Thursday, December 29, 2011

Bagus ke tak bagus celebrate masa musim cuti?

Bagi aku...
Anniversary kawen elok la bukan masa public holiday. Walaupun boleh bajet hebat sebab tiap kali celebrate, seluruh Malaysia akan bercuti.. dan boleh berlagak dengan ayat pemusnah ego paling ampuh "Kau ado?"

Anniversary aku sendiri, walaupun bukan public holiday, tapi tiap tahun mesti jatuh masa cuti sekolah. Lebih kurang seminggu selepas cuti start. Dan adalah menjadi satu masalah pulak untuk feeling lebih-lebih pegi celebrate sebab...
  1. Kitorang tak suka crowds (well, u know la kalo cuti sekolah... celah mana pun pegi, berbondong-bondong umat) --eh, macam terjemahan AlQuran pulak guna terms 'berbondong' :P
  2. Malas nak membazir bayar accommodation mahal-mahal masa peak season.

So, aku dah biasa travel bercuti atau outstation-sambil-menyelam-sambil-minum-air masa orang sibuk kerja, atau kalo yang mulia sikit..masa tengah cuti semester.


Birthday pun sama la jugak.
Jangan feeling romantik kalau birthday jatuh pada 14 Februari (atau 13 atau 15 Februari), sebab tak pasal-pasal harga bunga mencanak naik jadi double, triple, quadruple, quintuple...semata-mata kerana Valentine.
Aku sanggup dapat belated bouquet daripada membazir macam tu.  (Fuh! MrHubby mesti bersyukur sebab birthday aku 12 hari lepas Valentine)

Cuma satu je yang best.
Macam birthday Lil Adib esok. Festive season macam ni ada sale untuk Christmas/New Year/Year End Sale.
So, nak membeli hadiah boleh le cari masa ni.



Hadiah anniversary kitorang aritu pun sengaja aku delay tunggu sampai sale dah start. Dapat la save dalam RM100-200.


Tapi, next year, Lil Adam dah start sekolah.
That means kalo nak gi jenjalan mana-mana, kena la masa musim cuti sekolah. Oh no!!!

Tapi, alaaa..takpe. Next year dia baru tadika umur 5 tahun, bukan yang wajib (6 tahun) lagi.
Buleh lagi ponteng, ye dak? :P

Hehehe. Tak bagus kan fahaman aku ni?

8 comments:

  1. (aku setuju)2... 5thn belum wajib lg... biar dia seronok puas2 dulu...

    ReplyDelete
  2. betul babe, rimas betul cuti2 sekolah ni..semua tmpt parking penuh je manjang

    ReplyDelete
  3. memang ngeri nak kemana2 laa kalo org dh start cuti. even dlm shah alam nak ke icity tu pun jam.

    ReplyDelete
  4. kitorang pulak, time cuti sekolah je lah pun dapat nak pergi bercuti2... itu pun jenuh menyelit2 kan masa... huwaaaa...

    ReplyDelete
  5. eh betul ok.. sekolah makan-makan je pun orang kata.. haha.

    ReplyDelete
  6. i kawen bulan 6, cuti sekolah. tiap2 tahun pd tarikh tu (or the closest weekend yg kitaorg bajet nak sambut), x sah kalo x de kerabat2 kitoarg yg x kawen jg pada tarikh yg sama. sudahnya celebrate anniversary dgn makan nasi kenduri sedara di bwh khemas panas. ni dah duduk kat UK 3 thn leh la sambut (xde jemputan kenduri). balik msia, mmg x dpt sambut semula la jawabnyaaaaa

    ReplyDelete
  7. Me n hubby pon tak bape suke pegi kalo tempat² yg crowded. Samada nak shopping or just jalan². So, selalunye kami pilih weekdays kalo nak bawak anak² berjalan or pi shopping²... Hehe! Huuby mmg jenis cuti tak fixed on wiken. So, normally, kalo saye amik cuti, mc, el dan yg sewaktu dgnnye, time tuh laa kitorg terjah shopping complex or mane² tempat rekreasi menarik sambil bawak anak² makan angin. Haha!

    ReplyDelete
  8. betul la..i pon xsuka jln2 time cuti sekolah..tp kalau no choce anniversary, bday ke jatuh time tu..terpaksa la redah..kalau x..opt la utk celebrate lmbt sket..lps holiday season..lg sronok kn.. :)

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat