Tuesday, August 3, 2010

Perkataan yang selalu disalahguna

Dah jadi kebiasaan orang kita guna perkataan tak kena pada tempatnya. I mean, perkataan tu disalahguna...

Aku ni bukan la pakar linguistik, tapi sebab aku agak particular... maka telinga aku macam nak menanah dengar orang misuse these words.

Antara yang common adalah...

Member
Maksud asal: ahli
Maksud menyimpang: kawan
Contoh: "Aku keluar dengan member aku ni..."

Biasanya kalo adik aku (Ina) cakap macam ni, aku akan balas..."Member persatuan mana?"
Dan dia sengih je la.


Arwah
Maksud asal: roh (plural)
Maksud menyimpang: si mati
Contoh: "Arwah nenek aku dulu memang baik"

Sejak bila pulak kau boleh nampak roh si mati tu?
Actually, the right word is Allahyarham/Allahyarhamah. Penggunaan arwah & almarhum adalah salah ye kawan-kawan. Sila rujuk MrHubby's scribble here.


Sporting
Maksud asal: Anything related to sports/ involving risk or willingness to take a risk
Maksud menyimpang: cool
Contoh: "Sporting la bapak kau. Siap boleh berjoget-joget lagi depan aku "

gambar hiasan

Ohhh... okay. Maybe orang yang cakap tu si bapak tu mengambil risiko untuk digelakkan anak cucu ke, tak tau la...


Terer
Maksud asal: overwhelming feeling of fear and anxiety
Maksud menyimpang: pandai/hebat
Contoh: "Kau terer, boleh la buat"

Ayat ini akan mendapat respon "Terror apa? Terrorist?" daripada yours truly.



Sadis

Maksud asal: kejam
Maksud menyimpang: sedih/menyedihkan
Contoh: "Sadis betul aku tengok minah tu bila kena dumped dengan bf dia."

Apa yang minah tu buat sampai dia jadi sadis? Dia tikam orang? Aku rasa yang dimaksudkan tu adalah keadaan dia yang tengah bersedih, tahap air hidung meleleh-leleh pun x benti.


Perasan atau tidak, kebanyakan perkataan yang disalahguna adalah daripada bahasa Inggeris. Gamaknya nak practise English kot kan, sampai menyeleweng maksudnya... Hehehe.
Tu belum masuk lagi yang paling aku meluat dengar... "That's mean..."
Nanti aku buat entry lain pulak untuk yang tu.

15 comments:

  1. Alamak...aku selalu cakap alah la kalau macam ni.. :(

    ReplyDelete
  2. zeta,
    sampai tersalah-salah taip..hehehe

    ReplyDelete
  3. Itu lah..takut tersalah penggunaan bahasa..sampai aku tulis penuh tu..penangan kau la ni Isabelle.. :p

    ReplyDelete
  4. Belle..lagi satu..matured...orang slalu pronounce salah..jadi bunyi mated atau mecherd..kih kih..& maksudnya pun selalu menyimpang..

    ReplyDelete
  5. hanz,
    a'ah la... may-ched gitu kan? kekekeke.

    ReplyDelete
  6. hehe... rasanya mmg asalnya nak prektis english la kot, but in the end terlari context sudah...

    yg sporting tu, maybe dia nak ckp, your dad is a good sport kot?

    satu lg yg niat betul tp pelaksanaan salah yg selalu terjadi ialah:

    'i'm boring'. (patutnya i'm bored)

    kesian. x ada personaliti kah? hehe...

    ReplyDelete
  7. yang lain2 tu memang tau salah (tapi selalu gak guna ekeke). tapi yang arwah tu baru tau.

    thanks for the info!

    ReplyDelete
  8. "Teacher, may I pass away?"

    (yes, you may! haha)

    aiyaiyaiii

    ReplyDelete
  9. oyis,
    haha. giler mengaku diri tu membosankan.

    zety zin,
    sure. spread the words ye.

    aidaikmal,
    oh..sure...pass..pass... hahahhaa

    ReplyDelete
  10. tak leh blah ngan that's mean hehe

    ReplyDelete
  11. dah kuar kamus dah skang...

    ok ok sila sambung lg yer

    ReplyDelete
  12. alamak,..member dgn terer tu selalu sgt guna...hehe.. kesalahan bahasa dah ni..adoi.

    ReplyDelete
  13. ha'a.. mmg sakit hati dengar thats's mean

    ReplyDelete
  14. mintakizin nak share artikel ni ye..:)

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat