Thursday, November 7, 2013

Istihadhah- the know hows

Hoihhh... jenuh betul kalau istihadhah a.k.a period terlebih tempoh ni. 
Paling jenuh adalah masa bulan posa. Macam aku aritu masa bulan posa, 5, 6 kali jugak kot aku mandi hadas sebab kalau boleh tak nak la tinggal posa banyak hari.  Tapi apa boleh buat kan...  last-last ikut kiraan maximum je la. 15 hari. Padan muka.
Kira okay lettew, considering dah bertahun puasa aku tak lompong sebab breastfeeding (#ayatmenyedapkanhati).

Well, aku pernah blog pasal pengalaman aku mengalami istihadhah sebelum ni (read HERE) sampai tahap ter-poyo takut tak boleh mengandung. Hahaha. From the entry, I gotta know ada kawan-kawan yang rupanya tak berapa tau lagi pasal benda ni. Terkejut la jugak. Aku ingat most women dah tau dah.

So aku rasa elok la aku share sikit ilmu yang tak seberapa ni, lagipun dah alang-alang aku tengah experience lagi benda ni lately.


Okay, mula-mula sekali kita citer dulu apa benda darah istihadhah tu.

Orang kita selalu panggil darah penyakit. Maybe bahasa mudah faham je kot... regardless ada penyakit ke tak. Secara skemanya, istihadhah ni ialah darah yang keluar daripada ehem ehem perempuan yang bukan pada hari haid dan nifas.
Actually it is darah penyakit yang keluar dari urat yang hampir dengan rahim perempuan (al-azal) a.k.a tempat yang sama keluarnya darah nifas.


4 keadaan yang dikira istihadhah
  1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh minimum haid (sehari semalam)
  2. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maximum haid (15 hari) 
  3. Keluar darah sebelum umur minimum haid (sebelum 9 tahun)
  4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maximum nifas (60 hari)
Yang pompuan tulen je la yang relevant kat sini ye. Nyah adalah tidak berkaitan ye, sebab korang punya ehem ehem tu pelesu je. Dan korang takde rahim pun.

Anyway, nak kena tengok la jugak... period terlebih tempoh tu benda yang dah selalu berlaku ke, atau sekali dua je.
 
Jenis yang period (haid) selalu tetap.
Yang ni senang la, sebab dah boleh agak kalau darah tu keluar pada masa yang bukan kebiasaan korang period, kira istihadhah je la.

Jenis yang period (haid) tak tetap.
Yang ni memang jenuh. Aku dulu sampai jenuh sambung menyambung kira dan tanda kalendar. 
So, nak kena observe jenis dan colour darah tu pulak. Biasanya darah period tu pekat, merah kehitaman, bau hanyir. Istihadhah pulak bau macam keputihan.

Nah aku copy paste je table ni, as summarized by Dr. Abdul Karim Zaidan untuk senang nak tentukan sama ada itu darah haid atau istihadhah.

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

p/s:
Cerita tambahan aku pasal punca dan ikhtiar untuk mengatasi aritu --> read HERE


Daripada hasil bacaan aku dan 'panglaman' aku bertahun-tahun alami benda ni, wuduk boleh batal kerana darah istihadhah ni.
TAPI tak wajib mandi hadas besar. So, maksudnya jadi hadas yang berkekalan (da'imul hadas). 
Anyway, ibadat-ibadat fardhu tetap kena amalkan macam biasa la CUMA kalau nak solat tu kena la basuh dulu ehem ehem tu dan pakai pad/pantyliner macam biasa, baru la ambil wuduk. Wuduk tu pulak cuma valid untuk SATU SOLAT jer.


Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: 
“Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.”
Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” 
Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” 
Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” 
Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” 
(Riwayat al-Tirmizi)

Senang cerita... Kalau ikut style aku, habis je kiraan 15 hari tu, aku mandi hadas... dan buat amalan fardhu macam biasa, dengan syarat tiap kali nak solat, ambil wuduk.. Takde la sampai tiap kali nak solat nak kena mandi hadas wehhh. Maunya melambung bil air! Kang orang ingat aku dengan laki aku rajin beromen pulak. Hahaha.


Istihadah ni bukan darah haid, sebab tu la hukumnya tak sama.


Syarat yang maybe orang tak berapa tahu... nak basuh ehem ehem dan pakai pad tu adalah LEPAS DAH MASUK WAKTU SOLAT.
Sebab kan tak nak lengah-lengah solat sedangkan si mustahadhah (pompuan yang dalam istihadhah tu) dikira berkekalan hadas. Jangan nak bajet 'sentiasa berwuduk supaya wajah nampak nur bercahaya ala Anita Sarawak' pulak dalam kes macam ni. Kalau dah wuduk awal-awal, kira void la.

Agak jenuh jugak la tiap kali nak renew wuduk tiap kali solat fardhu. Nak-nak kalau masa takde air (I experienced this before). 
Atau masa winter tergedik-gedik sejuk. 
Atau bila contohnya kita solat Maghrib dah akhir waktu, so nak terus sambung Isyak.

Aritu aku ada tanya dengan Ustaz (Dr. Imran), dia jawab tak kisah... boleh buat yang mudah.

Cuma bab amalan sunat bagi golongan mustahadhah ni... ada yang kata tak digalakkan buat, macam mengaji AlQuran ke solat sunat ke. Adea yang kata boleh je buat.

But again, it all depends on mazhab yang kita ikut la kan? Rajin-rajinkan la membaca dan tanya alim ulama. Aku ni dah bertahun pun masih tak cukup ilmu lagi.


Oh ye... Untuk yang dah kawen... maybe nak tau-- boleh ke 'bersama' dengan suami masa istihadhah?

Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Tapi masa zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat takde pun larangan dalam hal ini. So, kalau golongan mustahadhah ni boleh solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat boleh la 'bersama' suami.

Allah berfirman (al Baqarah 2:222):
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. 

So ada yang ambil dalil tu sebagai larangan untuk 'bersama' hanyalah ke atas isteri yang sedang haid, tidak selain itu.


Ref:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

9 comments:

  1. akak pun selalu kena? kita selalu kena. kita ada bc artikel tu pasal istiadah ni. katanya org yg selalu kena ni sbb jin ddk kat rahim dia. suka masuk bilik air time azan. mcmtu la. percaya ke tidak, saya dh buat. time azan larangan masuk bilik air unless mmg dh urgent dihujung tanduk. so far dr apa yg saya buat berjaya la sikit. sikit je. sbb sampai skrg kena lg. tp tak deret 15hari period pastu istiadah. saya punya cycle 8hari period. suci 8hari. 7hari period. hambek kau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini,
      Haaa..entry akak yg lepas pun (yg akak link kan tu)...ada mention psl masuk bilik air waktu azan. Maybe lately akak dok buat jugak kot. Huhu

      Delete
  2. masa kanak2 ribena ja aku kena macam ni. dah tua ni x pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku masih kena. so aku assume, aku x tua lagi mcm kau la ekk. hehehe

      Delete
  3. Owhhhhh br ku tau! Alhamdulillah x kene lai gini tp kene gak tau ilmu gini.

    ReplyDelete
  4. saya period 11 hari..memang saya biasanya period lama macam tu..8 hari lepas tu..keluar darah lagi..jadi saya kira 1st period saya ke next 'period' tu ialah 19 hari.. adakah tu istihadhah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mmg regular mcm tu, yg 15 hari berturut2 tu dikira period. the remaining is istihadhah

      Delete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat