Wednesday, November 27, 2013

Spring has sprung...and ending

Sepanjang 3 bulan lepas, tiap kali aku lalu je kat area yang ada blooming jacaranda, mesti aku sebut "Ahhh..bestnyaaa..."
Kalau tak ucap dari mulut, at least dalam hati. Standard la kan, pompuan... mesti hati cair kalo tengok bunga. Nak-nak pulak kalau pokok besar gedabak keluar bunga purple.

 

Walaupun aku masih rasa can't-beat-Brisbane, tapi at least terubat la rindu aku kat Brisbane. Haishhh.. Bila la tabung ayam nak cukup ni, nak balik ke 'kampung halaman'.


Dan..bestnya jugak... bila roses depan rumah aku berbunga dengan meriahnya. Weeehooo!!!


Ada dua kaler roses depan rumah aku ni. So, masa spring ni MrHubby tak payah la beli bunga untuk aku.


Tengok la bunga ros tu besar mana!!!
Err..gambar bunga ros oren tu masa aku kat rumah Mai, so kena sopan santun sikit, tak buleh engkak-engkak sangat. Kehkehkeh.


Weeds pun berbunga! Terus feeling Hindustan, golek-golek atas rumput.




Aku selalu cakap... kalau MIL datang sini, mesti dia sukaaaa sangat.
Eh..apakah itu tandanya aku dah sama taste dengan beliau? Hehehe. Takpe..takpe... umur masih berbeza.



Cantik kan?
Cakap la cantik.... cakap la....



Bottlebrush!!!
To those yang tak pernah tengok, or wonder why is it named so... ni gambar close-up.


Yang ni pulak cherry blossoms kat rumah neighbour aku.

Sekian saja gambar-gambar random sempena spring tahun ni.
Nanti masuk summer, aku post gambar orang sexy-sexy berjemur kat pantai pulak ye. (#janjipelesu)

2 comments:

  1. Cantik...cantik sangat. Aku baru je tanam ros aritu, layu ke laut ok! Xdan nak feeling spring kat KK. Huh!

    Aah aku tunggu post orang berjemur ko...hatta janjipelesu sekalipung!

    ReplyDelete
  2. mmg seronok tgk bunga2 masa Spring. Knur dulu sakan bergambar dgn bunga2. hehe

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat