Friday, May 27, 2011

He has promised



Bila eksiden, selalu kita cakap...
"Tu la, kalau tadi aku keluar lambat sikit dari rumah, mesti tak eksiden..."

Bila kita plan nak buat sesuatu, tapi tak dapat--- maybe disebabkan pengaruh orang lain, atau sebab takde duit, sebab clash dengan perkara lain... mulut laju je menyebut
"Kalau tak kerana benda ni, mesti dah dapat buat."
Kalau berkalau ni memang la bisikan setan supaya kita tak redha dengan takdir.
Kita lupa ada qadar mu'allaq (tetap dan confirm jadi macam tu) dan qadar mubrom (boleh diubah).


Aku sendiri tak terkecuali.
Bila sesuatu tu tak menjadi seperti yang diharapkan, punya la kecewa dan membebel-bebel, salahkan diri sendiri, salahkan orang.

Tapi lepas tu baru rationalize (sepatutnya immediately la kan?)...

Sesuatu perkara tu berlaku ada sebabnya.
Ada hikmah yang kita tak nampak lagi.



Orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjemaah, padahal dia tahu bahawa dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu.
Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.


Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya.......(An-Nahl:1)

.......dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satu pun yang dapat menolak kurniaNya.......(Yunus:107)



Hari ni aku ada presentation kat conference.
Plannya begini-begini. Harap-harap semua menjadi la. Korang doakan ye?
Kalo tak jadi jugak, jangan la aku terlupa pulak apa yang aku tulis dalam entry ni.

12 comments:

  1. Good luck dikkk!!! InysaAllah berjalan dengan cemerlang. Hehhehe jangan bercakap terlebih masa dah..

    ReplyDelete
  2. hehe..moga dipermudahkn urusan babe.

    -zeta-

    ReplyDelete
  3. ingatkan eksiden termengandung!

    apa2 pun.. gud luck!

    ReplyDelete
  4. good luck dikk...insyaAllah boleh punya.. sure da boom!!

    ReplyDelete
  5. good luck is, aku bersyukur baca entry ko hari ni sebagai peringatan untuk diri sendiri. TQ is :)

    ReplyDelete
  6. ... suma ketetapan Allah pasti akan dtg, maka jgnlah kmu mminta2 agar disegerakan kedatangannya...

    soklan: kalo aku mtk dipercepatkan jodoh 2 dikira mcmna isabelle?

    ReplyDelete
  7. how was yr presentation.. harap semuanya berjalan lancar.. :)

    ReplyDelete
  8. kdg2 x sempat berpikir pjg dah terlajak mengeluarkan kata2 begitu. thanks for the reminder. will try to hold back the not-so Muslimah words/thoughts!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat