Ya.. ramai yang tak tau pasal ni. Aku tak hebahkan sangat pun pasal aku pernah hidup dengan gelaran ni. Tapi arini aku nak share la pengalaman aku menjadi ibu tunggul.
Yup, ibu tunggul.
You read it right. Bukan typo.
Kalau ikut DBP, ibu tunggal adalah wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb.
Tapi definisi IBU TUNGGUL ni adalah definisi aku sendiri untuk IBU YANG KENA JAGA ANAK-ANAK SEMASA SUAMI PERGI OUTSTATION/MERONGGENG DENGAN KENGKAWAN. Huahuahua.
Okay, okay... aku tau ada yang tertipu *tahan tangan kepala daripada kena luku*
Aku harap cikgu Nooriah (cikgu BM aku) tak terbaca entry ni, walaupun dia ada dalam FB aku, dan maybe beliau ternampak link untuk entry ni via networked blogs. Ngeeee :-P
Gini la..
Aritu masa Easter break, MrHubby pegi ke Northern Territory. Ayers Rock/Uluru, Alice Spring, etc dengan kengkawan dia. Maka '♫ ♪ tinggal akuuuu keseorangannn..tiada lagi gurau sendamuuu♫ ♪'
Ehh.. terlajak ke lagu Slam pulak.
Okay.
So, memandangkan 5 hari gak la dia takde, aku pun buat la macam-macam plan supaya tak bored to death kat rumah. Aku bukan jenis penakut, so tak kisah sebenarnya kalau sorang-sorang. Cuma takut bosan je.
So, first of all, aku ajak Saz lepak dengan aku. Hehehe. From there, kitorang pun buat la macam-macam plan.
Day 1 - Tak gi mana-mana sebab aku baru balik dari fieldwork kat Virginia
Day 2- Morialta Conservation Park & Adventerous Playground
Day 3- The Amazing Drumming Monkeys, Glenelg & movie dalam kereta
Day 4- in the next entry
Day 5- in the next entry
Sebenarnya Morialta Park tu sekangkang orang utan jer dengan rumah aku, tapi that was the first time I stepped my feet there. So lame!
Ada several trails untuk explore park tu.
Memandangkan aku ni harap-je-kurus-tapi-tak-fit-sangat, we just picked the one that can be completed within 45 mins. Hahaha
Lil Adib bajet ala-ala Dora the Explorer lettew.
Subhanallah. Cantik sangat view nya.
Cantik jugak orang yang dalam gambar-gambar ni. Eh
Syok boleh tengok
Teringat masa ajar Hydrology and Water Resources. Jenuh aku nak explain rill, gullies, tributary, stream bagai. Sebab the common terms used in Malaysia is river. Camna pun rupanya- SUNGAI. Kalau nak bunyi macam detail sikit, ANAK SUNGAI. Hahahaha
Kat sini..haaa...amekkaw, boleh tengok contoh dengan jelas. Maybe aku patut propose bawak students datang fieldwork kat Australia. Hahaha. Agak-agak dekan luluskan tak?
Balik dari Morialta Conservation Park, fetch Lil Adam and Felix... pegi ke adventure playground. Dah lama tak pegi situ.
But I can tell, they had so much fun.
Excited bila naik slide yang tinggi yang amat tu. Eh, tinggi ke panjang? Ahhh..whatever la.
Watch this video of
Felix, Adam and Adib tandem sliding on the very long slide.
Yang ni Adam and Felix je.
Dan yang ni Li Adib je. Sliding dengan muka takde perasaan.
♫ ♪ Lajuuuu...laju...buaikuuuu lajuuu
Aku nak kawen dengan anak rajaaaa ♫ ♪
The long, hanging bridge.
Felix relax je, tapi Adam the drama king--- korang tengok je la muka dia.
Lil Adib pun relax jer. Aku pulak naik cuak tengok dia sebab bridge tu tergoyang-goyang dan makin ke hujung, makin tinggi dari tanah.
Break for more energy.
Bila dah lengang sikit tak ramai orang, aku dan Saz siap bergayut-gayut ala-ala flying fox lagi. Hahaha. Gambar takde sebab bateri hp dah low sangat. Kalau ada pun, takleh share..kang nampak sangat 'kelolo' tu. Harharhar.
The following day, we went to watch the show by the Amazing Drumming Monkeys kat State Library, North Terrace. Acecece..nama kemain amazing, tapi aku takde la amazed sangat pun dengan show tu. Huahuahua. Makan hati kalo diorang baca entry aku nih.
A short clip of the show.
Bagi sesapa yang dapat hidayah nak main drums lepas tengok show tu, similar drums were also on sale for AUD30.
And ohhh... these were the guys behind the voice of the monkeys. Kihkihkih.
Just a pic of us near the stage.
Sisters from different parents. Korang perasan tak tang mana yang sama? Hahaha
Abis show, kitorang pegi Glenelg. Makan fish and chips. Sebenarnya aku rindu nak makan fish and chips macam kat Southbank, Brisbane dulu. Tapi.. kira yang ni pun boleh la.
Cer tengok style masing-masing makan.
Anak-anak nampak sangat laparnye.
Saz nampak sangat ke'datin'annye.
Aku? Daripada aku teringin, sampai menyenyeh-nyenyeh aku nak habiskan. Tamak sangat kan? Padan muka aku!
Playing bubbles before heading back home.
Malamnya, we went out for a drive-in movie. Hahaha. Fun okay, tengok wayang dalam kereta! Nak 'buat wayang dalam kereta' pun boleh. Tapi kali ni aku tak buat la... sebab aku tak setim dengan Saz. Lagipun, kitorang siap bawak budak-budak. Sekali dengan anak angkat aku, Felix.
Maka, tengok movie dengan classification G je la. The Lego Movie.
Sebelum movie start je kemain galak bebudak tu dalam kereta. Sampai kitorang kena buat-buat main 'The Quiet Game'. Hahaha. Strategi nak suruh budak-budak diam.
1 car (max of 5 people), one movie for AUD22.
Untuk sound system, we just have to tune to the said frequency; 96.1 FM.
Not bad la. Skrin dah la bapak punya besar. Kitorang dapat port pulak memang cantik.
Tempat tu siap ada cafe untuk beli jajan/ kudapan.
Lil Adam and Felix nak tengok luar kereta, so dalam tergedik-gedik sejuk tu diorang duduk atas foldable chairs.
Balik rumah, Felix had a sleepover. Riang gembira la bebudak tu.
For me?
Mission accomplished!
Dengan bantuan Saz, aku melalui hari-hari sebagai IBU TUNGGUL dengan jayanya. Mihmihmih.
Thanks, Saz! *hugs*
tgkkan gmbr2 ni yg rasa nk kena wat postdoc cecepat. work life in msia sucks. hari ni cuti wesak day, tp both me and hubs terpaksa panggil babysitter jaga zayd whilst we had to siapkan deadline masing2 (not usual occurence, but i HATE it). patut bergumbira dgn keluarga, but u tau lah Msia mcm mana. if u can get postdoc opportunity starightaway, go for it. PR lg bagus, ha!
ReplyDeleteI can imagine that (hectic life), that's the nightmare I have been thinking of walaupun tgh buat PhD.
Deleteerr..postdoc tu mmg menarik, tapi xmau la kat sini jugak.kikiki
Eh eh plz..ni bukan ibu tunggal. Saz tu dah amik alih watak bapak angkat. Mengelat!
ReplyDelete