Saturday, August 21, 2010

Riang Ria Raya bersama chef anda

Entah sawan apa ntah, lately aku jadi rajin masak. Maybe sebab dah kembali masak untuk sahur (dan kadang2 untuk berbuka). Ditambah pulak dengan baru ni excitement mencuba-try-test choc cake comot untuk MrHubby's birthday, maka kali ni aku telah meneruskan kegedixan itu dengan membuat biskut raya pulak.

Ini le rupa biskut raya versi Chef Isabelle van de Kamp (poyo la nak tumpang glamer si Bree!)

Namanye Biskut Cornflakes Kurma.

Mula-mula, sediakan oven ye, puan-puan sekalian. Adapun oven gedabak ini adalah hadiah besday aku last year, so far hanya digunakan untuk baking cake, buat lasagna atau sebagai lemari simpanan makanan (haha..multipurpose kan?) Bila la aku nak buat ayam golek dalam oven ni macam Fizamior & Lady of Leisure tu ye...


Okay, kembali ke pangkal jalan. (ko ni, Isabelle.. kalo merapu, no.1. Camna la masa bagi lecture kat students ye?)

Ini adalah bahan-bahan bersepah di dapur yang turut disnap oleh MrHubby.
Dengan hp di sebelah taburan tepung. Oh ya...adapun blender itu tidaklah dipanaskan di atas stove sepertimana yang puan-puan fikirkan.
Dan penapis hijau tu adalah yang aku gunakan untuk ayak tepung. Ye, aku miskin x mampu beli pengayak tepung...Hahaha (warning! Jangan ada yang bagi hadiah pengayak tepung untuk birthday aku nanti).



Disebabkan MrHubby masih syok tido masa aku sediakan ingredients, maka dia hanya sempat snap gambar masa aku nak bakar je la...



Cenggini la rupanya sebelum masuk oven selama 10minit. Alaaa... kuar dari oven pun rupa macam ni gak, cuma brown sikit la...


Haaa... dah siap pun. Tadaaaa....


Aku memang buat portion sikit je. Dapat la 60biji.
Tu pun x tau apa rasanya. Dah la amatur... kang buat xsedap, MrHubby & Lil Adam gak kena paksa makan. Hahahaha

Mengenangkan kerajinan aku nie... agak-agak baby dalam perut aku ni rajin masak tak nanti (UNTUK MAMA DIA)?

9 comments:

  1. me pun semlm pegi beli bhn2 utk buat honey cornflakes :)

    ReplyDelete
  2. wah rajinnya. i tahun ni sgt malas rasanya nak buat biskut raya, padahal ni tgh 'come moon', masa paling molek ah patutnya sbb leh try rasa kuih tu apa rasa. mungkin mood masih belom mari kot hehe...

    ReplyDelete
  3. mama zharfan,
    i kalo jmpa honey cornflakes kat umah org, mesti i taram cukup2.

    oyis,
    apa lagi? try la.. mana tau dpt mood sikit2.

    ReplyDelete
  4. tiqah pun dah start wat kuih raya..yg kelakarnya, umi siap bwk oven segala perkakas nk buat kuih ke kedai..punyela x sempat nk wat kat umah..mlm dh penat blk keje..jd nye, kami baking kuih raya kat kedai..bila de customer, cepat2 umi lari g depan lyn customer..kelakar tol

    hr ni berjaya buat biskut chocolate rice..entah ape la rsenye..

    ReplyDelete
  5. wah2 rajinnye. Knur belum mulakan operasi membuat biskut2 raya lg. Thn lps siap ambik tempahan sbb nak cari duit poket masa kat NZ.

    ReplyDelete
  6. huwaa dah about time nak buat raya kan.. i tunjuk2 je lah rasanya..
    ;D

    ReplyDelete
  7. uiii,..hantar le sini sikit Belle! insha'Allah baby dlm perut tu pun akan rajin masak untuk mama dia nanti. dah dapat aura maaa..

    ReplyDelete
  8. atiqah,
    hahaha...semangat tu yg penting.

    transformed hsewife,
    byk ke tmphn masa kat nz?
    mesti masyuk kan?

    lady,
    uishh..xkan otai beli kuih tunjuk je? u kan rajin masak...

    nia,
    mudah2an... nnt tua, leh la mama relax lak.hehe

    ReplyDelete
  9. belle,
    tapis hijau tu utk tapis kopi la bukan ayak tepung. nanti aku bagi ayak tepung nie kat kot sempena hari jadi ko nanti ek

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat