Tuesday, June 1, 2010

Day1 at Taska



Well, as blogged few hours earlier... I was so worried and emotional. Ye la kan... aku pun pelik sebenarnya, sebab kalo ikutkan character aku ni adalah sangat keras dan garang macam beruang. Tak sangka pulak aku ada that motherly feeling sampai tahap macam tu.

Tingat masa pagi tadi aku kememeh depan Dr Supiah, she said it's part of life. Dulu dia pun macam tu. Agak2 anak tu dah besar sikit, esok2 nangis pulak bila nak hantar anak ke-2...mcm tu la seterusnya. Yang nak tergelaknya bila dia cakap... "Agaknya esok-esok anak nak hantar kita kat rumah orang tua, dia nangis tak? Jangankan nangis, siap tipu kita lagi... "Mama tunggu sini ye, japgi saya datang amik Mama, kita pi shopping. Sudahnya, x datang-datang jugak."
Terus tersenyum aku dibuatnya...

Komen Hanz dalam entry tadi pun membuatkan aku terbayang... gamaknye esok-esok nak hantar Adam ke rumah mertua dia (hari kawin) mcmana la aku ekk? Menangis-nangis gak tak?


Anyway, tadi lepas post entry & bloghop, it poured cats and dogs. Memang lebat giler. Aku nak lelapkan mata, risau lak takut terlena sampai 2,3jam ke..Hehehe.
So, aku bangun, mandi & terus bergegas amik anak bujang tu.

Cikgunya cakap... "Tadi masa akak hantar kejap je dia mengamuk. (kiranya betul suara melalak tadi tu Lil Adam antara penyumbang utama) Lepas tu masa makan, dia dah okay."
Lega aku dengar.

"Adam ada kat atas."

So, I tiptoed and open the door slowly...
Aku jenguk sikit, dengan harapan dia toleh... tapi harapan tinggal harapan. Nak tau apa yang dia dok melangut sangat tu?


Kasi zoom out sikit...

Tengah tengok TV (cartoon). Sori la gambar tak berapa lawa... Dah curi2 amik gambar tu, xkan la sempat nak snap berkali-kali dengan pelbagai mode pulak.

Itu pun dah 2X blitz, dia tak toleh lagi. Aku bagi salam pun, dia buat derk. Last2 aku buka pintu luas2, baru dia toleh...

Terus dia menerpa kat aku sambil hug...Alololo... (scene Jejak Kasihan)

So, in short he's okay. Tak tau la esok macamana, as I'll still be sending him walaupun aku MC.

Thanks ye kawan-kawan... for comforting me and cheering me up. Yang penting, empathy masa tengah down kan?

p/s: MrHubby sms tadi, cakap kes kapal tu...maklumat terkini minyak dah takde kat laut, tinggal keje2 kat pantai je...tu pun dah x banyak yg kotor. So, aku sedang berharap MrHubby balik earlier than expected.

Malam ni aku tengok Desperate Housewives ke Desperate Housewives tengok aku ke tak tau la. Dah ada softcopy of latest season pun aku boleh bersabar tengok sikit2. Esok MC kalo boring maybe la baru aku khatam.

7 comments:

  1. i cried whenever i have to depart with my mom..even nk ckp 'umi doakan along ye' pun dh sebak..tp ego cover nangis..huhu

    haruslah kena kuat utk kuatkan umi..

    ReplyDelete
  2. hope he ll be ok kat tempat baru... nampak gayanya macam ok jer dok melangut nengok tv kan..
    :)

    ReplyDelete
  3. adoi, tu yg kurang best nak htr anak ke tempat baru ni kan.

    i pernah beberapa kali htr anak ke rumah pengasuh pun, rasa nak nangis...hehe..malu nih.

    ReplyDelete
  4. Good to hear he's doing good there...

    U rest well and take care! Don't woory too much!!

    ReplyDelete
  5. atiqah,
    hehe.kesiannya.ni esok2 ari kawen harus hujan smpi banjir tu.

    lady,
    mmg nmpk happy, tapi xtau la in between tu mcmana.

    nia,
    xde malu nye la. itu kan naluri keibuan.

    reitak,
    hows AIR doing?

    ReplyDelete
  6. Leka btul nengok kartun (^_^). Nampak mcm dah bley sesuaikan diri tu.

    ReplyDelete
  7. mak i ckp i ni hati kering.... anak sakit pun i tak sedih. tp sebenarnyer i la yg paling cengeng ekekeke. beb i ske tul tgk taska adam ni!!

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat