Tuesday, August 17, 2010

Mbekkkk...mbekkk....daun wangi

Dalam banyak-banyak daun, daun apa yang wangi?

Daun pandan?
Daun limau purut?
Daun pudina?


Tak kira apapun jawapan korang, I have this sorta strange passion towards daun wangi.
Strange? How strange?

Ye, aku sangat suka makan daun-daun beraroma ni kalo ada dalam masakan.
  • Baik daun kesum dan bunga kantan dalam laksa/asam pedas (kalo aku yang hadap periuk tu, mesti aku cari jugak dan cedok ke dalam pinggan)
  • Daun limau purut dalam tomyam/paprik (pahit sikit, tapi wangi punya pasal, balun jer)
  • Daun kunyit dalam segala masakan (aku tau ada dalam rendang jer..hehe)
  • Daun pudina/daun selom yang dalam laksa Penang (harus aku tabur cukup2 sebagai garnishing)

Heee.. macam kambing pulak.
Mbekkkk.... mbekkkk....
Takpe, biar jadi kambing, makan pucuk-pucuk daun. Jangan jadi lembu, makan rumput atas tanah. Hehe.

Anyway, daun wangi yang aku tak makan raw... maybe cuma...
  • pandan (kang abis lah bunga rampai pengantin aku ratah)...
  • serai dalam tomyam je (takut orang restoran tu kata kebulur sangat ke minah ni?)
  • daun kari aku makan kalo dalam butter prawn je. Kalo dah lembik dalam kari, xnak la.

Dulu kat rumah Abah ada daun cemumaq, baunya macam sarsi. Tapi tak pernah la pulak aku try. Ada orang kata hantu takut dengan pokok tu, tapi sebab tak pernah ada research mengesahkan hantu takut dengan bau wangi, maka abaikan je la.

Itu yang edible & non-edible.
Yang buat mandi (daun serung) masa dalam pantang pun... I loike! So au-naturale :P
Tapi kan, mandi daun serung ni hanya MIL je yang reti cari bahannya. This time I am still finding ways to import her for my confinement. Duh!

19 comments:

  1. daun pudina tu i suka bangat buat ulam.. satu genggam besar pun boleh habis.. lagi satu pucuk daun kari, pun i suka sangat buat ulam.. sedap tau..

    ReplyDelete
  2. me tak suka ulam ;) u mcm my eldest sis..sbb suka mkn ulam..memang kami usik2 dia ckp mcm kambing pun hehe

    ReplyDelete
  3. Dlm senarai daun tu, hanya daun kunyit saja yg i bley masuk lagi, lain² daun tolak tepi ☺☺☺, tak reti.

    ReplyDelete
  4. patutla akak suka senyum kambing..
    lalala... ;D

    word verification kali ni ialah "esersedi". Daun esersedi tu wangi tak agaknya eh?? hahah

    ReplyDelete
  5. ko pun mandi serung? aku mandi serung sampai 30 hari tau..hahahha

    ReplyDelete
  6. hahahah...mbekkk sangat u nih! i kalau makan ulam-ulaman irfan nanti cakap "Mama makan tree!" hahahahha!

    ReplyDelete
  7. aku suke daun kesum je!!! lelain tak gemar sgtt

    ReplyDelete
  8. wah bestnya!!!! kesayangan MIL neh... ahahahahaha

    owh! me also love daun kesum!

    ReplyDelete
  9. i suka (bau) daun kunyit, esp bila masuk dalam kuah lemak putih -masak labu or ketam. nyamnyam! daun kari i suka bila masuk dalam sambal sotong. tapi daunnye i tak makan la, amik bau je org kate hehe..

    ReplyDelete
  10. lady,
    i x pernah try lagi pucuk kari.

    mamazharfan,
    biar kambing, jgn lembu.

    fiza,
    so, kalo ada dlm mskn, u buang ke?

    jiji-fify,
    hang jagaaaa...esok jumpa siap kau.

    elissmie,
    a'ah.best kan?

    drama mama,
    haha.comelnya mkn tree!!!

    elyn,
    kalo ada dlm laksa/asam pedas, u mkn x?

    fizamior,
    ohh..very the!!!kekekeke

    pinkerton,
    alang2 dah ada dlm kuah tu, mamah je terus.

    salzahari,
    shah alam la.mana lagi?

    ReplyDelete
  11. i daun2 ni cannot go lah.. entah kenapa.. x kena selera kot :D

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi makan daun2 yg ko sebut tu.selalunye letak tepi je.

    ReplyDelete
  13. daun ketumbar dlm sup i love!

    ReplyDelete
  14. i boleh telan daun pudina je ;)
    ish, teringat pulak nasi kerabu.

    ReplyDelete
  15. pernah dengar daun serai kayu? tu sedap buat ulam dlm Nasi Kerabu.

    ReplyDelete
  16. alamak,..kita seropa la Belle..suka dgn bau daun serung. dulu pun MIL yang prepare kan daun2 untuk mandi..sgt terharu...sobs..

    kalau makan, suka daun yg selalu org letak dalam tomyam tu..tapi lupa nama dia..huhu

    Entri Terkini: Salleh menghina Islam di FB

    ReplyDelete
  17. aidaikmal,
    very the carnivore u nie..hehe

    farah,
    harus la bersusun tepi pinggan.

    oyis,
    bukan daun sup ekkk?

    iffa,
    sana mesti susah nak cari daun2 tu kan?

    transformed hsewife,
    serai wangi tau la. serai kayu x pernah dgr lagi.

    nia,
    a'ah kan. harap2 kali ni bersalin dpt la mandi daun serung lagi.

    ReplyDelete
  18. huuuu bunga kantan memang terbaekk laa... mesti korek2 jugak dalam asam pedas. fuh. *meleleh air liur*

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat