Sunday, June 13, 2010

Amalan Mamak: Korang perasan tak?



Dulu masa pregnantkan Lil Adam, aku ala-ala ada kontrak dengan Afnan Tomyam. Tiap-tiap hari balik keje, makan kat situ... sampai la sehari sebelum bersalin (buka puasa dengan students).

Kali ni pulak, asyik-asyik kitorang dok pegi kat kedai mamak Shaaz yang kat umah tu.
Harap-harap adik Lil Adam nanti tak la se'mendung' warna mamak-mamak kat kedai tu. Hehehe

Well, makanan kat kedai mamak actually tak la sedap sangat.
Despite being a Penangite, I can still live without nasi kandar. Cuma kadang-kadang tu dah malas nak fikir nak makan kat mana, we end up ke mamak jugak.

Biasanya kitorang bfast masa weekend la kat Khalifah Sect.3 (aku suka kari kat situ, macha tu pun baik.hehe). Tak pun, pegi Khulafa or Hakim Sect.7... tengok mana rajin la. Sebab lepas tu dah dekat nak pi bawa Lil Adam for tortoise feeding kat Tasik Shah Alam.

Tapi kan, aku x sure korang perasan tak...

Mamak-mamak ni always feed the doves. Biasanya at certain time, diorang akan baling gandum dan tempat tu akan dipenuhi dengan burung merpati. Dari dulu aku observe benda ni. Tapi, aku observe-dan-berfikir bila dah ada anak.
Ada sekali tu, lepas makan kitorang nak masuk keta untuk pegi kat tasik (to feed the tortoises), sekali Lil Adam cakap "Taknak. Adam nak feed birds."



Lagi satu, disebabkan lately aku selalu pass duit kat Lil Adam untuk bayar di kaunter (saja nak bagi dia belajar bermuamalat), there are times the mamak(s) will give him a sweets or two. Kadang2 aku yang makan cekelat tu sebab Lil Adam x heran pun. Hehe.


Anyway, my conclusion is mamak-mamak ni berpegang kepada ajaran Islam, lebih kukuh drp orang kita yang Islam. They must really believe in the rules that the more u give, the more u get in return (macam konsep zakat la jugak).

And MrHubby told me, ada kedai Mamak dekat2 satu universiti tu, memang akan bagi makan free kat students pada hari Jumaat.

Hmm...mulia kan?

Orang kita? Tiap hari kita makan kat kedai dia pun, dia ketuk harga mahal-mahal. Duh...


13 comments:

  1. hehe... walaupun kitorang ni bukan orang penang, tetap suka juga makan kat kedai mamak. tapi, satu kedai tu je la, kedai pelita. yang lain2, jarang... rasanya kedai pelita tu kena bagi kitorang award 'keluarga paling setia makan kat kedai mamak'.. bukan apa, darwisy hanya selesa kat kedai tu aje...

    eh, pernah tulis kat sini tentang kedai mamak nih... http://syayassir.com/blog/?p=2650 hihi..

    ReplyDelete
  2. erm i penah perasan plak psl tu sbb jarang sgt makan kat mamak, oily la makanannye. tapi klu air mmg mervelous! next time nak kena observe mcm u hehe..

    ReplyDelete
  3. da lame x mkn kt mamak..
    lately ni agak ragu2 ngan keislaman mereka..
    bile tanyer2 tukang masak upenyer non muslim...
    tp dulu faveret sesangat mkn nasi beriyani kat citysquare jb.. skang rasenye da takde kot restoran tu

    ReplyDelete
  4. i dont eat mamak..but sometimes tekak tu nk rse gak mskn mamak..

    ReplyDelete
  5. eh pasal merpati tuh memang aku perasan laaa..diorang memang akan bagi makan kat merpati!
    errrr tapi ku jarang lepak kedai mamakk nih hehehehehe

    ReplyDelete
  6. mw masa preggy my 1st boy dulu, suka sgt2 mkn maggi goreng kat kedai mamak..me suka jer pegi kedai mamak yg concept open kithen...service cepat dan sedap gak :)
    ur observation psl sweets tu sgt betul belle!!

    ReplyDelete
  7. ok laki i sure suka kalau baca ni pasai dia pun mamak! hahahahahhaha

    anywa, dok kat penang ni lagi lah sentiasa ja makan nasi kandaq. sampai tak lalu. tapi nasik dalca is my fave baru makan semalam! hiks

    tapi betoi gak nowadays susah skit la sebab some mamak ni kita tak pasti status ke'Islam'an dia. just heard one of the famous nasi kandar kat sini, workers himdu. tsk tsk tsk!

    ReplyDelete
  8. i suka makan nasi kandar tapi tak perasan la pulak aktiviti kasi burung makan tu hehe..
    tapi to me kedai mamak memang best, lepas makan sedap giler cium tangan bau kari...
    :D

    ReplyDelete
  9. mmg itu lah ajaran agama kita sbnarnya. mcm kat UK ni, kalo gi kedai arab or india, aisyah mkn free. sungguh! satu meal proper like fish n chips + oren jus, free. pemanfdangan yg jrg dilihat kt msia. kalo yg ok sket pon, hari jumaat free pisang huhu

    ReplyDelete
  10. Hmmmm I notice kat Indian shops, in KL or in Pg. Tp mamak tak prasan sgt, maybe cos time I pegi tu not feeding time kot ;p

    ReplyDelete
  11. dulu masa pregnantkan idris every two weeks i akan makan kat kedai mamak sampai la bersalin. bila idris dah popped out each time we visit kedai mamak tu, cashier atau org yang serve kat situ mesti akan bagi idris lollipop.

    dalam hati i : patutla kedai nko tak pernah tak de orang...murah rezeki.

    ReplyDelete
  12. eh,..ye ke? mungkin tu yg buat murah rezeki diaorg ni kot. melayu lain, bila pelanggan dah ramai, kena naik harga lagi.hehe

    ReplyDelete
  13. sya,
    uishh..kena cari menantu org penang la nmpknya.

    mel mikail,
    air kedai mamak mmg kaw. milo ke, teh ke..perghh...

    yan,
    dkt dgn Shaaz tu pun ada 1 kedia mamak yang actually adalah bukan muslim.tapi nmpk ada gak muslim yg mkn situ.

    atiqah,
    dont la eat the mamak, dik. eat mamak food is ok.kekeke

    munira,
    u mesti suka lepak kopitiam kan?

    mama zharfan,
    hmmm...open kitchen tu telus la sikit kan.

    drama mama,
    reveal, bai..jgn x reveal. dpt pahala ni selamatkan sesama umat.

    lady of leisure,
    i jenuh cuci tgn dgn sabun kalo mkn kat kedai mamak. kuat tul bau kari dia.

    oyis,
    best la aisyah. err..ke mamak tu berkenan nak buat dia jadi menantu?:P

    reitak,
    nnt u tanya la...what time is the feeding time? hehehe

    Dd,
    tu kan..org melayu kita mana nak jumpa yg mcm tu?

    Nia,
    naik harga pun, org tetap pegi gak. nak nak yg jenis dah ketagih kari mamak.hahahha

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat