Friday, August 6, 2010

Apa tafsir mimpi aku?

Dah lambat aku post entry arini. Konon bz sangatlah... (tolong la percaya. Hehe).

http://www.tiffanyliu.com/show-image/516497/Tiffany-Liu/Sleep-to-Dream.jpg

Semalam aku mimpi pegi rumah Azzamoro. Ntah macamana babitkan Azza, aku xtau lah.
Siap dalam mimpi tu aku dah 2nd time pegi rumah dia... sedangkan sekali pun aku x jejak lagi sebenarnya.
Ada majlis apantah masa tu. Nak kata birthday si Airyll ke, xnampak lak kek. Adik si Airyll pun tak cukup haul lagi untuk celebrate birthday.

Anyway, kat sana, I met few blogger frens. So, standardlah mak-mak kan? Sembang itu ini.
Rumah Azza besaaaaaarrrr sangat (okay, Azza... sila kembangkan hidung anda sekarang). Sampai ada 6,7 bilik dan 4,5 bathrooms. Maka mak-mak pun dengan senang-lenangnya BF anak, berehat baring2, etc. (aku tak tau apa motif benda ni kuar dalam mimpi aku).

Then tiba waktu solat, kitorang solat berjemaah.
Saf tu putus sikit kat tengah. Sebab aku ni alergik sikit tengok orang solat berkelompok-kelompok (macam yang aku pernah citer), maka aku pun berdiri di tengah-tengah untuk sambung saf tu.

Later, bila tiba masa balik, kitorang pun balik. Singgah kat 1 pump station.
Masa tu aku kuar dari keta untuk tanya direction kat sorang lelaki (bangla kot). Tapi dia macam nak molest aku terang-terangan kat situ. Giler apa?

Aku yang memang jenis gonjeng ni pun tolak dia dan tepis2 tangan dia. Ntah macam mana, sampai kat sudut tepi pump station tu, ada macam bengkel kecik. Aku demand nak report kat manager on duty, tapi ada sorang mamat (Cina kalo x silap) ni sengaja buat alasan macam-macam (nak backing si bangla tu gamaknye).

Sekali lagi, dengan jurus belang tarung aku (cewah! tak boleh blah) ... Mamat tu terlentang jatuh dalam satu bekas besar (macam keranda) berisi tanah. Tak puas hati lagi, aku amik beberapa batang kayu penyapu/mop yang berhampiran dan aku rodok2 badan & anu dia. (serius, wei..jangan gelak!)

Dah tu, aku timbus dia dengan tanah dalam bekas macam keranda tu.
Huh! Puas hati aku!


Ermm... persoalannya, apa maksud mimpi aku tu ha?
Kali ni, aku ingat mimpi tu dengan jelas. Selalunya kan senang je kita terlupa.
Fine, mimpi adalah mainan tidur.

Tapi.... Setahu aku mimpi bersolat tu adalah sesuatu yang elok.
Tapi yang lepas tu (dalam mimpi yang sama jugak) aku kena molest dan aku bunuh orang tu, apa kes pulak?


15 comments:

  1. alamak!
    ngerinye..

    abg n adam masa tu kat mana?

    ReplyDelete
  2. belle,
    esok ko pi tak parenthots family day tu? reply kat shoutbox aku ek

    ReplyDelete
  3. abu zuhair,
    lps syg tanam org jahat tu, abang& adam pun sampai dgn keta...

    ciklilyputih,
    dah reply. aku terlupa daratan la, beb. aiseyyy

    ReplyDelete
  4. mak aihhh!! extreme gile smpai akak jadi murderer!! :P

    ReplyDelete
  5. wah...panjang lebar mimpi u ni belle...may be mainan tido ajer kot ie minda bwh sedar...sbb dlm otak u pikir mcm2 kan, so terjadilah citer mcm dlm mimpi u tu...ni my analysis lah (chewahh)..me suka gak baca psl mimpi2 stuff ni :p

    ReplyDelete
  6. aiyoo complicatednyer mimpi u dear..i pon xtahu apa tafsiran nye..anggap mimpi mainan tidur je leh?

    ReplyDelete
  7. jiji-fify,
    bahaya tul tgh2 pregnant ni mimpi mcm2.

    mamazharfan,
    apa lagi? tulong le analyse..hehe

    yatiechomeyl,
    apa kata u start jadi penafsir mimpi? leh i refer selalu

    ReplyDelete
  8. baru teringat, i dulu masa pregnantkan aisyah mmg kerap mimpi vivid2 gitu. kalo siap ada azzamoro dlm tu, makna nya u pon akan give birth safely soon gak kot, insya Allah :)

    psl bangla tu, x reti nak tafsir. tp ada someone yg bikin darah u panas ke prior to the dream?

    ReplyDelete
  9. isk i tak pandai tafsir2 mimpi ni hhehe.. slalu kalau mimpi baik i percaya.. kalau mimpi buruk i diamkan je ekekeke..

    ReplyDelete
  10. anggap mainan tido aje la kot. i tak arif mentafsir mimpi..huhu..

    ReplyDelete
  11. aik,..rasanya dah komen entry ni semalam? ke tak approve lagi? hehe..lupa dah..

    ReplyDelete
  12. bahaya mimpi kau ni kalau jd betul2 ni..pakainya ramai la yg terbunuh ni..

    ReplyDelete
  13. detailed nyer mimpi tu...
    i noticed masa i pregnant my dreams pun mmg detailed and bnyk twists... tak taula napa camni...

    ReplyDelete
  14. apa punya mimpi daaa..... ko ada marah kat orang ni.. terbawak2 dalam mimpi....

    ReplyDelete
  15. babe.. rumah aku keciiiiikkkkkkk je la. ade 3 bilik je. jamban pun muat2 cangkung je.. kekekke

    bebile meh la dtg rumah. camno la ko leh mimpi aku neh.. hehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat