Tuesday, March 27, 2012

Ratu Spa Studio-review

Aku ni jenis yang jarang berspa-spaan.
Masa nak kawen dulu pun, takdenye aku gi lulur bagai. Nak tak nak, MrHubby kawen dengan aku siap dapat pakej segala daki dan dead cells la jawabnya. Ehehehe. Takde la... aku lulur sendiri la kat rumah.

Sekarang ni bila dah kaya sikit (saja propa tak nak guna perkataan 'ada duit'), aku ada la try spa kat few places. Biasanya promo package je la.

So, last month (gila lama aku peram), MrHubby and I pegi la try Ratu Spa Studio kat Bandar Baru Klang. Area situ memang busy, so susah sikit nak cari parking.



Ambience nye nampak okay. Bersih. Cuma tempat tu kecik sikit la...


MrHubby dok layan Whatsapp/ FB sambil menunggu

 

 
Kekecilan tempat tu membuatkan as we stepped into the couple massage room, MrHubby pun bisik "Eh..keciknye. Muat ke nanti dia nak mencelah-celah sambil massage kita?"

Korang tengok sendiri la spacenye.

 


Okaylah...to cut things short..lepas salin baju, kitorang pun baring untuk dimassage...sejam gak la.  Katanya dalam pakej tu aromatherapy massage. Tapi kalo nak guna essential oil, kena bayar extra lak. Grrr...tambi betul.

Lepas tu disusuli oleh cucumber body scrub 15 minit dan head and shoulder rmassage.
Disebabkan kitorang masing-masing dok layan je urutan tu, maka aku tempek gambar ni je la. Sila percaya bahawa aku lawa macam ni, siap selit bunga kat telinga. Ngehehe.


Habis massage, baru la masuk ke rainbow jacuzzi setengah jam. 
Aku dok bayangkan ada colourful flower petals la yang membuatkan dia jadi 'rainbow' tu. Boleh la aku feeling ala
Puteri Gunung Ledang jap.
 

But man...I was wrong. Rupanya jacuzzi tu ada lampu yang bertukar kaler dengan turbulence je. Punah harapan aku.

My first snap of the jacuzzi nampak macam nak masuk dalam volcano ala neraka je. Hahaha.


So aku snap lagi sekali masa kaler biru... baru nampak best sikit.


Abis berjacuzzi berdua dengan MrHubby sambil sembang-sembang pasal anak-anak, pasal masa depan... kitorang salin balik baju... dan dihidang dengan ginger tea.
Erkkk..dalam mug jer?


Jauh beza dengan masa aku gi Tanamera Spa dulu, siap ber-teapot bagai.
 
Well, aku masih suka try banyak tempat untuk facial dan spa.
Sebab kalau tak try, mana la nak tau best ke tak satu-satu tempat tu kan?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 26, 2012

'Incomplete' students

Why la some students can simply write like this?




 Incomplete = Tak lengkap

Tak Lengkap = Tak cukup seringgit

Tak cukup seringgit = Tak betul (mental)

Tak betul = Salah


Haishhh...itu pun kena explain ke?

Mood swing swing swing

Satu.
Sistem bangang kat Malaysia ni, dalam mana-mana borang permohonan mesti minta tulis no.telefon. Nombor handphone, nombor telefon ofis, nombor telefon rumah. Tak cukup dengan tu, email address pun kena tulis.
Tapi bila aku follow-up pagi ni (setelah dengan sabarnya tunggu permohonan diproses), diorang cakap tak dapat proses sebab akaun aku dormant. 
Dah tu, apa guna yang korang menghabiskan dakwat pen aku untuk tulis segala nombor tu? Saja buat isi masa lapang? Saja nak tunjuk objective evidence kat auditor yang audit agensi korang nanti?
Baghal kan?
Kalau ye pun korang contact handphone aku tak dapat, try la nombor ofis. Or better still, email la.



Aku tak faham betul sistem 'efisien' kat Malaysia ni!
Buang je la ISO 9001 dengan ISO/IEC korang tu dalam longkang.



Dua.
I have the feeling that something bad (a failure) is awaiting. And it is highly likely to happen. 
So, there goes my hope. Sia-sia keikhlasan aku membuat kerja. Sebab dah ditimbus dengan bebelan dan sumpah-seranah.
Maunye tidak. Sepatutnya out of 100%, orang commit 70% je. Tapi aku buat 110%. Konon sebab passionate dengan kerja... I don't mind. 
Entah la ye... Rasa kechewa yang amat sangat.


Tiga.
Orang yang sepatutnya aku refer on an urgent matter, cuti la pulak. Tengah orang dok sibuk ni la, dia pun sibuk nak cuti. Tak tau la macam mana nak cakap.


Now... it is just Monday. The week has just started. Tapi aku dah rasa bengang, upset, kechewa...semua ada.
Macam mana ni? :(

Aku rasa gi shopping ke... gi makan ke... gi haircut ke... takkan berjaya mengubat hati aku ni :(
Nasib baik la arini ada lab je.  Harap-harap students arini tak la sengal sangat masa buat eksperimen, supaya tak jadi mangsa bad mood aku.



Friday, March 23, 2012

R U a Spelling Nazi like me?






Yup...aku ada pe'el sampai macam tu sekali. 
Teruk tak?

Contoh yang selalu aku jumpa adalah...
avg tu adalah abg
Bukannya AVG virus.

Kekadang tu, siap boleh menimbulkan ambiguity bila tetiba ada orang lain taip/sms 'syg' kat laki aku macam kes yang aku citer dulu tu (read HERE. Hehehe 

Tahap spelling nazi aku membuatkan aku perasan memang tepat la aku jadi auditor untuk vet soalan exam. Sebab mata aku cepat je tangkap grammatical errors, typo atau any kinds of errors. Hahaha. Macam la diri tu perfect sangat kan?

Tapi kalo ber'WhatsApp' atau sms dengan MrHubby, kalo ada typo, kitorang will laugh at each other. Nak nak bila guna touch screen ni. Macam gemuk sangat je jari aku. Hehehe. 
Alaaa..usik-usik membawa bahagia kan? Bila lagi nak mendajal laki sendiri :P



posted from Bloggeroid

Thursday, March 22, 2012

The convincing lawyer

Last two days, aku ada appointment dengan sorang lawyer. Melalui perbualan dalam telefon, aku assume dia ni jenis soft-spoken, orang muda remaja (macam aku. heh!) dan easy to deal with.

Tapi bila kitorang jumpa, apparently I was 75% wrong.
Dia memang jenis soft spoken. Lemah gemalai gitu.
Orangnya tak lah muda macam aku jangkakan. Tapi andalusia (anak dara lanjut usia).
Dan bila aku sembang dengan dia, aku rasa she does not know 100% tentang procedures yang aku nak buat. Hmmm...

Hati aku pun goyang.
Balik rumah, dengan muka bodoh alang (sebab takde alasan kukuh), aku cakap dengan MrHubby "Actually Mama tak suka close a deal on Tuesdays."

Dia kata "Laa...apasal tak cakap awal-awal?"

Aku takut kena gelak. It's funny when I think about it. Doesn't make sense pun ada. Tapi ada macam rasa tak best gitu. 
Dulu aku tak percaya sangat, tapi lepas aku kena bad hair day sekali sebab gunting rambut hari Selasa, terus aku serik.




So, kesudahannya semalam aku jumpa lawyer kitorang yang sedia ada.
Perghh... statement tak-boleh-blah kan? Kasi chance la aku riak sikit, perasan kaya sebab ada lawyer sendiri. Macam Winie perli aku "You aaa..high class people, ada lawyer sendiri."

Anyway, bila aku naik ke ofis Jaslina, receptionist dia tanya "Datang untuk interview ekk?"
See? 
Betapa 'remaja'nya muka aku. Wakakaka...
Err..on 2nd thought..maybe aku nampak macam orang tak berkerjaya lagi? :P

Dah lama tak jumpa lawyer aku nih. Ada la dalam 3 tahun kot. Last jumpa dulu, she was pregnant. Kali ni pun, dia pregnant. Hehehe. 
Sempat aku usik dia "Asal I jumpa you je, you pregnant." (macam celupar pulak aku rasa..kuikuikui)
 
Okay, to cut things short...
Jaslina explained in depth tentang apa yang aku nak tau. Step by step. Crystal clear.

Aku tak kisah untuk tanya soalan-soalan basic walaupun kedengaran bodoh, sebab itu bukan bidang aku. Janji aku dapat jawapan yang aku nak.
Puas hati aku!



Daripada encounters aku dengan these two lawyers, aku dapat conclude...

Betapa perlunya lawyer menunjukkan ciri-ciri firm yg ada kat diorang.
Tegas dan tak meleret meraban. Bercakap tu memang perlu sopan-santun, tapi jangan lemah gemalai sangat. Rasa macam nak tampar orang pun ada (ewah! berani la sangat). Ye la, as a legal practitioner yang perlu mempertahankan hak clients later on, kena la loud sikit (read:banyak)... jangan simpan suara macam nak buat persembahan makyong.

Having a good family is a bonus. So you can express your empathy to the clients
Bukan la aku pandang rendah kat andalusia. Tapi bila the first lawyer tu jumpa aku pun kat luar, instead of kat ofis dia..aku rasa dah tak proper. And she said she can meet me anytime kat luar sebab dia takde komitmen. Hmmm... *garu-garu dagu*

Dan korang jangan tak tahu, aku sempat sembang pasal breastfeeding lagi dengan Jaslina. She shared with me about her intentions to try BF selama mungkin untuk anak ketiga ni.
Sempat la aku recommend pam yang bagus dan citer cara-cara nak maintain BM production, cara-cara storage dan tips masa travelling untuk BF moms.

I was surprised to know... dulu kalau dia tak sempat pam susu kat ofis, bila balik rumah, dia akan pam dan buang dulu (sebab dia ingat susu tu dah tak elok/basi) sebelum dia direct feeding.
You see? Tak semua orang ada ilmu tentang BF. But I am happy I could share the knowledge with her (aku malas nak share dengan orang yang tak dengar nasihat aku).

A lawyer should also know the twists and turns behind a procedure. Bak pesan aku kat students aku sem ni "Kalau bodoh, jangan sampai semua orang tau awak bodoh."
Kalo tak tau pun, jangan la tunjuk sangat tak tau tu. Well..lawyers kan are trained to cover the truth. Eh ye ke? Hahaha (mamfus aku kena sue dengan lawyers lepas ni) :P

Dan lagi satu faktor yang mengabui mata aku adalah.... diskaun untuk legal fees. 
Actually, that first lawyer tu boleh bagi diskaun 20-25%. Tapi bila aku usik Jaslina "Return customer tak dapat diskaun ke?"...dia kata boleh bagi 35% (or maybe 40%). Heh..maunye tidak aku rasa nak appoint dia je terus.


p/s:
Jangan risau... Jaslina ni bukan lawyer syariah. Hubungan aku dan MrHubby masih bahagia. Hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Nuffnang ads

My Heartbeat