Thursday, July 24, 2014

Yang mana best tahun ni

Ni dah dekat nak raya ni... bila tak dok kat Malaysia, of course la kena buat something untuk dapat feel raya.
Antara yang aku buat adalah pasang lagu raya kat lab (sambil buat eksperimen), atau pasang lagu raya masa driving sambil gedik-gedik bahu dengar lagu Senandung Raya Untukmu (Dayangku Intan) ala-ala diorang ni. Hahaha


Dan aktiviti lain... aku tengok gak kat YouTube- iklan raya yang terkini. 
Dalam banyak-banyak iklan raya tahun ni, ada yang best, ada yang tak-la-best-mana-pun!

Bukan apa, bila orang dok share kat Facebook dengan ayat  "Lepas tengok iklan ni, mesti rasa nak balik kampung" ...of course la semangat aku nak tengok. 
Ye la kan. Aku kan dendang perantau (read: tak balik raya). Nak le jugak tengok camna tahap 'mesti-rasa-nak-balik-kampung' tu. 

Nak tau iklan mana?
PETRONAS.
Sori la Petronas. Iklan tahun ni, KURANG BEST la bagi aku. Walaupun ada yang kata shot kemas yada-yada... bagi aku tak menyengat la. Maybe tak menggamit nostalgia. Bagi aku la.


Nampak gaya, strategi menggoda aku dengan background lagu Anuar Zain kurang berjaya untuk buat aku rasa nak balik kampung. Haha.


Lagi satu yang KURANG BEST bagi aku adalah iklan TELEKOM.
Aku tau ramai orang kata budak tu cute. Cute, cute la.
Yang aku rasa misleading adalah message yang nak disampaikan. Seolah-olah nak kata budak-budak boleh buat onar (e.g menipu) banyak-banyak. Nanti masa raya, minta maaf je la.



Ada yang kata, "Alaa... relax la. Iklan je. Jangan le emo."
Tapi bagi aku...kang budak-budak take for granted pulak bila buat kesalahan.


Iklan yang aku rasa MENARIK tahun ni adalah... (tak ikut ranking)

TV AlHijrah


RTM


Masa tengah search tadi, aku jumpa gak iklan ni. Ni memang RTM tayang this year gak ehh?



TV9


Dan...
Nissan.

Apa pun, hasil kerja Yasmin Ahmad yang dulu-dulu gak yang menarik.
Yang sedih-sedih, but with a dash of humour. 

Dan iklan raya yang best tahun dulu-dulu yang berjaya menyentuh hati aku (sampai ke tahun ni) adalah iklan BERNAS yang Ahmad dan Fizi tu.
Sedih wo!

Okay, sekian sahaja ulasan daripada pemerhati bebas yang takde qualification dalam bidang ni.  

Aku nak sambung feel raya dengan berangan buat kuih raya pulak. Esok confirm tak datang keje sebab nak sinsing lengan baju paras ketiak untuk buat kuih raya. Hihihi

1 comment:

  1. sedih weh yg Tv Alhijrah dan RTM yg adik dia OKU tu..berjaya laa buat ai tersedu sedan dpn computer ni..

    SELAMAT HARI RAYA IS!

    Ai balik Loq Staq lusa...tak sabarnya

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat