun, belum tentu aku dapat tinggalkan anak-anak dengan hati yang tenang. Jangankan untuk dating tengok wayang dengan MrHubby, tinggalkan untuk urusan rasmi pun belum tentu.
Ye, aku pernah buat sekali dua... tapi memang tak seronok.



I miss u sooo much! :-*


Ini cara aku dekat dengan anak-anak aku. Aku tak janji akan belikan hadiah mahal kat Lil Adam atau belanja dia makan Tutti Fruiti. Aku tak janji akan panggil Ultraman datang masa birthday dia atau wasiatkan semua duit insurans/KWSP aku atas nama dia.
Mungkin berbeza dengan kebanyakan parents. Tapi aku harap suatu hari nanti, anak-anak akan faham erti kasih sayang aku.


I know... One day, I still gotta do what I gotta do. Tapi buat masa ni, let it be.

Wednesday, July 13, 2011

Lesung yang tak boleh tumbuk sambal


Bila aku buat entry Do u see what I see aritu, ramai yang nampak gigi Lil Adib!!! Hehe.
Ye, tunggul gigi dia dah few weeks tumbuh. Memang jenuh la aku menahan mat gonyeh ni menggigit masa BF. Pernah sekali tu, aku tampar je sebab dia tak lepas. Tak tahan wei...(okay, I'm a bad mama..)

Anyway, ada 3 orang (Far8, Nur00l & Najah) yang distracted dengan lesung pipit Lil Adib.
Haaa... jangan tak tau, si Cikebonbon itu memang ada lesung pipit.


Eh..cop...cop... Nape orang panggil lesung pipit ek?
Aku rasa sebab berlekuk macam lesung. Pipit: sebab kecik je.
Kalo panggil lesung beruang, mesti la berlekuk pipi tu macam kena tumbuk pulak kan? Elehhh... beruang tak makan sambal belacan la, confirm dia takde lesung.

Ok... sila kembali ke pangkal jalan.
MrHubby memang ada la lesung pipit. Tapi bodo la kalo aku kata aku berkenan kat dia kerana lesung pipit tu kan?

Aku pulak setakat ada lekuk kat bawah mata tu je (tu kira lesung pipit jugak ke?)


Bila Lil Adam lahir, rupanya dia pun ada lesung pipit.

(muka riang nak pi Tesco)


Tapi macam tak percaya pulak bila Lil Adib pun ada...


I heard, it's a dominant trait that can be genetically inherited... tapi err..ye ke?

Percaya atau tak... ada sorang ex-student aku, Nurul. Dia ada 11 beradik. 7 orang ada lesung pipit (sebelah je), 4 orang je takde. Tapi anak-anak sedara dia mostly ada kat dua-dua belah pipi.


p/s:
Aku sanggup tulis panjang-panjang perkataan 'LESUNG PIPIT' instead of 'dimple'... sebab taknak tershashul sebut 'nipple' macam orang tu. Keh keh keh...

Nuffnang ads

My Heartbeat