Tuesday, December 13, 2011

Aku mungkin takde itu, tapi..KAU ADA???

Aku cuma bawa keta kecil. 
Bukan keta continental yang besar macam keta kau... sampai semua orang berkata "Fuiyooo...kereta mahal tuuu..."
Tapi anak aku masih panggil 'BIG RED CAR.'
Dan sekurang-kurangnya kereta aku tak makan satu pertiga daripada gaji aku tiap bulan.
Dan aku takde hutang bertapuk-tapuk.




Aku cuma ada laki yang simple.
Bukan Dato', bukan Professor, bukan 'meliana'.
Bukan yang aku gahkan banyak duit dan boleh beli barang kemas sampai siku untuk aku.
Cuma lelaki yang boleh aku kongsi lawak, semak kepala dan ilmu bila-bila aku nak.
Tapi sekurang-kurangnya laki aku bukan laki orang. 


Rumah aku cuma rumah second hand.
Bukan rumah baru harga setengah juta. Ada auto-gate, ada laman, ada bibik.
Tapi, sekurang-kurangnya rumah aku tak jauh dengan tempat keje. Takde la bodoh aku membuang duit bayar tol dan minyak tiap-tiap hari.
Dan rumah kecik aku ada suami yang menemani aku dalam rumah tu.
Bukan hanya hujung minggu atau masa dapat cuti panjang.



Dan Alhamdulillah...
Semua tu juga mengelakkan aku daripada riak/ujub/sombong/takbur/bongkak.
Sebab aku tak perlu pukul canang untuk biar orang tahu kehebatan-yang-tak-berapa-nak-hebat tu.

KAU ADA?????


p/s:
Sudah-sudahlah menyalak bukit tu...

16 comments:

  1. Suka...suka...entry yg penuh makna ☺☺

    ReplyDelete
  2. haaa...kan da kna sedas!!! sape yg kna??? padan muka..

    ReplyDelete
  3. Bukit tu tak runtuh lagi ye dari aritu. Hihi.

    ReplyDelete
  4. Terbaeeeekkkkkkkkkkk!!! (sambil wat thumbs up cam boboiboy... :D)

    ReplyDelete
  5. aku rasa org tu dah xde suara nk menyalak haha eh, aku aritu xde suara bkn menyalak ekk haha

    ReplyDelete
  6. ;)

    kesian kan. pathetic betul 'org tu'

    ReplyDelete
  7. hihihi baguih2.. sure sentap org tu sbb dia nan adoo hihihi :D

    ReplyDelete
  8. huhuhuhu tarik napas belle@!~

    ReplyDelete
  9. siapakah itu? biasalah ada je yg suka menunjuk2 sbb dia nak tutup kekurangan dlm hidup dia. Tak yah layan je org2 mcm tu.

    ReplyDelete
  10. clap! clap! clap!

    patut yang bold tu kasi kaler merahkan sekali. hehehe

    ReplyDelete
  11. siapakah org yg sibuk mencanang itu? allergic betul kalo org2 mcm ni ada dkt2. susah dan buang masa nak layan

    ReplyDelete
  12. aduhai.sabar jer la belle. lama2 nanti dia penat laa tu menyalak bukit.

    ReplyDelete
  13. hehehhe sapakah orang itu, buat semak jer... kalau kita belik besar ke, kecik ke, cenonit ker, bukan pakai duit dia ponn... sabar yer Is...

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat