Menurut analisa aku yang tak mahir ni, biasanya orang akan bersemangat puasa (read: sahur dan tarawih) masa first week of Ramadhan je. Time tu, kalau pergi ke PaRam, air sirap merah pun nampak best, ayam golek yang tak masak kat dalam pun nampak menggiurkan.
Masuk minggu ke-2 ke-3, dah kurang setim. Maybe sebab dah tau gerai yang jual laksa tu kuahnya ceroi tapi mahal nak mamf, pakcik karipap tu kedekut inti tahap-pegi-Mekah-balik-hari.
Tapi kita husnuzzhon je la... maybe kurang setim tu sebab dah mampu kawal nafsu makan.
Sedar tak sedar, dah makin ke penghujung Ramadhan rupanya. Tak terasa sangat berpuasa kali ni.
Tak tau la sebab cuaca sejuk dan cuma puasa <12hrs time winter ni ke...sebab dah ponteng seminggu. Hahaha
Aku yang jenis malas bangun sahur pun,
sejak-sejak kawin ni... dah buat rekod baru. Almost everyday akan
bersahur. Sebab MrHubby jenis yang mesti-kena-sahur.
Alaa...
takde la teruk sangat pun, sebab biasanya dia yang tolong siapkan
makanan. Aku cuma bangun, tenyeh-tenyeh mata, basuh tangan dan makan.
Hahaha. Isteri mithali sangat kan?
Yang penting, kat Aussie ni, takde kekecewaan dengan makanan. Maklumlah, semua kena buat sendiri. Dah nama pun sendiri buat, mesti la melampau-lampau kan?
Kalau buat kuih pau, inti tu melimpah-limpah sampai tak boleh nak seal balik doh tu (ni boleh masuk slot Kisah Benar ni).
Kalau buat kuah laksam, mesti pekat tahap-patah-senduk-bila-nak-kacau (okay, yang ni aku exaggerate!)
Korang pernah dengar tak orang kata...
"Kalau dah tak excited nak sambut raya, tu tanda dah tua lettew."
Aku setuju je.
Sebab sampai sekarang, aku MASIH EXCITED.
Aku excited cari baju raya,
excited plan nak masak apa untuk raya,
excited fikir nak main bunga api dengan anak-anak,
excited nak buat kuih raya. Sedap-tak sedap, lantak la.
Cuma aku bukan jenis minah langsir raya, perabot raya. So, kira tersenyum girang la MrHubby.
Maybe sebab masa kecik dulu,
aku tak pilih baju raya aku sendiri
aku tak pernah ada aktiviti tebal-muka-round-keliling-kampung-kutip-duit-raya (sebab aku malu)
cuma tolong pegang senduk, kacau-kacau lauk raya
atau cucuk tudung tingkap (read: pasang hooks kat langsir) dan gubah bunga
Paling-paling pun, aku main bunga api dengan Acik, sambil suluh cari katak untuk dicucuh. Hahaha. Gila kejam.
Oh ye, speaking of main bunga api ni...
Pernah gak aku lambung-lambung bunga api. Sekali dia landing kat tingkat atas rumah. Camna nak explain ekk.. tingkat atas rumah tu, belah depan macam ada corridor tanpa dinding. So, malam tu aku tidur tak lena, sebab takut kot-kot rumah terbakar akibat bunga api cap kucing yang aku lambung tu. Hehehe
Dan ada sekali tu, aku dan Acik cucuh bungkus buah jambu batu yang bergayutan kat pokok Abah. Esok paginya dua-dua kena bebel dengan Mak. Masa tu kecik lagi, mana reti lagi nak menghapuskan bukti. Hahaha
Tu excitement/ kegedikan nak raya.
Tapi, at the same time, aku takde la menggedik sangat sampai tak 'feel' Ramadhan tu. Bagi aku, satu yang special dalam bulan Ramadhan ni- KETENANGAN.
Itu yang paling aku suka.
Tak tau la sebab time breakfast/lunch, aku tak perlu duduk hadap bekal sambil buat keje (read: blogging, scroll FB).
Atau sebab memang bulan Ramadhan ni feeling sayu tu lebih sikit, teringat nak tambah amalan.
Ketenangan.
Yang tu buat aku rasa ralat bila Ramadhan berakhir nanti.
Hmmm...
wahhh kalau gitu I x tua lagi jugak lah sbb i pon excited nak beraya ni..and also macam u cakap, ada rasa sedih that ramadhan dah nak habis
ReplyDeletehehe.kita kan mudaaaa. kan? kan?
Deletesama laah....sonok husband kita kan dpt bini mithali dan penjimat ni (ceh...penjimat sgt laa tak tukor tudung tingkap, hat lain...erkk...) ..ai pun kecik2 selalu duty cuci tingkap nako tu (aku menciii...) takpun tukaq sarung kusyen kusi rotan tu..erghhh...
ReplyDeletehoihhh...mmg hazabun task tu. benci oo kena kerabat2 nak cuci semua tingkap. apakah semua tetamu akan pi cuit cermin tingkap tgk bersih ke x?
Deletethn ni kurang feel sikit sbb sedih dgn kejadian2 yg berlaku di dlm & luar negara ni.
ReplyDeletekeluarga diorg mesti lg sedih kan?
Deletexpe knur, kita teruskan berdoa.