Tuesday, July 1, 2014

Bahaya makan churros :-O

Masa promo DOUBLE YOUR CHURROS sepanjang bulan lepas, terasa macam San Churro Chocolateria melambai-lambai panggil suruh pergi. Bila entah last aku makan churros kat situ.
So, kalau bayar harga sama, tetiba dapat double, adalah satu kerugian la tak mengambil kesempatan kan?

Dulu Kak Has and the gang ada je buat churros ni secara berjemaah, tapi aku malas nak buat sendiri. Sebab rasa guilty bila nak deep fry. Hahaha. Good excuse.


So, untuk melantak churros ni, mula-mula sekali, kena cari geng sweet tooth. Mangsa pertama adalah Saz. Since my kids pun jenis 'potong-kaki-punya-worang' (read: suka makan manis), maka rombongan Che Kiah le kita.

Then, kena check-in kat Facebook, tunjukkan kat counter.

Muka-muka tak sabar...


Bila churros dah sampai ke meja, apa tunggu lagi?
Bahaaaam.

Masalahnya, makan churros ni banyak-banyak bukan le meningkatkan kreativiti sampai boleh tulis 5,6 papers untuk publish dalam masa satu malam.

Bahaya yang pertama- Dah la deep fried, manis pulak tu.


Bahaya yang kedua churros ni- jadi buruk perangai. Sila rujuk kepada gambar yours truly sahaja.
Saz masih citra ayu gitu, sebab dia tau nanti gambar akan masuk blog. Huahuahua.


Bahaya ketiga- Anak-anak jadi chargas semacam bila balik rumah malam tu. High sugar.
Melompat-lompat sungguh riang bukan kepalang (jaman aku kecik dulu, nak mampuih melompat atas katil?!). Pool noodle yang aku beli nak buat boot shaper jadi senjata lawan dengan bouncy ball.




Bila kalah, atau rasa dengki tak dapat balas balik kat Lil Adam, Lil Adib pun mengeluarkan senjata yang paling ampuh- airmata buaya. Hahahaha.


Disebabkan bahaya yang disenaraikan tadi, maka selang sehari lepas kejadian, aku pegi (LAGI!!!) dengan MaiLin.
Eh macam tak betul je ayat tu.
I mean, aku pergi tak bawak anak-anak dah. Hahahaha. Aku tak main pool noodle dengan bouncy ball tu, so kira takpe la kan? Kukuh kan alasan aku.

 Caramel dip for me, milk chocolate dip for MaiLin.
Sambil makan, sambil sembang pasal family, pasal study, macam-macam la. Sembang dengan orang yang buat keje lab ni, lain sikit tune nya... sebab ala-ala 'I feel you' gittew.


Eh..eh MaiLin buat muka comel. Mummy comel, patut la Michelle pun comel. (ni gambar masa Adel's birthday last 2mths). Pls note, lepas gambar aku dukung Michelle tu di'snap', aku telah dicubit-cubit oleh Lil Adib @_@



Thanks for the treat, babe!


Next time kita tambah gula lagi ye. Hehe


p/s:
Patutnya aku post entry ni sebelum puasa, tapi sebab aku kan perasan busy. So, nasib la ye

2 comments:

  1. alaa.. besarnya churrosss~~~

    sini aku buat sendiri je.. lama gila kot tak buat sbb malas berdiang depan kuali.. aku kurus takpe makan banyak2.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. marilah kita menambah kalori secara berjemaah

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat