Takde keje, cari keje. Memang gatal kan?
Gitu la jadi kat aku masa weekend aritu... sempena Multicultural Festival 2013.
Since Kelab UMNO SA ada buat jualan kuih Melayu, aku gatal amik tempahan kuih sagu kelapa. 250pcs. Mujur kuih sagu je, senang nak buat.
Ahad tu, pukul 4.30am aku dah bangun nak siapkan. Walaupun cuma nak potong, golekkan kelapa dan bungkus... terasa macam forever sangat. Semua tu kena individually packed- for hygiene purposes. Tu yang hazabun tu.
Tak tau le kalau aku buat kerja slow-mo sebab sambil layan lagu Judika- Setengah Mati Merindu. Hahaha.
Then konon aku kejut MrHubby solat Subuh, tapi sebenarnya aku nak minta dia tolong aku bungkuskan kuih-kuih tu sekali. Hehehe.
Akhirnya pukul 7 am, siaplah 250 pcs. Aku memang dah tak lalu nak hadap. MrHubby la tolong aku susunkan dalam kotak, tu pun sebab aku dah tak kuasa nak berdulang, berbekas bagai.
Baru aku faham camna perasaan makcik-makcik yang meniaga kuih. Tu baru satu jenis, kalo buat 2,3jenis kuih... mau qiamullail terus aku.
Then, aku dan Najwa pegi hantar kuih kitorang kat Queens St.
Najwa rajin giler buat Puteri Ayu. Aku sempat tolong dia sikit the day before. Nak kena tekan kelapa dalam acuan, siapkan batter, kukus.... Memang kena banyak sabar.
Well, kuih lain yang ada adalah kuih keria (yang dalam paperbag putih tu)...
Kuih bakar (segala ton hijau ada haaa...hijau tua, hijau lumut, hijau muda, hijau pucuk pisang, hijau katak pisang.. Hahaha)
Cara berlauk. Cara manis pun ada.
...dan ni burger Malaysia ni. Perghhh... tak dapat aku bayangkan nak kena goreng sebijik-sebijik, nak belah, nak buat sambal, nak sumbat sambal, then bungkus pulak. Humang aiii...
Lepas hantar kuih, balik rumah rehat-rehat jap...then aku keluar dengan family pegi ke Rundle Mall.
Ye la kan..nak gak aku nengok betapa happening nye event tu.
Lil Adib curi fedora hat Mama sebab perasan kiut.
Tapi sebab masing-masing lapar, so tuju ke Warong dulu...kat Rundle Place.
Memandangkan aku dah merajuk dengan Knoodles sebab Sar Hor Fun dia dah tak se-best dulu, maka aku mengubat duka lara dengan meng-order Combination Hor Fun ni... Nyummm..
MrHubby's Chicken Koay Teow and Lil Adam's Hainanese Chicken Rice tak sempat nak snap gambar dah... sebab masing-masing dah tak sabar nak makan.
Sambil makan, sambil borak dengan Ika (bersembang macam we have known each other for ages! Aku suka orang friendly macam ni).Then, baru la ada semangat nak jenjalan tengok semua stalls.
Ada macam-macam performance kat 3 'stage'.
Irish dance.
Aboriginal dance.
Yang ni.... negara mana ntah.
Amongst the stalls yang aku jenguk - Iran!
Mamat hensem ni siap buat demo cara pakai serban tok Arab lagi yawww!
...and...Ta-daaaa!!!
Stall adik-adik Kelab UMNO SA.
Sempat lagi diorang offer kot-kot aku nak beli kuih. Hahaha. Aku? Nak beli kuih aku sendiri? Forget it. Nak nak hor fun pun tak hadam lagi dalam perut aku time tu.
Tapi kan...giler punya ramai orang datang stall tu. Hebat kan makanan orang Malaysia?!
Indonesians siap dengan angklung. Aku tak tunggu diorang punya performance. Siap makcik-makcik berumur pun pakai kebaya jarang gittew. Aduiyaiii...
But I love those colourful dresses donned by the girls!
Bangladesh.
Syria!
Penat jenjalan...duduk rehat jap sementara MrHubby pegi Coles. Gedix berselfie dengan mulut ikan. Lil Adam buat tak jadi. Hewhewhew.
Balik dari city, ada majlis lain pulak kat Ferryden Park. Penat pun, penat lah... Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Lepas ni tobat dah aku tak amik order kuih banyak-banyak. Aritu masak nasik minyak 5 kilo pun tak penat cenggini. Whew!
No comments:
Post a Comment
Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.