Saturday, May 31, 2014

I miss my ex...

Sedar-tak sedar, sebelum start study leave, rupanya aku sempat mengajar selama 6 tahun. Dalam tempoh tu, entah berapa ramai ex-students aku ada, aku pun tak pernah kira. 
Basically, satu tahun ada 2 sem. Satu batch ada dalam 20 ke 40 orang students dalam satu kelas. Aku ajar 3 subjects. Students aku pulak bukan je dari kalangan budak Env Tech, tapi Food Tech pun ada. Kekadang dari program lain jugak.
So, you do the Maths la. Aku bab nak kira ni slow sikit.
Aku rasa ada la tak beberapa ratus (tak sampai seribu kot) ex-students aku.

Dalam ramai-ramai tu, ada yang masih in touch dengan aku. Ada yang terserempak aku kat NIOSH/DOE/etc., ada yang saja sesekali pop in untuk ajak lunch sama-sama (masa aku kat Malaysia la).
Seronok sebenarnya follow progress ex-students ni. Mostly follow kat Facebook la. Macam-macam perbezaan 'sebelum' dan 'selepas' yang kita boleh nampak.

Ada yang dulu besar ni *tunjuk jari kelingking*, sekarang dah besar ni *tunjuk ibu jari*
Saiz badan juga berkadar terus dengan saiz rumah, saiz kereta dan saiz poket. Aku tumpang happy tengok diorang berjaya. Nak-nak pulak yang memang sekarang ada kerjaya dalam bidang yang aku ajar (Safety and Health).

Ada ex-students yang dulu berwajah au naturale suci murni sesuci lebaran, sekarang dah pandai bergaya berdandan dengan mekap dan tudung kalerful bertingkat-tingkat.  Lawa-lawa diorang sekarang. Ye la kan... masa berubah. Masa aku study dulu pun, aku selebet je.

Yang kaki bisnes pun ada. Sapa sangka budak Env Tech dan Food Tech ada bakat buat duit. Hebat-hebat semuanya.

Ada juga yang sekian lama berdiam, tetiba contact untuk minta jadi referee. Nak apply keje baru atau apply sambung study. Tak kisah la walaupun aku jauh, mana yang boleh, aku buatkan jugak reference letter.

Ada yang sekarang dah kawen. Hari ni saja ada dua tiga ex-students aku kawen. Macam tak percaya je, bila pikir-pikir balik gelagat diorang dulu yang sekarang dah pegang tanggungjawab jadi bini/laki orang. Tapi besar hati diorang hantar undangan kat aku, walaupun diorang dah tau aku takkan dapat datang punya sebab diorang tak sponsor tiket flight ADL-KUL-ADL.

Tak kurang juga yang dah ada sorang dua anak. Maka banyak la yang serabut-serabut kepala bila anak tak sihat... bila terpaksa outstation dan tinggalkan anak.
Aku cuma harap sekarang diorang reflect balik (especially yang pernah mengumpat aku dulu) kenapa dulu aku terpaksa bawak Lil Adam/Lil Adib dan MrHubby bila pegi field visit dengan students. Maybe sekarang diorang faham la, especially yang BF anak masing-masing, memang susah nak tinggal anak. 
Jangan tak tau, dulu ada orang suka 'racun' students aku pasal benda-benda ni. Almaklumlah... aku takde privilege nak tinggalkan anak-anak kat parents, takde hati nak tinggalkan anak kat maid. So, sesedap rasa la orang kata aku tak professional. Whatever la...janji aku tak jadi buttkisser macam tukang racun tu. Heh.
Anyway, again aku harap now that they are in the same position, diorang faham apa yang berlaku. Kalau belum kena, I wish karma would slap them in their face before I do. Muahahaha.

Ada juga ex-students aku yang masih single. Yang masih mencari-cari. Hint-hint tanya pasal adik aku. Minta rekmen kalau ada calon yang sesuai. 
Wahhh..ala-ala matchmaker agency gittew.

Well, actually I MISS MY EX-STUDENTS.



  • I miss the fun we had during lectures. Biasa la. Ada kelas yang skema, ada kelas yang happening.  Siap macam Santa Claus aku bawak karung berisi jajan jagung perisa durian untuk makan sama-sama dalam kelas. Pasal aku membebel dalam kelas tak payah cerita la, confirm ada.
  • I miss those who like to ask questions when I ask (every 10 mins or so) "Any questions?" during lectures. 
  • I miss my ex-students yang pandai ambil kesempatan untuk tanya pasal assignments masa join aku lepak makan peanut butter/chocolate waffle kat luar cafe.
  • I miss it when we planned together to prank their classmates on their birthdays.
  • I miss when they told me they had fun during the field trips. Sampai dah grad pun, sibuk nak ikut juniors punya trip jugak. Lepas tu, aku kena jawab bila juniors queried.
  • I miss joining them make silly faces on the camera during Pre-Grad dinners.
  • I miss my ex-students yang susah-payah tolong masa aku nak kawen, dan datang meraikan hari bahagia aku.
  • I miss the multiple movie nights (and good food!) we had.
  • I miss those yang doakan aku untuk mudah bersalin, dan yang ziarah aku masa dalam pantang.
  • I miss those yang hantar aku ke airport sebelum aku tinggalkan Malaysia untuk buat PhD.
  • I miss those yang ikhlas menuntut ilmu. Ye la kan, keberkatan ilmu terletak pada keredhaan guru (read: lecturer, and such)


Students. They are the reasons I love my job


Menjadi pengajar diorang, aku tak minta dihormati sampai tahap kena sembah ala Amon-Rae. Kalau tidak, takde la aku bahasakan diri aku sebagai 'Kak Is' lepas diorang dah habis degree. 
Bagi aku, diorang ni adik-adik aku. Aku kakak. Takde apa yang aku nak gah. Aku pun masih belajar. 
Kalau tidak, mesti aku dah jeles berasap macam Super Saiyan bila diorang contact MrHubby, sebab rasa diorang tak hormat aku.
Kalau tidak, masakan aku tak kisah diorang nak mengorat adik aku. Itu masalah diorang la, kalau kena reject ke, apa ke.

Bergelak ketawa, bertepuk tampar, mengusik dari yang halus sampai yang kasar... I take it as hubungan mesra. Itu tak bermakna ex-students tak menghormati aku.
Neither that yang nampak sopan-santun pijak-beruk-makye-pun-tak-mati tu dikira sangat menghormati. Sebab ada jugak yang baling batu sembunyi tangan. Heh.

Aku masih oldskool. 
Salah satu daripada adab menuntut ilmu itu kena hormat pada pengajar.

Bagi aku, komitmen aku sebagai pengajar masih on-going. Dan aku masih ada komitmen lain sebagai student yang nak kena habiskan study cepat, sebagai bini, sebagai mak kepada anak-anak aku, sebagai anak /menantu hantu, sebagai Muslim, sebagai sahabat, sebagai jiran, --- celah mana aku nak buang masa interfere pasal hidup orang, kan?!


One piece of good advice yang aku terima...
 
Students come and go. 
If they remember me as a (good) lecturer, Alhamdulillah aku dapat pahala.
If they don't, tak kisah la. Yang penting I have done my part.

Whatever happens after that, Allah yang tentukan.



*actually aku nak upload gambar students aku banyak-banyak kat sini, tapi kang ada batch yang missed out, kecik hati pulak*

Friday, May 23, 2014

Another milestone


Aku pun tak tau la kenapa. Tapi kalo depan students, kemain syok je menggoreng, grill-kukus-panggang-grill-kukus-panggang. Tapi kalau audience lain, mula la cuak, cempera, gelabah semua ada. Maybe sebab takut their expectation is high kot.

Anyway, Alhamdulillah, yesterday the HDR seminar went very very well.
Phew!!! What a relief!
Standard la kan? Keje last minute, memang la cenggitu jadinya :-P   Sehari sebelum present, aku masih dok betulkan powerpoint slides. 

Selfie dulu sebelum bilik full. Hehehe. Time ni takde orang datang lagi, so boleh la sengih-sengih.


Then, rehearse sikit sebelum orang masuk.

 

The seminar began with a few words from Prof Annette, the Head of School.


Since my SV is a joint-PG coordinator, dia la yang introduce before I started the talk.
Sempat Dino usik aku kata full house, so jangan cuak (sebab dari dua minggu lepas aku dok kata kat dia, minta-minta la tak ramai orang attend!). Dia siap mention lagi "She has a great sense of humour, and very good with cameras too!"
Homaiii...what is that supposed to mean? @_@ Huahuahua

Anyway,  aku pun meraban la selama 10 minit.

Ye...10 minit je pun. Poyo je lebih.


Habis present, agak ramai gak tanya. nasib baik takde soalan susah-susah.


Habis session, ramai yang cakap kata the presentation was very good and clear. Dan tak membuatkan orang tertidur. Lagi lega, bila SV sendiri cakap. Hehehe

 

Thanks, mas Yahya for the support!


Oh..this slide is not mine. It's Dr Murthy's.
Aku snap sebab rasa lawak dia buat correlation between  people who drowned by falling into swimming pool, and number of films Nicholas Cage appeared in.

  
 Apakah?
Pulak tu... the value is pretty high. Kahkahkah.
Ohmystats!

Habis presentations, macam biasa... ajak Dino bergambar. Hahaha.
Gamaknya ini le kot yang dia maksudkan "she's good with cameras" tu. LOL.


Then, aku attend writing group dulu.

Habis semua kerja-kerja ilmiah, baru la kuar berjimba dengan Shifa!
Release tension kekdahnye.



Monday, May 19, 2014

♫ ♪ Ewa-ewa...ewau bule ♫ ♪

Korang panggil layang-layang apa ekk? 
  • Layang-layang? *skemanya!*
  • Wau? *tapi wau tak sama dengan layang-layang*
  • Kite? *acecece. bajet oramputis*

Kat Malaysia, layang-layang tu kira benda biasa la jugak kan? Especially masa kita kecik-kecik dulu. Berlari sakan nak terbangkan layang-layang, unless kalo main kat padang masa angin kuat. 
Zaman anak-anak sekarang, tang mana la boleh main layang-layang. Padang? Hahaha. Tak payahhh... Main luar rumah pun rasa takut. Takut tetiba ada orang berhenti, buat-buat tanya jalan, then kidnap/ragut apa yang boleh. *syukurmalaysiamasihaman*

Kat Adelaide ni, ye-ye-o je, siap buat Kite Festival. 
Ye, aku tau Malaysia pun ada Pesta Layang-layang, tapi kita ada kebudayaan, ada seni kalau main wau. 
Sini? Sekadar pameran aesthetic bagi terbang je la kot. Hehehe...



Anyway, masa Easter break aritu kat Semaphore Beach ada Kite Festival ni, kitorang pegi je la tengok.


Read: 'Gold coin' yang dimaksudkan adalah AUD1 or AUD2. Takde orang kaya nak hulur duit emas betul. Hehehe.


Macam-macam bentuk kites ada.
Stingray ada.





Purple Gorilla dengan yellow banana pun ada.
Mermaid pun ada. Tapi bongok betul diorang ikat string kat bhgn ***** mermaid tu!

Katak terbangggg!!!
Yang merah tu...err.. Lizard? Gecko?





Lil Adib?
Dia sedap je tido sepanjang tu. Macam tu la selalu - missed the fun! -____-

 Lil Adam was so excited because he didn't know Maryse and I made plans to meet there! Suka la dia ada Felix.




The kids blowing bubbles.





Every now and then, ada lolly drop.
Diorang naikkan layang-layang dengan pouch, dan taburkan lollies. Lolly x seberapa, tapi biasa la budak-budak...excited nak rebut.
Eh, aku rasa bukan budak-budak je excited. Aku pun terlebih excited, sampai tak sempat buat video masa the kids tengah rebut-rebut tu. Hahaha.


Sina and I.
I love her hair!


 Fine weather.
Orang pun agak ramai. Nasib baik tak roboh jetty tu. Hewhewhew.


Before we left, had a photo of us with Felix's family.




The second day tu, aku pegi lagi sekali...
Tak kuasa pun nak beramai-ramai. Tapi pegi jugak sebab nak beli kites for the kids.


Walaupun ada banyak design, can you guess which one does he like?
Mesti la Plant vs Zombies!
Beli dua-dua sama design supaya tak berebut. Tomeyto tu, bukan boleh... kang apa yang abang pegang, semua dia suka. So, biar la sama je.




 Ada macam-macam rides, games and food, tapi kitorang tak layan pun.


Saturday, May 17, 2014

2 peas in a pod

To those yang dah lama follow, maybe perasan yang Lil Adam's best friend is Felix. Oh well, his family is considered as our family friends too.

How close are they?
TWO PEAS IN A POD.

That's how he described it!


Fishing in the bucket. Ya Rabbi, basah abis seluar ngan baju.

Look mum! I caught a seahorse!


..and a fish too!

Dulu Felix siap panggil MrHubby 'Ayah'. "Can I have a sleepover? Adam, why don't you ask Ayah?"
Sampai blur bapak dia dengar.. "Ayah? Who is Ayah?"

Hahaha. Terbarai gelak kitorang dan-dan tu jugak. Dengan bapak dia sekali bantai gelak bila kitorang explain.

Different teams on Sports Day, Heath and Amber. But that ain't matter.



Masa dia buat popsicle aritu pun, siap simpankan satu untuk Felix, sampai Felix datang. Nak bagi jugak-jugak Felix rasa.





Hope the friendship lasts forever.

Aku? Felix ni aku tak heran sangat la.
Aku meroyan kalo dengan kaka si Felix ni la, Sina.
#penyakitorangtakdeanakpompuan(lagi)







Nuffnang ads

My Heartbeat