Sunday, July 27, 2014

Air tangan pengkaq

Semalam time orang lain on the way balik ke kampung dan ada yang dah menganyam ketupat...aku yang tak balik kampung ni, baru terhegeh-hegeh nak buat kuih raya.

Maklumlah..aku kan PhD student yang rajin-tahap-jadi-kebanggaan-VC. Eh. So baru dua hari (Jumaat lepas) aku tak gi ofis dan boleh buat preparation untuk raya.
Bunyi macam cemerlang kan?
Yaaa..cemerlang mengangkat diri. Hewhewhew.


Antara kuih yang aku sempat buat adalah....
Samperit.
Aku tak sure pulak whether namanya samperit sebab masa nak buat tu, perit jari-jari nak menekan doh dalam acuan open star, atau sebab orang yang mula2 buat kuih samperit ni masa dia tekan doh tu..keluar bunyi 'prettt!'.
Hehe.

Samperit aku yang nampak ayu konon. Jangan terpedaya ye. Sebab ada yang terover kembang sampai rupa dah macam cucuk botox. Kehkehkeh.

Bagi aku, samperit ni paling nostalgia sempena raya.
Sejak kecik, of all kuih rayas, ni antara kuih yang mak akan buat. Samperit mak lain daripada yang lain. Kaler putih krim, bukan kuning mambrang macam samperit Mak Kiah dan Mak Salmah (jiran belakang rumah Abah). Rasa pun lemak bersusu walaupun tak bubuh susu.

Pernah gak dulu-dulu aku request mak buat (read: siapkan adunan je, biar aku dan adik-adik tekan), tapi entah nape ntah..mak tak buat pun. Aku ingat susah le sangat, sebab mak tak nak buat.Tapi bila dah buat sendiri ni, aku x faham what's the fuss. Senang je pun.
Especially kalo ada assistants nak tolong. Lain la macam aku ni... assistants pun macam menambah kerja aku je. Hehe.
Tak percaya?





Ni haaa... aku minta tolong Lil Adam letakkan ceri masa aku nak solat, dia letak senget pun ada...letak dua pun ada. Haishhh...

Teringat aku masa buat samperit dengan abang aku, Acik. Kadang-kadang Acik buat gak macam ni. Hari Raya, kadang-kadang dia le tukang korek ceri tu..tinggal samperit togel takde ceri.

Dan kalau buat samperit, biasanya kitorang gak tolong jaga oven. So, masa mak tersengguk-sengguk mengantuk tu... Acik akan kikis saki-baki butter dalam tin butter yang dah hampir kosong tu, dan palitkan kat satu biji samperit yang paling hujung. Kira yang tu extra special la. Nanti dia akan mark  samperit tu masa bubuh dalam oven dan bila kuar dari oven, dia makan la. Sampai terpejam-pejam mata menikmati sebiji samperit yang extra-butter-kononnya tu.
Hehe. Lawak abang aku tu!


Biskut raya seterusnya.....
Busut kerengga.





Sebenarnya ni kuih tak jadi..tapi bila aku makan, rasa macam biskut sarang semut.
So memandangkan rupanya yang tak peroi bersarang, aku namakan dia sarang kerengga. Eh. Busut kerengga.
Ye la kan. Dah seketul gitu.
Kita anggap la kerengga ni gay..sebab tu siap kaler-kaler gittew. Huahuahua.





Next... Biskut mazola.


Suwey apa ntah tahun ni tangan aku macam tak pernah dibedung, biskut mazola aku macam ngan hapa lagi rupanya. Dah la ada yang terap bentuk bunga, ada yang bulat.
Tapi aku rasa maybe sebab aku suruh Lil Adam yang sapukan egg yolk atas biskut tu. Entah camna dia buat ntah. (Heh... strategi menyalahkan anak)


Haa..yang ni pulak Infamous amos.


Ni adalah choc chip cookies versi Famous Amos yang terkenal dengan cheeky tagline 'Free Smells' tu.
Tapi sebab tak famous kan? Hence, the name.

Aku buat dua jenis. Satu yang just choc chips, satu lagi yang with slivered almonds. Kena asingkan bekas... sebab MrHubby kan ada penyakit orang kaya (gout). Kalo dia makan yang ada nuts/almonds tu kang...alamatnya orang lain dengar lagu Raya, aku dengar dia mengaduh je la.





Yang ni pulak.... Biskut apantah nama dia.


Yang ni aku hantam-sajalah-Labuuuu. Setakat gatai nak cuba-try-test je. Ada bubuh Nutella dan Rice Puffs.
Rupa memang huduh.
Tapi lantak la kan. Sapa sanggup telan, telan la.



Dan yang menggebu-gebu semangat aku nak buat...adalah yang baru je siap kejap tadi. 
Kuih Aman Makmur Damai Sejahtera.



Semalam aku cakap kat MrHubby, projek kuih raya aku dah habis. Tapi sebab dalam hati, aku dah lama teringin nak makan makmur ni... maka tadi aku curi-curi buat sekejap.
Nasib baik aku dapat resepi senang daripada kawan sekolah rendah aku, Watie. Maka, insyaAllah la tak mati celik aku...sebab sempat merasa makmur buatan sendiri. Hehehe.
FYI, makmur ni pun versi untuk orang-berpenyakit-orang-kaya. Sebab aku tak bubuh inti kacang. Tapi memang aku pun tak berapa suka kalau ada inti. Baru nak feeling-feeling pejam mata menikmati, tersedak inti kacang pulak kang.


Cornflakes madu.

Yang ni aku tau senang nak buat...but I've never had my hands on buat sendiri. Cornflakes madu kat rumah aku tahun ni dibuat oleh Saz. Yang ni kalo orang lain tak sempat makan, memang tak lain tak bukan,  sebab aku la. Hahahaha


Bangkit tidoq.

Ni nama glamer untuk kuih bangkit yang aku sub-con. Titik.


Demikianlah saja cerita projek kuih raya aku untuk tahun ni.
Duduk negara orang ni, syok pulak bila perasan dah boleh buat macam-macam kuih, dan masak untuk ramai orang.
Kalau dok kat Malaysia,  forever la aku tak pandai. Paling-paling pun, masak untuk dua families je kot. Atau sedia duit,  berzakat kat caterer. Hahahaha.


Okay la...aku nak gi sambung masak la.
Malam ni ada tetamu istimewa nak datang berbuka. Harap-harap Adelaide raya esok. Kalau tidak, terpaksa la aku mengelat macam masa buat Master dulu (sanggup pergi ke seberang sungai sebab tak sabar nak raya esoknya).

1 comment:

  1. tak pe rupa biskut tak seberapa tu. Yg penting sedap. Knur pun bila buat byk2 sendiri, mulalah rupa biskut ntah apa2. hehehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat