Friday, November 15, 2013

Apakan daya, Abahku bukan tokey ayam


Nak terlentang aku bila dapat tau ada adik dapat 5A dalam UPSR kat Kelantan diberi hadiah Mini Cooper sebijik oleh parents dia.
Tak...aku tak dengki. Elehhh..bukan budak tu ada lesen nak drive pun. Lagipun bagi aku kereta ni liabiliti, buat apa beli banyak-banyak, beli mahal-mahal. Baik beli tanah ke... rumah ke... Takde susut nilai.



Dengan liputan pasal berita ni... macam-macam gak la teori/ response keluar.
  • Riak. Nak menunjuk dia kaya lettew. Lebih baik buat kenduri kesyukuran.
Uish korang ni. Takkan la mak bapak dia tak buat kenduri kot. Koman-koman pun, 3 hari 3 malam. Ye la kan... majlis kawen tak cecah RM100K pun, orang buat buat 2 hari (belah laki dan belah pompuan). Takkan la yang ni buat separuh hari je. 
Paling cikai, mesti ada door gifts, berarak atas tandu dengan bunga manggar diiringi kompang dan ditabur bunga rampai. Ye dak?


  • Ni mesti hasil daripada jualan bila harga ayam naik. Eh. 
Eh, boleh ekk cenggitu? Nape tokey ayam yang lain tak kaya pun? Ini tidak adillll. Ini semua salah Anwar Ibrahim.
Tu la...silap korang jugak, tak ikut cakap Pak Menteri aritu, supaya tak beli ayam. Kan dia dah kaya. 


Eh, tapi tokey ayam lain tak bagi Mini Coooper pun. Hmmm... marilah kita husnuzzhon. Maybe tokey lain membelikan hadiah lain kat anak-anak yang dapat 5A. Jongkong emas ke, buatkan NeverLand belakang rumah ke, bagi kapal selam ke.


  • Biar la, dia mampu. Kita dok kecoh pasal ni pun, apa kita dapat?
Hahahaha.Standard la, semua orang ada mulut... semua orang ada FB. Harharhar. Need I say more?


  • Elehh...sebenarnya mak bapak dia yang nak kereta tu.
Ini jugak la ayat colleague aku, bila aku cerita pasal berita hebat dari Malaysia nih. Dia kata, sebenarnya si mak tu yang nak kereta baru. Kebetulan pulak anak dapat 5A. So, konon-konon hadiah untuk anak la. Walhal dah terang-terang last-last nanti, mak ayah dia juga yang drive kereta tu. Hehehe. Aci tak?
Alaaa..macam strategi aku jugak la. Nak beli untuk diri sendiri, nampak sangat. So buat-buat la belikan untuk MrHubby, walhal dah tau dia tak berapa suka pun. So, last-last dapat kat aku balik benda tu. Bahahahaha. Eh, bukan... bukan henbeg. Gila apa aku nak belikan henbeg untuk laki aku?

Apa pun, harap-harap adik ni (sapa-ke-namanya-ntah, aku pun tak google cari details) tak lupa diri dan tak tenggelam dalam kemewahan.

Aku rasa la kan... kalau lah Abah aku tokey ayam, by the time aku abis Master aritu... aku mesti dah ada 6 bijik kereta macam ni (untuk UPSR, PMR, SPM, Diploma, Degree, Master)...


Gambar ni cuma ada 5 kereta. Sebab lagi sebijik aku dah trade-in, bila Abah cuma belikan kereta sorong sebab masa diploma, aku main-main (result tak kaw sangat). Hewhewhew.


Mana ada derrr.
Masa aku dulu, dapat RM50 untuk 9A masa PMR pun dah kira besar sangat dah. Walhal orang lain (PakNgah dan abang angkat aku) pun ada bagi hadiah duit RM50-RM100 jugak untuk aku. Tu masa PMR. Masa UPSR dapat straight A's pun, terlopong aku dengar ada kawan yang parents dia nak bawak gi melancong...KALAU dapat 4A. Betapa mak bapak cuba nak motivate si anak.

Hmm... Maybe kalau sekarang, aku kikis Abah, sempat lagi kot. 
Dulu Abah cuma terkenal sebagai Mael Burung (sebab dia ada bela baaaaanyak burung), Mael Lighter (sebab dia pandai repair/refill lighter), Mael M********* sebab dia keja kat situ, macam-macam la nama gelaran... Mael Lambung je tak.
Tapi sekarang ni Abah dah banyak koleksi RayBan ori, antique watches, dan segala mak neka lagi... Nanti la aku try bodek, kot-kot boleh dapat banglo sebijik bila habis PhD nanti (#harapan!)
Eh, Abah tak baca blog ni kan? Mihmihmih.

Well, dengan pengisytiharan-secara-tak-langsung bahawa 'TOKEY AYAM ADALAH KAYA' ni... aku rasa lepas ni bini-bini tokey ayam mesti akan lebih rajin monitor laki masing-masing. Hehehe.


p/s:
Ejaan tokey menurut Kamus Dewan adalah TAUKE.
Bukan tokey, bukan tokei, bukan towkay.
Bukan juga tokek (ni yang dah macam binatang mengkarung/iguana tu).

Boleh gak dieja sebagai 'tokeh' - yang digunakan sebagai bahasa pasar. Sekian.

8 comments:

  1. Tokeh ke Togei??? eh Togeh ke Togel??? hahhahaa... Untunglah!!!!!

    ReplyDelete
  2. oh patutnya aku pun dapat sebijik cooper tu la kan sbb straight A's upsr tahun 1994 dulu. agak2 kalau mintak skang kena lempang tak ;p

    ReplyDelete
  3. sbb i ore klate, nak kato jugo[p, 'org ktan nak org dari negeri termiskin... bg mini cooper je mampu...' hahahaha

    (don't that i agree with the parents, tp sajeeee, amik kesempatan hehehe

    ReplyDelete
  4. terkejut jugak bila baca berita ni. baru UPSR tu, PMR, SPM masuk U nak bg apa pulak ye. hehe

    ReplyDelete
  5. blogwalking.. nice blog :)

    visiting me back
    hudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Ayam mahal wey.
    I pun tak mampu nak makan hari2 taaaawwww

    ReplyDelete
  7. untuk orang yg pegi balik sekolah jalan kaki 2km.. no komen.

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat