Sedar-tak sedar, sebelum start study leave, rupanya aku sempat mengajar selama 6 tahun. Dalam tempoh tu, entah berapa ramai ex-students aku ada, aku pun tak pernah kira.
Basically, satu tahun ada 2 sem. Satu batch ada dalam 20 ke 40 orang students dalam satu kelas. Aku ajar 3 subjects. Students aku pulak bukan je dari kalangan budak Env Tech, tapi Food Tech pun ada. Kekadang dari program lain jugak.
So, you do the Maths la. Aku bab nak kira ni slow sikit.
Aku rasa ada la tak beberapa ratus (tak sampai seribu kot) ex-students aku.
Dalam ramai-ramai tu, ada yang masih in touch dengan aku. Ada yang terserempak aku kat NIOSH/DOE/etc., ada yang saja sesekali pop in untuk ajak lunch sama-sama (masa aku kat Malaysia la).
Seronok sebenarnya follow progress ex-students ni. Mostly follow kat Facebook la. Macam-macam perbezaan 'sebelum' dan 'selepas' yang kita boleh nampak.
Ada yang dulu besar ni *tunjuk jari kelingking*, sekarang dah besar ni *tunjuk ibu jari*.
Saiz badan juga berkadar terus dengan saiz rumah, saiz kereta dan saiz poket. Aku tumpang happy tengok diorang berjaya. Nak-nak pulak yang memang sekarang ada kerjaya dalam bidang yang aku ajar (Safety and Health).
Ada ex-students yang dulu berwajah au naturale suci murni sesuci lebaran, sekarang dah pandai bergaya berdandan dengan mekap dan tudung kalerful bertingkat-tingkat. Lawa-lawa diorang sekarang. Ye la kan... masa berubah. Masa aku study dulu pun, aku selebet je.
Yang kaki bisnes pun ada. Sapa sangka budak Env Tech dan Food Tech ada bakat buat duit. Hebat-hebat semuanya.
Ada juga yang sekian lama berdiam, tetiba contact untuk minta jadi referee. Nak apply keje baru atau apply sambung study. Tak kisah la walaupun aku jauh, mana yang boleh, aku buatkan jugak reference letter.
Ada yang sekarang dah kawen. Hari ni saja ada dua tiga ex-students aku kawen. Macam tak percaya je, bila pikir-pikir balik gelagat diorang dulu yang sekarang dah pegang tanggungjawab jadi bini/laki orang. Tapi besar hati diorang hantar undangan kat aku, walaupun diorang dah tau aku takkan dapat datang punya sebab diorang tak sponsor tiket flight ADL-KUL-ADL.
Tak kurang juga yang dah ada sorang dua anak. Maka banyak la yang serabut-serabut kepala bila anak tak sihat... bila terpaksa outstation dan tinggalkan anak.
Aku cuma harap sekarang diorang reflect balik (especially yang pernah mengumpat aku dulu) kenapa dulu aku terpaksa bawak Lil Adam/Lil Adib dan MrHubby bila pegi field visit dengan students. Maybe sekarang diorang faham la, especially yang BF anak masing-masing, memang susah nak tinggal anak.
Jangan tak tau, dulu ada orang suka 'racun' students aku pasal benda-benda ni. Almaklumlah... aku takde privilege nak tinggalkan anak-anak kat parents, takde hati nak tinggalkan anak kat maid. So, sesedap rasa la orang kata aku tak professional. Whatever la...janji aku tak jadi buttkisser macam tukang racun tu. Heh.
Anyway, again aku harap now that they are in the same position, diorang faham apa yang berlaku. Kalau belum kena, I wish karma would slap them in their face before I do. Muahahaha.
Ada juga ex-students aku yang masih single. Yang masih mencari-cari. Hint-hint tanya pasal adik aku. Minta rekmen kalau ada calon yang sesuai.
Wahhh..ala-ala matchmaker agency gittew.
Well, actually I MISS MY EX-STUDENTS.
- I miss the fun we had during lectures. Biasa la. Ada kelas yang skema, ada kelas yang happening. Siap macam Santa Claus aku bawak karung berisi jajan jagung perisa durian untuk makan sama-sama dalam kelas. Pasal aku membebel dalam kelas tak payah cerita la, confirm ada.
- I miss those who like to ask questions when I ask (every 10 mins or so) "Any questions?" during lectures.
- I miss my ex-students yang pandai ambil kesempatan untuk tanya pasal assignments masa join aku lepak makan peanut butter/chocolate waffle kat luar cafe.
- I miss it when we planned together to prank their classmates on their birthdays.
- I miss when they told me they had fun during the field trips. Sampai dah grad pun, sibuk nak ikut juniors punya trip jugak. Lepas tu, aku kena jawab bila juniors queried.
- I miss joining them make silly faces on the camera during Pre-Grad dinners.
- I miss my ex-students yang susah-payah tolong masa aku nak kawen, dan datang meraikan hari bahagia aku.
- I miss the multiple movie nights (and good food!) we had.
- I miss those yang doakan aku untuk mudah bersalin, dan yang ziarah aku masa dalam pantang.
- I miss those yang hantar aku ke airport sebelum aku tinggalkan Malaysia untuk buat PhD.
- I miss those yang ikhlas menuntut ilmu. Ye la kan, keberkatan ilmu terletak pada keredhaan guru (read: lecturer, and such)
Students. They are the reasons I love my job
Menjadi pengajar diorang, aku tak minta dihormati sampai tahap kena sembah ala Amon-Rae. Kalau tidak, takde la aku bahasakan diri aku sebagai 'Kak Is' lepas diorang dah habis degree.
Bagi aku, diorang ni adik-adik aku. Aku kakak. Takde apa yang aku nak gah. Aku pun masih belajar.
Kalau tidak, mesti aku dah jeles berasap macam Super Saiyan bila diorang contact MrHubby, sebab rasa diorang tak hormat aku.
Kalau tidak, masakan aku tak kisah diorang nak mengorat adik aku. Itu masalah diorang la, kalau kena reject ke, apa ke.
Bergelak ketawa, bertepuk tampar, mengusik dari yang halus sampai yang kasar... I take it as hubungan mesra. Itu tak bermakna ex-students tak menghormati aku.
Neither that yang nampak sopan-santun pijak-beruk-makye-pun-tak-mati tu dikira sangat menghormati. Sebab ada jugak yang baling batu sembunyi tangan. Heh.
Aku masih oldskool.
Salah satu daripada adab menuntut ilmu itu kena hormat pada pengajar.
Bagi aku, komitmen aku sebagai pengajar masih on-going. Dan aku masih ada komitmen lain sebagai student yang nak kena habiskan study cepat, sebagai bini, sebagai mak kepada anak-anak aku, sebagai anak /menantu hantu, sebagai Muslim, sebagai sahabat, sebagai jiran, --- celah mana aku nak buang masa interfere pasal hidup orang, kan?!
One piece of good advice yang aku terima...
Students come and go.
If they remember me as a (good) lecturer, Alhamdulillah aku dapat pahala.
If they don't, tak kisah la. Yang penting I have done my part.
Whatever happens after that, Allah yang tentukan.
*actually aku nak upload gambar students aku banyak-banyak kat sini, tapi kang ada batch yang missed out, kecik hati pulak*
entry ni menusuk di kalbu. nak2 smlm last day of class (jumaat) for last semester. my class plak 3-5 pm, so the very last lesson lah. and these were final sem student. so i can claim i had the very last lesson of the very last day with the very last semester students. what a priviledge. like u said, sentiasa terkenang2 dan doakan kejayaan diorg, diorg je just xtau. hope ada yg melekat jg stuff tht i ajar, tho they see no connections or kepentingan lg buat masa ni. sob sob...
ReplyDeleteJadi pengajar ni untung kalo student manfaatkan ilmu yg diajar utk kebaikan n kalo 'muallimin wal muallimat' masuk dlm doa diorg.
Deletetapi itu semua kalau la. Hehe
i pun bwk gegirls dtg opis bila cuti sekolah...bkn la everyday, once in 2 weeks..
ReplyDeletebiarlah org nak kata...