Thursday, November 28, 2013

Mengokel pipi @Goolwa

Masuk je bulan-bulan yang ada huruf R (September till April), warga South Australia pun mula la aktiviti tepi laut. Kalau aritu kitorang pegi crab raking, kali ni pegi cockling pulak kat Goolwa.
Oh well, by right cockles tu kerang la kan? Tapi yang ni actually bukan kerang... tapi macam lala, or as they call it Pipi. 


Sebelum bertolak, kita selfie dulu. Hahaha. Motif???


Views along the way...



Setelah b*nt*t nak hampir kematu, akhirnya sampai la kat port yang dimaksudkan. Actually last year aku dah pegi sekali.


Dasar blogger! Selfie lagiiiii...


Sampai-sampai je, bentang picnic mats, pasang tent kecik.... then isi perut dulu la...

Mat Saleh  picnic boleh la makan sandwich sekeping je. Kalau Melayu, amekkaw... dengan tong Esky, nasi lemak, lauk 2,3jenis... bihun goreng, tong air... Orang kata kalau tetiba darurat tak boleh balik, memang tak mati la. Sebab banyak sangat makanan untuk survival. Hehehe



 Trail of surfboards. Aisehhh...nampak kecik je pulak.


 Anak-anak...bila dah dapat pasir pantai.... apa lagi? Jenuh mengorek la.

 Ewah..ewah... Lil Adib kalau dengan awek, dan dan ngam.



Adam Yatie dah menggigil kesejukan...

Mak-mak lain kebanyakannya tak ready nak berbasahan. So aku je la yang lupa diri join geng bapak-bapak mengorek pasir cari cockles.
The key is, kena pegi ke tengah sikit (towards open water), dan biasanya kalau jumpa sekor, ada la geng dia dekat-dekat kawasan berhampiran. Cuma kena ada skill meraba dan menggagau je.
Eh. :P

Tapi macam ketam aritu jugak la... kena ukur dulu, make sure tak kurang daripada minimum legal length, which is 3.5cm when measured across the widest part of the shell. Personal daily bag limit adalah sorang 300 ekor je. Tapi nak cecah 300 tu entah berapa jam tak tau la.


Lepas beberapa jam, dapat banyak la jugak... tak tau nak estimate berapa ekor.


Close-up sikit.
Nampak tak isi dia keluar...fresh lagi kan?
Kalau nak simpan fresh lama sikit, bawa balik sikit la air laut tu.

Habis mengokel, aku salin baju dulu... Anak-anak? Masih lupa diri.


Whoaaa... Adrian salin seluar dalam kain batik jer. Cool la. Hahaha

Nasi lemak bungkus Malaysian style tiba agak lambat sebab Chef Esa/Shifa dah settled in kat bahagian lain (diorang sampai sebelum kitorang sampai). Tapi Alhamdulillah dapat gak merasa. Hehehe



So selama 2,3 hari puas la aku makan fresh Pipi cockles ni. Nyum nyum.
Nanti kalau rajin, boleh la pergi lagi. Hmmm...


7 comments:

  1. cantik pantai dia. baru smlm i and husband borak2 psl langit (smlm cerah, tp langit mcm x sebiru kat UK. jerebu kot msia nih). how we miss the clear blue sky mcm dlm pic u tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan je la nak nmpk clear blue sky kat Msia.but it would be extremely hot la kot if there's no clouds

      Delete
  2. wahhh..sedapnnyaaa...mcm etok lebih kurang yer :p

    ReplyDelete
  3. mesti sedap kalau masak ala2 sambal tumis.

    ReplyDelete
  4. Ada gak MrHubby buat stirfry.. yg bestnya sbb rasa dia fresh.. nyummm

    ReplyDelete
  5. Ko msk apa pipi tu? Ke mkn fresh2 mcm oyster? Huhu

    ReplyDelete

Thanks for reading!
Feel free to leave comments here.

Nuffnang ads

My Heartbeat