Monday, June 30, 2014

Orang jauh datang!


Being away from Malaysia, memang seronok bila sesekali ada kengkawan or sedara-mara berkunjung. Boleh update perkembangan keadaan politik, ekonomi dan sosial negara-yang-masih-aman tu. Boleh minta tolong bawakan barang-barang keperluan. Boleh jumpa kawan dan sedara-mara yang dah lama tak jumpa!


Yang paling latest, adalah kunjungan daripada Aidaikmal, or in this case... Aida and Ikmal la. Hehehe. They travelled from KL to Melbourne, then baru datang Adelaide for a few days.
Walaupun Aida ni asalnya aku kenal as blogger friends je, but I'm glad that we can get along so well.Kalau tidak, masakan kat Malaysia dulu, dia siap ziarah lepas aku bersalin Lil Adib, kuar jalan-jalan dengan aku and kids...dan kitorang siap berjimba karaoke...Eh.

Anyway, for a few days, Aida and Ikmal jalan-jalan Adelaide sendiri jer. Nasib baik diorang faham aku busy.
So hari Jumaat je (sehari sebelum diorang balik), aku mem'free'kan diri untuk jalan-jalan dengan diorang.


It was a very cold, wet, windy day.
Pikir punya pikir tempat yang sesuai, lastly kitorang bawa diorang ke Mount Lofty Summit. Actually aku pun baru first time jejak situ. Hahaha. So lame.


Dengan menggigil sejuk tu, lepak kat cafe la. Makannnn!

 Alaa...makan fries je pun. Hehehe


Lil Adib asyik-asyik berkepit dengan Aunty Aida. Suka la dia, Aida rajin layan dia.





Sebenarnya dari situ boleh nampak view keliling Adelaide. Tapi dah tergedik-gedik sejuk dengan fog tu, nampak apa je la kan?
Tak kira.... janji dah pernah jejak ke 700m above sea level kat Adelaide. Huahuahua.


Wah wah...cikgu Aida, gigih 'menelaah' info. Kihkihkih.
Ini semua poyo!





Gerak dari Mt Lofty, kitorang pegi Whispering Wall/ Barossa Reservoir.

Malu-malu pulak Ikmal nak bisik ayat-ayat jiwang sebab aku ada kat sebelah Aida. Harharhar.


Bezakan gambar couple tanpa anak (lagi), dengan couple yang jenuh nak tunggu anak pandang kamera, nak make sure cukup korum. Huhu @_@



Gambar yang bagi kengkawan jeles. Jeles sebab they were not here too. Hewhewhew
Kebetulan Aida and I share the same friends, sebab masa dia kat NZ dulu, aku kat Brisbane... aku geng jugak dengan budak-budak TESL. But aku dengan Aida- we never met pun, sampaaaaai la jumpa di alam cyber.



Then, since pukul 5 dah nak start gelap... off we went to the Uyghur (Silk Road) @Allenby Gardens for dinner.
Feeling-feeling Xinjiang gittew.

Dah dua tiga kali aku jejak situ, tapi asyik tak kesampaian nak order ganbianji. Kat restoran Uyghur lain, takde pulak ganbianji...

Tapi kali ni...ta-daaaa!
 Dapanji and Ganbianji.

Memang rezeki orang jauh la nampaknya.


Makan sambil sembang, memang best. Macam-macam topik keluar.
Yang bestnya sebab same wavelength, jadi takde la tersangkut-sangkut bila bersembang.

Sambil kitorang makan tu, bila anak-anak dah kenyang..ni la jadinya.
Brotherly love konon.


Lepas tu, balik rumah... sesi menerai-nerai barang yang dikirim dari Malaysia. Hahaha.
Sampai pukul 12 Lil Adib dok energetic lagi.

Esok paginya, Aunty Aida and Uncle Ikmal dah nak balik... Lil Adib monyok je.
Maklum la... masa aunty ada, aunty rajin bacakan buku Dora untuk Adib.

Babai Aunty Aida and Uncle Ikmal.
InsyaAllah kita jumpa lagi. Hope u had a good time.

No comments:

Post a Comment

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat