Friday, October 30, 2015

Sausage partaaaayyyyy


Lunch time hari-hari biasa ada masanya aku join duduk kat meja bulat tu. Tapi lately aku selalu makan depan PC je sambil hadap tesis je. 

So, adalah menjadi satu keperluan untuk sekali-sekala melarat hadap lunch sampai setengah hari. Heh. Tak padan dengan busy. 

Tapi memandangkan once in every 3 or 4 months je dapat buat onar macam ni, maka tetap la ada masa untuk geng OEH Lab ktorang berkumpul dan socialize sambil makan-makan.

Cuma kali ni kitorang buat BBQ untuk makan sausage.
Yummm..sausage partayyyy!

Nak tau aku free tak free, tengok la aku tak pasal-pasal rajin terlebih, gi buat invitation, menu ngan label. Wahahaha.
Over tau.
Aku rasa, aku ni sesuai jadi party planner la.


Gosh.
I am definitely gonna miss this soon


Kadang-kadang je aku dapat cari masa ikut Joe shopping barang nak masak. Tapi kali ni since dah free la sangat sikit, aku pun ikut la ke Central Market.


Mula-mula beli sausage. 
Macam-macam variant ada; pork and rocket, chicken and sundried tomato, wagyu, beef chipolatas,  and chiwapchichi.


Tak ketinggalan jugak kangaroo sausage and bratwurst sausage.

Dan untuk aku... mesti la special punya. Halal selection. Hehehe

Lepas tu pegi Coles, beli sayur, buah, dressing ngan drinks. Time ni sempat la aku belanja sikit, sebab aritu dapat duit award tu. 
Kalau ikutkan, memang Joe tak bagi pun aku bayar. Selama ni, asal makan-makan je, aku memang makan free. Hahaha. #thebeautyofbeingastudent





Balik lab, apa lagi? Masak la.
Kalau Joe yang jaga BBQ memang alamatnya semua orang makan polyaromatic hydrocarbon la. Nasib baik Michael tolong masak.


Setting the table.





Gigih kan aku siap buat labek utk setiap jenis sausages. LOL.
Cer kalau buat PhD pun rajin cenggini. Sejuk hati supervisors.




Makan time!!!



This is soooo Aussie. 
Barbie with beers (or in this case, wine.)
Diorang la kan, aku minum la air oren.




One shot-- of everybody!


Ahhhh... Sedapnya.
Kat Malaysia nanti mana la nak dapat sausage fresh macam ni dah. Huhu


Monday, October 26, 2015

Moana with Paul and Jane

Jane has always been my dear friend.
Walaupun dia tu boleh dikatakan tahap mak-mak, tapi disebabkan aku pun dah kategori mak-dua-anak, maka we are on the same wavelength la.
Cuma bebelan dia kat anak-anak yang dah 20's, dan aku pulak membebel pasal anak-anak yang masih kecik.




Busy dengan PhD punya pasal, maka jarang la dapat kitorang lepak berjemaah- unless kalau aku gi Terrace Towers untuk Writing Group, atau bila dia singgah Thebarton untuk jumpa aku.


So, kali ni kitorang plan untuk gi beach sama-sama.




Kali ni kitorang ke Moana.
Cantikkkkk...


Korang faham je la. MatSaleh jenis bentang towel, bawak sebotol beer or so, dah kira picnic dah.
Tapi orang Malaysia, selagi boleh nak bawak periuk nasi lemak, roti, kuih, cerek kopi segala ---bukan picnic namanya.


Maka untuk tidak membusukkan nama Malaysians dari segi cara berpicnic yang lebih kepada konsep nak-melantak-di-tepi-laut, aku cuma bawak dua jenis kuih.


Rajin pulak Paul melayan Lil Adam dan Lil Adib dengan surf boards.








Aku, MrHubby ngan Jane? Mula-mula bersembang la dulu...Lepas tu baru main air.
Heh heh.






Puas anak-anak main air, kitorang pun ngemas untuk balik.



Tapi singgah ngeteh jap kat rumah diorang.
Rumah diorang lawanya humang aiiiiiiiii.


Paul petikkan bunga sikit dari backyard dia untuk aku.
Wheee!!! Cantik!


Suka betul dia melayan anak-anak aku.


"Round and round the garden.... like a teddy bear..."


Cantik giler rumah diorang.
Tak terbayang bila diorang nak jual rumah tu untuk pindah ke beach house. They sure know how to enjoy life.

One of us in the beautiful front yard.



Haihhh...indahnya kalau aku boleh beli rumah tu.






Tuesday, October 20, 2015

Aku, bunga dan Tok

Ini bunga. 
Ini bunga...errr... cempaka.  Cempaka Cina.
Ini bunga kegemaran Tok saya. 


Aku rasa mesti Tok suka bunga ni sebab kalernya terang mambrang. Bright pink!
Memang cantik!
Aku pun suka. Umpama kembangnya hati aku bila tengok bunga lily (stargazer) la, in other words.
Dulu pokok ini ada kat dalam pasu depan rumah Abah. Sekarang ni, maybe dah mati kot pokok tu.


Masa aku kecik, Tok la yang ajar aku tanam pokok.
Hmmm... perkataan 'pokok' tu bunyi macam besar sangat (tree) pulak, tapi, nak sebut 'tumbuhan', macam skema pulak.
Anyway, kira itu pokok pertama yang aku tanam la,  macam masa belajar Alam dan Manusia Sains. Kitorang tak main la tanam kacang hijau/tauge macam budak-budak jaman sekarang.


Anyway, pokok pertama aku tu adalah pokok manik. Aku tak tau whether tu nama sebenar pokok tu ke, atau Tok yang reka-reka, sebab pokok tu ada daun kecik-kecik macam manik.
Pokok tu renek sangat, paling tinggi pun setinggi ibu jari je rasanya.

Jenuh aku google, tak jumpa pulak.
Keluar gambar pokok kraf yang guna manik-manik je -__-


Nak cari kat Aussie ni, lagi la takde rasanya.

Tapi, few years ago, masa aku naik tangga kat UiTM yang dari bus stop (kat Business School) ke FSG tu, aku pernah jumpa pokok tu.
Harap-harap nanti dapat la aku tengok pokok tu lagi... sekadar nak imbas kenangan aku dengan Tok.
 

Lagi satu bunga favourite Tok adalah bunga melur tanam tepi batas, itik bertelur ayam menetas....


Pokok melur ni dulu ada tepi pagar belakang rumah, dekat dengan rumah Mak Kiah. 
Walaupun aku 'menyebai' bila jenuh kena sapu daun-daun kering celah pokok tu, hati terubat jugak la bila aku belek-belek bunga melur tu. Wangiiii...

Tok selalu petik bunga melur yang kembang.
Kadang-kadang, bila aku rajin, aku tolong petikkan dan letak atas bantal Tok. Lepas tu, nanti Tok akan selit sikit bunga tu kat sanggul dia, bagi wangi.

Yang tak kembang lagi (buds) yang debok-debok tu pun kekadang aku petik gak... dengan harapan nak tolong karang panjang-panjang (tapi selalu aku tak buat pun. Huhu).


gambar pinjam

..........................
.......................................................
......................................................................................

Nanti Ija balik, Ija cari bunga melur bawak pi kat kubur Tok, na?
Biar kubur Tok waaaaangi.
Nak tanam pokok tu, tangan Ija ni tak berapa menjadi...kang tak hidup pulak.


Ija rindu kat Tok.
T_____T

Monday, October 19, 2015

Crow's Egg- euwwww but nice!

It was one of the things I go for--- free movie tickets!
Kali ni, in conjunction with the Adelaide Film Festival, I got free tickets from StudyAdelaide.

So, tak pasal-pasal merasa la aku jejak kaki kat Palace Nova dekat Rundle Street tu.



The movie is Kaaka Muttai a.k.a The Crow's Egg. 
Cerita realiti yang lawak tentang budak-budak di Indian slums yang bercita-cita nak makan pizza.
Boleh tengok trailer kat sini....


Since movie nye start awal, dan hari Ahad memang semua businesses start lambat... maka kitorang pun lepak-lepak la dulu kat kaki lima Rundle Street tu.

Lil Adam & Lil Adib syok dok korek coins yang ditanam kat kaki lima kedai. Hahahaha



Jangan tak tau...coin singgit Malaysia yang ada keris tu pun ada okehhhh.

 Anyway, masuk dalam cinema... ada promo untuk filem lain jugak.




Dan mamat ni pulak.. buat announcement bahawa bontot dia gatal.
Ehh... dia promote Orchestra, a short animated film.

 Interesting la jugak.


Ada budak manja berkepit cuddle dengan Mama sepanjang movie.


Movie tu sangaaaaat walaupun agak gross jalan cerita dia, tapi lawak dan sangat meaningful.
Dapat la aku tazkirah setepak kat anak-anak, tentang betapa beruntungnya diorang nak makan pizza, sekali-sekala boleh dapat.
Siap la korang, lepas ni nak makan pizza, kena kerahan tenaga. Muehehehehe (#evil mom)


So, the verdict, two thumbs up.
Cerita Tamil kottt...berani korang kata tak best? Kang tak pasal-pasal cinema kena bakar. Bahahhahahahaha



Nuffnang ads

My Heartbeat